Isnin, 24 Januari 2011

GERAKAN MENULIS PERDANA


“SELANGOR NEGERI IDAMAN, MAJU, SEJAHTERA DAN BERKEBAJIKAN”
Jom ramai-ramai kita sertai ‘Gerakan Menulis Perdana’. Apa jua cadangan, hasrat dan impian anda untuk menjadikan Negeri Selangor lebih maju, sejahtera dan berkebajikan. Luahkan pendapat dan hasrat anda dengan menulis didalam buku skrap yang telah ada disediakan di setiap Perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor termasuk juga di Perpustakaan-perpustakaan Desa. Setiap tulisan/karya anda akan dibukukan serta dijilidkan dan akan menjadi koleksi di Perpustakaan Awam Negeri Selangor untuk tatapan dan rujukan generasi yang akan datang, secara tak langsung program ini merangsang minat menulis di kalangan rakyat di Negeri Selangor. Sertailah segera… sebelum tarikh tutup penyertaan pada 1 Mac 2011.

Selasa, 4 Januari 2011

LAPORAN TAHUNAN 2010

Buku Laporan Tahun 2010
Perpustakaan Desa Sungai Pelong



PENDAHULUAN
Setiap tahun pihak kami akan menyediakan Laporan Tahunan yang lengkap pada setiap awal tahun untuk diserahkan kepada Ketua Bahagian dan pihak-pihak yang berkenaan. Isi kandungannya berdasarkan Keahlian, Pinjaman Buku/Bahan, Majalah/Koleksi, Perangkaan Buku, Carta Statistik, Aktiviti, Pelaksanaan tahun 2010, Sumbangan Bahan Promosi dan Cenderahati, Peruntukan dan Perbelanjaan, Perancangan tahun 2011, Bajet Tahun 2011, Permasalahan dan Cadangan serta Lampiran Komen/Aduan komuniti, Kalendar Aktiviti, Senarai Inventori dan CD Aktiviti bagi Tahun 2010.

PENGENALAN
Perpustakaan Desa diperkenalkan oleh PPAS kepada rakyat Negeri Selangor sejak tahun 1984 dengan pembukaan perpustakaan desa di Sabak Bernam dan Sungai Masin, Hulu Selangor pada 01 April 1984. Perpustakaan Desa Sungai Pelong mula dibuka dan menjalankan perkhidmatan pada bulan Julai 1994. Perpustakaan ini memberikan perkhidmatan perpustakaan secara sepenuh masa kepada komuniti dan masyarakat setempat dan dengan kehadiran komuniti dari luar kampung Sungai Pelong juga amatlah dialu-alukan. Perkhidmatan pinjaman, rujukan, komputer & internet,maklumat masyarakat serta program-program aktiviti yang dilaksanakan adalah antara perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan desa ini.
Pembukaan perpustakaan ini telah dirasmikan oleh Y.A Bhg. Puan Sri Datin Hajjah Asbi Rohani bt Asnan ( Isteri Y.A.B Menteri Besar Selangor) pada 04 April 1995 bertempat di perkarangan Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
Dari mula perkhidmatan dijalankan sehingga Disember 2010, perpustakaan ini telah menerima Keahlian yang berdaftar seramai 2,121 orang. Ahli Dewasa 580 orang, ahli Remaja 571 orang dan ahli Kanak-kanak 970 orang. Bagi tahun 2010 dari bulan Januari sehingga Disember 2010 keahlian yang baru berdaftar adalah seramai 387 orang ianya terdiri dari keahlian Dewasa 95 orang, keahlian Remaja 104 orang dan keahlian Kanak-kanak 188 orang.
Manakala Perangkaan Pinjaman Buku yang telah direkodkan disepanjang perkhidmatan adalah sebanyak 250,781 buah buku. Dari jumlah tersebut 73,777 adalah pinjaman Dewasa, 68,161 adalah pinjaman Remaja dan 108,843 adalah dari pinjaman Kanak-kanak. Bagi tahun 2010 Perangkaan Pinjaman Buku yang telah direkodkan adalah sebanyak 17,231 buah buku. Dari jumlah tersebut 4,791 adalah pinjaman Dewasa, 4,308 adalah pinjaman Remaja dan 8,132 adalah pinjaman Kanak-kanak.

MAJALAH
Setiap bulan perpustakaan ini menerima 24 Naskah Majalah terkini setiap bulan, antara majalah yang pihak kami terima pada tahun 2010 adalah Majalah Al-Islam, Ana Muslim, Anjung Seri, Asuh, Dewan Bahasa, Dewan Ekonomi, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar, Fokus SPM, Jelita, Keluarga, Kereta, Knowledge Discovery, Kuntum, Libur, Majalah PC, Mastika, Pa&Ma, Kembara Kail, Rapi, Rasa, Tunas Sains dan Wanita.

TUJUAN
Dengan adanya laporan ini diharap agar pihak-pihak yang berkenaan dapat menganalisa serta memberi pendapat bagi meningkatkan lagi perkhidmatan yang sedia ada dan melakukan tranformasi kepada bentuk perkhidmatan yang menjadi pilihan masyarakat masa kini sebagai pusat penciptaan dan penemuan ilmu pengetahuan mahupun maklumat baru serta berperanan sebagai pusat penjanaan inovasi dan kreativiti dengan menyediakan kemudahan/perkhidmatan yang lengkap dengan teknologi terkini bagi meningkatkan literasi IT komuniti, penambahan keahlian, membantu meningkatkan pengunjung dan aktiviti perpustakaan serta menyegerakan penyelenggaraan pembaikan dan pemulihan bagi permasalahan yang dihadapi oleh perpustakaan desa ini.

STATISTIK & CARTA BULANAN KEAHLIAN/PINJAMAN BAGI TAHUN 2010





STATISTIK TAHUNAN 1994 -2010





CARTA STATISTIK TAHUN 1994 - 2004





Isnin, 3 Januari 2011

Tugu Negara

Pada 25 Dis 2010 (Sabtu) kami membawa anak-anak yang masih bersekolah pergi melawat ke Tugu Negara, Muzium Negara, Taman Rama Rama dan Taman Burung di Ibukota Malaysia Kuala Lumpur. Hari ini pengunjung terlalu ramai terutama di Tugu Negara, Pelancong-pelancong dari Luar Negara dan Dalam Negara melawat tempat bersejarah di Malaysia memandang hari ini cuti umum Hari Krismas dan musim cuti persekolahan yang panjang . Di Taman Burung (KL Bird Park) terdapat pelbagai jenis-jenis burung, yang seronoknya burung-burung lepas bebas, anak-anak amat seronok kerana mereka boleh memegang dan memberi makan pada burung-burung ini . Jom laa.. jalan-jalan di Kuala Lumpur.
Antara Galeri Gambar di Tugu Negara






Antara Galeri Gambar di Taman Rama Rama (Kuala Lumpur Butterfly Park)









Antara Galeri Gambar di Taman Burung ( KL Bird Park).




Lost World Of Tambun

Pada 23 Dis dan 24 Dis 2010 saya telah mengambil cuti tahunan, pada masa ini kami mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak tersayang bersama-sama pergi berjalan-jalan sempena cuti Sekolah Disember 2010 ini. Pada 24 Dis 2010 kami sekeluarga telah pergi bercuti antara tempat menarik yang kami sekeluarga pergi untuk berehat adalah di Lost World Of Tambun di Ipoh , Perak. Seronok sangat tempat ni, sesuai untuk kita sekeluarga bercuti untuk merehatkan badan dan minda. Di sini semuanya ada dalam satu tempat seperti di Sunway Lagoon atau Wet World di Shah Alam, yang menariknya disini terdapat kolam Air Panas untuk merehatkan badan yang keletihan juga pelbagai jenis permainan untuk anak-anak dan Zoo Safari dimana binatang-binatangnya dilepaskan bebas berkeliaran, dimana kita boleh memegangnya dan memberinya makanan.
Antara Galeri Gambar di Lost World Of Tambun di Ipoh , Perak.