SEMINAR PEMBANGUNAN KOLEKSI TEMPATAN & SEJARAH
LISAN 2013
Menghadiri Seminar
Pembangunan Koleksi Tempatan & Sejarah Lisan 2013 yang telah diadakan di
Perpustakaan Raja Tun Uda, PPAS, Shah Alam selama 2 hari berturut-turut yang
bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Peserta-peserta terdiri dari Pengarah
Perpustakaan Awam Negeri dan Pegawai-pegawai perpustakaan dari seluruh Perpustakaan
Awam Negeri di Malaysia termasuk dari Sabah & Sarawak.
Tarikh : 29 & 30 Mei 2013
( Khamis & Jumaat)
Tempat : Auditorium, Tingkat
2, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.
PENDAHULUAN
Sejarah
Lisan adalah satu kaedah di mana pengalaman seseorang tokoh yang dirakam secara
wawancara dan direkodkan. Tokoh-tokoh yang dipilih biasanya terdiri daripada
mereka yang dapat menyumbangkan maklumat sejarah dari penglibatan dan
pengalaman diri mereka sendiri atau perhubungan mereka secara langsung dengan
watak, masa, peristiwa tertentu. Maklumat yang diperolehi dari wawancara
tersebut kemudiannya disalin dan salinan tersebut disemak dan ditaip sekaligus
dapat digunakan sebagai bahan pengajaran dan penyelidikan.
Koleksi
Tempatan adalah koleksi khas yang dibina oleh sesebuah perpustakaan. Biasanya
koleksi ini merupakan pengumpulan mengenai sejarah, asal-usul, kebudayaan dan
sastera yang terdapat disesebuah tempat. Kandungannya menjurus kepada
nilai-nilai kebangsaan atau warisan negeri tinggi.
OBJEKTIF
- Memberi
pendedahan kepada teori, teknik dan amalan terbaik pengumpulan Koleksi
Tempatan dan Sejarah Lisan.
- Pemeliharaan
Warisan Negara melalui pendekatan Koleksi Warisan Negeri.
- Memelihara
Warisan Negeri sebagai Satu Bentuk Khazanah Negara.
- Pembangunan
dan Pengurus Kolej Tempatan dan Sejarah Lisan.
- Berkongsi
pengalaman di Perpustakaan Negeri.
Tagline yang amat bermakna.
KALAU BUKAN KITA, SIAPA
LAGI...
KALAU BUKAN HARI INI, BILA
LAGI...
Sijil Penghargaan.
Antara nota-nota yang amat
penting untuk rujukan bagi melaksanakan Koleksi Tempatan dan Sejarah Lisan
di Perpustakaan nanti beserta Beg Cenderahati untuk semua peserta-peserta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan