Khamis, 25 Februari 2010

SATU PELAJAR SATU BUKU


PENDAHULUAN

Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan satu program dan aktiviti bersama kanak-kanak Tabika Kemas Tunas Bestari Paya Jaras Aktiviti ini diadakan sempena Kempen Keahlian dan Galakkan Membaca.
Program Galakkan Membaca dan aktiviti yang dijalankan ini dapat menyumbang literasi dan mendidik minat membaca dikalangan generasi kecil ini dan secara tak langsung membuka minda kepada ibubapa betapa pentingnya membaca dalam pendidikan untuk mendapatkan ilmu dan maklumat.
Aktiviti ini juga mempromosi dan memperkenalkan Perpustakaan Awam kepada umum dan menarik minat untuk terus mengunjungi perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan terkini yang tersedia ada di perpustakaan awam. Kempen keahlian adalah untuk mempermudahkan proses keahlian dan meningkatkan lagi keahlian perpustakaan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

 Kempen keahlian & pendaftaran
 Mempromosi perpustakaan awam
 Pinjaman & pemulangan buku berjadual
 Mewarna mengikut abjad huruf

KEMPEN KEAHLIAN

Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan lagi keahlian Perpustakaan Desa Sungai Pelong. Seramai 122 orang telah mendaftar sebagai ahli baru perpustakaan terdiri dari 11 orang dewasa , 9 orang remaja dan 102 orang kanak-kanak.

KESIMPULAN

Pada dasarnya program dan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari pihak sekolah dan para guru-guru yang terlibat sama bagi melaksanakan program ini.
Program Galakan Membaca telah berjaya menarik minat ibubapa untuk membawa anak-anak mereka untuk terus mengunjungi perpustakaan untuk mencari bahan bacaan seterusnya setelah pelbagai info dan maklumat disampaikan kepada mereka disepanjang program ini dilaksanakan dan menjadikan membaca sebagai hobi utama. Program ini juga telah berjaya mempromosi perpustakaan kepada orang awam dan telah meningkatkan jumlah keahlian perpustakaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan