Rabu, 17 Jun 2009

AKTIVITI MUSIM CUTI SEKOLAH JUN 2009

Pada musim cuti sekolah baru-baru ini, Perpustakaan kami mengadakan satu aktiviti bersama komuniti terdiri dari penduduk setempat dan sekitarnya. Aktiviti tersebut adalah membuat Folio yangmana dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori kanak-kanak Folio yang bertajuk ‘Keluargaku’ dan kategori remaja Folio yang bertajuk ‘Permainan tradisional di Malaysia’. Seramai 20 orang peserta dari kategori remaja yang mengambil bahagian dan seramai 15 orang peserta dari kategori kanak-kanak. Seramai 12 orang peserta yang berjaya ke peringkat akhir dan memenangi hadiah yang disediakan.

Tujuan

Mengeratkan kasih sayang generasi muda dengan keluarga serta tahu asal usul keluarga mereka.

Melahirkan generasi muda tahu akan asal usul permainan tradisional dan tahu bagaimana cara-cara bermain permainan tersebut.

Matlamat

1. Memahirkan kanak-kanak & remaja membina ayat serta mengarang sesuatu cerita.
2. Meningkatkan tahap kecekapan menaip dengan mengunakan komputer dikalangan peserta kanak-kanak & remaja.
3. Meningkatkan kemahiran serta minda dalam mengunakan Internet sebagai salah suatu sumber pencarian maklumat.
4. Dapat mengunakan bahan-bahan yang ada didalam perpustakaan seperti buku rujukan sebagai maklumat penting.
5. Mereka dapat berkongsi maklumat dan berbincang antara satu sama yang lain.
6. Mengeratkan silaturrahim antara mereka.
7. Mendekatkan diri mereka dengan perpustakaan sebagai rumah kedua.
8. Menambahkan lagi keahlian perpustakaan.

Pendaftaran Pertandingan pada Tarikh 01 Jun 2009 sehingga 06 Jun 2009.
Jadual Pertandingan

a. Pada 8 Jun 2009 - Cabutan Undian Tajuk Folio
b. Pada 9 Jun dan 10 Jun 2009 - Mencari maklumat, menaip dan menyiapkan kertas kerja.
c. Pada 11 Jun 2009 - Menyiap, menyemak dan menghantar kertas kerja.
d. Pada 12 Jun 2009 - Memilih 12 kertas kerja terbaik dan penyampaian hadiah.

PERATURAN MEMBUAT FOLIO

Kategori Kanak-Kanak

1. Muka Depan:- Tajuk Folio / Nama / Tahun / Tarikh dan Gambar Keluarga.

2. Isi Kandungan:-

a. Biodata diri
b. Gambar keluarga.
c. Latarbelakang keluarga.
d. Mesti lebih dari 200 patah perkataan.

**Sumber maklumat boleh didapati dari keluarga dan buku rujukan di dalam perpustakaan.




PERATURAN MEMBUAT FOLIO

Kategori Remaja

1. Muka Depan:- Tajuk Folio/Nama/Tingkatan/Tarikh dan Gambar.

2. Isi Kandungan:-

a. Pengenalan
b. Gambar Permainan Tradisional.
c. Latarbelakang dari asal permainan.
d. Bagaimana cara membuat.
e. Cara permainan dimainkan.
f. Mesti lebih dari 300 patah perkataan.

**Sumber maklumat boleh didapati menerusi internet dan dari buku rujukan di dalam perpustakaan.

Tajuk Permainan Tradisonal

Setiap peserta akan di beri satu tajuk permainan tradisonal, ianya dibuat secara cabutan undian. Tajuk-tajuk seperti berikut:-

a. Permainan Bulu Ayam
b. Permainan Jala Itik
c. Permainan Galah Panjang
d. Permainan Batu Seremban
e. Permainan Gasing
f. Permainan Aci Sorok
g. Permainan Konda Kondi








HADIAH-HADIAH PESERTA

Hadiah yang disediakan dari PPAS dan Sumbangan dari Pengerusi PD Sg Pelong kepada peserta-peserta yang berjaya keperingkat akhir pada 12 Jun 2009 dan 5 hadiah untuk Folio paling Kreatif.







KEPUTUSAN PERTANDINGAN MEMBUAT FOLIO

Selasa, 16 Jun 2009

KLIP VIDEO PERTANDINGAN MEMBUAT FOLIO

Pertandingan membuat Folio Keluargaku (Kategori Kanak-Kanak)

SAMBUNGAN KLIP VIDEO PERTANDINGAN MEMBUAT FOLIO

Pertandingan membuat Folio Permainan Tradisional di Malaysia (Kategori Remaja)