Program Pinjaman
Berkelompok
bersama Sekolah Kebangsaan Desa Aman.
bersama Sekolah Kebangsaan Desa Aman.
PENDAHULUAN
Program Pinjaman
Berkelompok bersama Sekolah Kebangsaan Desa Aman, Taman Desa Coalfields, Fasa
3, Sungai Buloh. Program ini diadakan bagi Menggalakkan Budaya Membaca di
kalangan pelajar-pelajar sekolah dan mendekatkan mereka dengan perpustakaan.
Disamping itu pihak perpustakaan desa telah mengadakan aktiviti ‘Cipta Kad
Hariraya Kreatif’ bersama-sama murid-murid dari sekolah ini sempena Bulan Ramadhan
ini dan bakal menjelangnya Hariraya Aidil Fitri nanti. Aktiviti ini diadakan
bagi melihat kreativiti pelajar-pelajar ini, memandangkan kini ramai antara
masyarakat kita tidak memerlukan lagi kiriman Kad Hariraya dengan adanya
pelbagai kecanggihan teknologi masa kini.
PENGUNJUNG
14 orang.
TARIKH / MASA
/ TEMPAT
Tarikh
: 25 Julai 2013 ( Khamis).
Masa
: 9.00 pagi – 10.30 pagi
Tempat
: Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
47000 Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan.
AKTIVITI YANG
DIJALANKAN
1.Pinjaman Berkelompok
2.Kempen Keahlian.
KEMPEN
KEAHLIAN
Kempen
keahlian telah diadakan sepanjang program ini dijalankan, seramai 14 orang
telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan terdiri dari 3 orang dewasa dan 11
orang kanak-kanak.
Antara
Galeri Gambar Program Pinjaman Berkelompok.
Cikgu-cikgu
telah memilih buku-buku yang akan dipinjamkan secara pukal/berkelompok untuk
Pusat Sumber & Media
di Sekolah Kebangsaan Desa Aman.
di Sekolah Kebangsaan Desa Aman.
Mengambil
kad di poket buku serta kiraan/jumlah buku yang diberi pinjaman secara
berkelompok ini untuk disenaraikan didalam rekod.
Kempen Keahlian
Para pelajar sedang mengisi borang
keahlian perpustakaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan