Khamis, 21 Jun 2012

PROGRAM RIA ILMU

Program Ria Ilmu

PENDAHULUAN
Program Ria Ilmu ini adalah satu program aktiviti ilmu sempena musim cuti persekolahan. Program ini diadakan untuk mengalakkan masyarakat dan anak-anak komuniti kita mengisi masa lapang cuti sekolah dengan aktiviti ilmu bagi melahirkan generasi yang berilmu dan sihat minda secara tak langsung mengurangkan mereka terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat.
Program Ria Ilmu ini diadakan setiap hari sepanjang minggu musim cuti persekolahan untuk menarik komuniti mengunjungi perpustakaan dan menjadikan perpustakaan sebagai Rumah Kedua. Pelbagai aktiviti diadakan untuk setiap golongan terutamanya kanak-kanak.

PENYERTAAN / SASARAN
120 orang pengunjung.

TARIKH / MASA / TEMPAT
 Tarikh    : 01 Jun sehingga 09 Jun 2012
 Masa     : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
                  3.00 ptg.  – 5.00 petang
 Tempat : Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
               47000 Sungai Buloh,
               Selangor Darul Ehsan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1.Membaca Buku Kegemaran Saya
2.Bijak Minda
i-Binakata
ii-Susunkata
iii-Silangkata
3.Kraftangan Paper Plate
i-Mahkota Blink-blink
4.Anyaman
i-Tikar Comel Pancawarna
5.Origami
i-Frame Bunga Ros
6.Mewarna untuk Kanak-kanak.
i-Dinosour Live

 KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan, seramai 23 orang telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan terdiri dari 7 orang dewasa, 11 orang remaja dan 5 orang kanak-kanak.

KESIMPULAN
Program Ria Ilmu ini dapat menarik minat komuniti untuk terus mengunjungi perpustakaan dan melibat mereka dengan aktiviti-aktiviti ilmu yang diadakan sepanjang minggu cuti persekolahan ini, terutamanya golongan kanak-kanak dan memberikan kebebasan untuk mereka bermain sambil menimba ilmu. Program ini juga secara tak langsung menambah keahlian baru dengan promosi Kempen Keahlian serta memperkenalkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor  kepada umum dan menarik komuniti untuk  terus mengunjungi perpustakaan.

Antara Galeri Gambar Program Ria Ilmu.


Kraftangan Paper Plate (Mahkota Blink-blink).


Kraftangan Origami (Frame Bunga Rose).

Kraftangan Anyaman (Tikar Comel Pancawarna)

Untuk Adek-adek (Mari Mewarna Dinosaurs Live!)

Bijak Minda (Binakata, Susunkata dan Silangkata)

OLE-OLE CUTI SEKOLAH…

Jom Asah Minda….

Karangan Pendek Bermula Dengan huruf ‘P’.

Paklang, Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit. Pening- Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas- Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.
Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga! Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong . Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah.
Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang ..... Pengetuk Paku Papan Pulak Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara- Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan, Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam ! Penamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan