Program Klinik Smart Solat
ini adalah satu program komuniti anjuran bersama Perbadanan Perpustakaan Awam
Selangor dan Surau Al-Ikhwan, Bandar Baru Sg. Buloh. Program ini diadakan untuk
mengalakkan masyarakat dan anak-anak remaja kita mengisi masa lapang cuti
sekolah dengan aktiviti ilmu bagi melahirkan generasi sihat minda dan fizikal
serta secara tak langsung mengurangkan mereka terjebak dengan gejala sosial
yang tidak sihat.
Klinik Smart Solat ini
memberi pendedahan dan pemahaman secara lebih jelas kepada peserta cara
mengerjakan solat yang betul dan sempurna serta secara tak langsung mengeratkan
lagi hubungan ukhwah diantara peserta-peserta. Program ini dibimbing oleh Ustaz-ustaz
dari Tahfiz Darul Furqan, Meru, Klang.
- Ustaz Mohammad Izzat Mohamed Ropi
- Ustaz Muhamad Adha Buyong
Antara kakitangan PPAS yang terlibat
secara langsung didalam program ini adalah,
Penolong Pegawai Perpustakaan Kanan (
Daerah Petaling):
Puan Rozainess bte Kamaruddin
Pembantu Perpustakaan:
Puan Nazlina bte Haji Lekan (PD Sungai
Pelong)
Puan Rahimah bte Zahari (PD Kuang)
AJK Surau Al-Ikhwan Bandar Baru Sungai Buloh:
Puan Hamimah Md Khamis
Puan Noorazalena Kamaruddin
Encik Saufi Haji Zaini
AJK Surau Al-Ikhwan Bandar Baru Sungai Buloh:
Puan Hamimah Md Khamis
Puan Noorazalena Kamaruddin
Encik Saufi Haji Zaini
PENYERTAAN
/ SASARAN
150 orang pengunjung.
TARIKH
/ TEMPAT / MASA
Tarikh
: 28 Mei (Isnin) 7 Rejab 1433H
Masa
: 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Surau Al-Ikhwan, Bandar Baru Sg. Buloh,
Selangor Darul Ehsan.
KEMPEN
KEAHLIAN
Kempen keahlian telah
diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan, seramai 93 orang telah mendaftar
sebagai ahli perpustakaan terdiri dari 10 orang dewasa, 42 orang remaja dan 41
orang kanak-kanak.
TENTATIF
PROGRAM
8.00 pg. - Pendaftaran Peserta, Sarapan Pagi.
9.00 pg. - Pembahagian Kumpulan Suai Kenal..
9.30 pg. - Slot 1 : Solatku, Masa Depanku.
(Ustaz Muhammad Adha Buyong)
10.30 pg. - Rehat Minda (Tayangan Multimedia).
11.00 pg. - Slot 2
: Kesilapan-kesilapan Dalam Solat.
(Ustaz Mohammad Izzat Mohamed
Ropi)
12.00 tgh. - Bengkel 1.
1.00 tgh. - Makan Tengahari.
1.30 tgh. - Solat Zohor Berjemaah.
2.00 ptg. - Bengkel 2.
4.00 ptg. - Minum Petang.
4.30 ptg. - Solat Asar Berjemaah.
6.00 ptg. - Kuiz.
Penyampaian Sijil Penyertaan
Majlis Penutup Bersama Ibubapa.
Bersurai.
KESIMPULAN
Program Klinik Smart Solat
ini dapat melahirkan generasi muslim dan muslimah yang soleh dan solehah serta
dapat mengeratkan jalinan ukhuwah diantara peserta dari pelbagai tempat.
Program ini juga secara tak langsung menambah keahlian baru dengan promosi
Kempen Keahlian serta memperkenalkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor kepada umum dan menarik komuniti untuk terus mengunjungi perpustakaan.
ANTARA GALERI GAMBAR
Di
Meja Pendaftaran Peserta Program Klinik Smart Solat
Kempen
Keahlian PPAS
Slot 1:Solatku,
Masa Depanku ( Penceramah oleh Ustaz Muhammad Adha Buyong).
Bengkel
1.
Slot
2:Kesilapan-kesilapan Dalam Solat (oleh Ustaz Mohd Izzat Mohamed Ropi).
Bengkel
2.
Rehat
Minda (Tayangan Multimedia).
Sijil Penyertaan dan
fail peserta berserta barangan cenderahati sumbangan dari PPAS untuk semua
peserta.
Antara
barangan cenderahati serta sejadah sumbangan dari PPAS kepada penceramah ustaz serta
semua AJK Surau Al-Ikhwan serta Faksilator program ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan