Pemenang-pemenang pembaca terbanyak bagi sepanjang tahun 2009 menerima ‘hadiah buku’ sumbangan dari PPAS Pada 30 Dis 2009.Senarai Nama Penerima :-
1. Encik Murugan A/L K.S Karuppiah (660502-05-5313) – Pegawai Kanan Penjara
2. Puan S.Letchumy A/P Soorianarayanan (660502-05-5240) –Surirumah
3. Thanies A/L Murugan – Pelajar Sekolah Rendah
4. Puan Siti Aminah Binti Baharuddin (791108-10-5992) - Surirumah
5. Mohd Redzuan Bin Rosli – Pelajar Sekolah Menengah
6. Siti Nor Syahira Binti Azahar – Pelajar Sekolah Rendah


Pada 12 hb. Disember sehingga 13 hb. Disember 2009, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah mengadakan Hari Kualiti & Kursus Teambuilding II 2009 Bersama Keluarga di Hotel Pyramid Tower,Sunway, Petaling Jaya.
Kursus Teambuiding II ini adalah kesinambungan dari Kursus Teambuilding yang telah diadakan pada 20 hb.Feb sehingga 22 hb. Feb 2009 Di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Matlamatnya sama cuma kali ini lebih bersantai bersama keluarga tersayang, yang penting pengajaran yang boleh kita dapati dari Kursus Teambuilding ini adalah semangat bekerja satu pasukan dan sentiasa memberi kerjasama antara satu sama lain tanpa ada perasaan irihati atau hasad dengki, yang penting kejujuran dan keihklasan hati, tegur-menegur, demi untuk kebaikan itu penting didalam pekerjaan dan kehidupan kekeluargaan. Pasti kita mendapat kejayaan. Pada hari pertama Kursus Teambuilding II Bersama Keluarga, suasananya amat meriah dan ahli keluarga warga PPAS terutama anak-anak kecil amat gembira dan seronok sekali dengan adanya acara pertunjukan Badut dan Silapmata dari PPAS. Terimakasih kepada PPAS. PPAS Boleh !!!

Pada sebelah malamnya satu Majlis Jamuan Makan Malam sempena Hari Kualiti PPAS 2009 yang dirasmikan oleh Y.B DR HJH. HALIMAH BINTI ALI (EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor). Dalam majlis tersebut ada Persembahan Koir dari kakitangan PPAS serta majlis Penyampaian Sumbangan Persaraan, Penyampaian Cenderahati kepada kakitangan yang telah 25 tahun berkhidmat, Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2008. Antara 6 orang kakitangan PPAS yang menerima APC dan seorang kakitangan PPAS yang menerima Anugerah Khas bagi Tahun 2008.
1. Puan Hikmah bt Hassan ( Bahagian ’Knowlegde Managemant’Shah Alam )
2. Puan Siti Yusrina bt Jainuddin ( Perpust. Daerah Sultan Abdul Samad, Banting )
3. Puan Nor Chempawan bt Mat Abu ( Perpust. Daerah Gombak, Selayang )
4. Puan Raja Bidah bt Raja Seman (Bhg. Perkhidmatan Pelanggan RATU, Shah Alam )
5. Puan Nazlina bte Haji Lekan ( Perpustakaan Desa Sungai Pelong )
6. Puan Roseneta bt Mohd Badros ( Perpustakaan Desa Ijok )
7. Cik Siti Noorakmar bt Ahmad ( Bhg. Pembangunan & Koleksi, Shah Alam ) Anugerah Khas.
Ketika sesi fotografi bagi kakitangan yang menerima Anugerah Cemerlang Perkhidmatan bagi Tahun 2008 pada malam Majlis Jamuan Makan Malam, tidak dapat saya sertai, maaf pada semua terlibat, maklumlah aturcara ini semua melibatkan semua ahli keluarga, saya terpaksa dahulukan anak saya dalam banyak perkara, harap semua memahami. Saya sebagai salah seorang dari penerima APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) bagi tahun 2008, dari tujuh orang kakitangan PPAS yang terpilih ingin nyatakan perasaan yang teramat gembira dan bersyukur kepada Allah. Alhamdulillah.
Sesi bergambar keluarga bersama Pengarah PPAS Puan Mastura Haji Mohamad semasa tamat program.
Salam semua, agak lama blog saya tidak dikemas kini, disebab ada perkara yang tak dijangka telah berlaku terhadap ‘Putera Kecil’ kesayangan saya yang telah menjalani pembedahan pada 26 Nov 2009, dimana esok harinya semua Umat Islam menyambut Hariraya Aidil-Adha, hanya Allah lagi mengetahui hati dan perasaan ini ketika melihat keadaan anak didalam dewan pembedahan, sedih teramat dan kebimbangan sentiasa menemani, hanya doa dipohon kepada Allah yang maha besar lagi maha penyayang dan inilah pengorbanan yang terindah, putera kecilku semangatnya cukup kuat. Alhamdulillah.
Keadaan ketika Putera Kecilku keluar dari dewan bedah selepas menjalani pembedahannya.