Khamis, 15 November 2012

SENI KHAT JAWI

AKTIVITI SENI KHAT JAWI

PENDAHULUAN
Pelaksanaan aktiviti seni khat jawi ini adalah untuk mengalakkan masyarakat terutama dari kategori kanak-kanak belajar seni khat dalam menulis jawi dan membaca dalam tulisan jawi secara tak langsung boleh membantu memartabatkan dan membudayakan Bahasa Jawi di mana jua. Aktiviti ini diadakan untuk mengalakkan masyarakat dan anak-anak komuniti kita mengisi masa lapang cuti sekolah dengan aktiviti ilmu bagi melahirkan generasi sihat minda secara tak langsung mengurangkan mereka dari membuang masa dan terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat.
Pelbagai lagi program dan aktiviti yang akan diadakan disetiap hari sepanjang minggu musim cuti persekolahan ini untuk menarik komuniti mengunjungi perpustakaan dan menjadikan perpustakaan sebagai Rumah Kedua.

PENYERTAAN / SASARAN
21 orang pengunjung.

TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh    : 27 Okt 2012 (Sabtu) 
Masa     : 2.30 ptg – 4.30 ptg
Tempat :  Sudut Membaca Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
                  Sungai Buloh,
                  Selangor Darul Ehsan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Ø  Membaca Buku Jawi
Ø  Menulis Khat Jawi

KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan, seramai 7 orang telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan terdiri dari 2 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak.

KESIMPULAN
Aktiviti Seni Khat Jawi ini dapat menarik minat komuniti untuk terus mengunjungi perpustakaan dan melibat mereka dengan aktiviti-aktiviti ilmu yang diadakan sepanjang minggu cuti persekolahan ini, terutamanya golongan kanak-kanak dan memberikan kebebasan untuk mereka bermain sambil menimba ilmu. Program ini juga secara tak langsung menambah keahlian baru dengan promosi Kempen Keahlian serta memperkenalkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor  kepada umum dan menarik komuniti untuk  terus mengunjungi perpustakaan.

Antara Galeri Aktiviti Seni Khat Jawi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan