Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TINGGAL 2OO9.

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pengemar pembaca blog. Sepanjang tahun 2009 banyak kenangan pahit manis yang tak dapat dilupakan dalam kehidupan dan pekerjaan seharian, antaranya coretan-coretan blog terdahulu, disini saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terimakasih kepada Pengarah PPAS Puan Mastura Haji Mohamad dan Ketua-ketua Bahagian kerana memberi kepercayaan dan sokongan sehingga saya layak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2008, dan tak lupa juga kepada rakan-rakan sekerja terutama dari Zon 2B Daerah Gombak yang banyak memberikan kerjasama yang tak terhingga kepada saya, ini merupakan Anugerah yang pertama dan tidak ternilai harganya sepanjang perkhidmatan saya selama 15 tahun. Saya berjanji dengan Anugerah yang saya terima ini dan dengan kedatangan tahun baru 2010, saya akan meningkatkan lagi Perkhidmatan dan Prestasi Kerja, demi menjaga Imej Perpustakaan Desa Khasnya dan PPAS Amnya. Mengorak Langkah Menuju Wawasan, Perpustakaan sebagai tempat ‘Pembelajaran Sepanjang Hayat’.