Selasa, 16 Oktober 2012

PROGRAM SAYA SAYANG BUKU


Program di Hospital Sungai Buloh bertemakan 'Saya Sayang Buku'

PENDAHULUAN
Program di Hospital Sungai Buloh dengan Tema ‘Saya Sayang Buku’ adalah Pertandingan Mewarna Untuk Anak-anak Staf Hospital Sungai Buloh yang dianjurkan oleh pihak Perpustakaan Hospital Sungai Buloh. Antara yang turut serta didalam program ini adalah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, Media Karangkraf Ana Muslim dan Syarikat Permainan & Pembelajaran Malaysia (SPM). Program ini diadakan untuk mengalakkan masyarakat terutama ibubapa dan anak-anak mengisi masa lapang atau cuti dengan aktiviti ilmu bagi melahirkan generasi sihat minda secara tak langsung mengeratkan lagi kemesraan kekeluargaan mereka.
Antara kakitangan dari Daerah Petaling yang turut serta dan bertugas adalah;
Penolong Pegawai Perpustakaan Kanan
-Puan Rozainess bte Kamaruddin
Penolong Pegawai Pepustakaan
-Puan Siti Yusrina bte Mohd Jainuddin
Pembantu Perpustakaan
-Nazlina bte Haji Lekan (PD Sungai Pelong)

PENYERTAAN / SASARAN
300 orang pengunjung.

TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh    : 13 Oktober 2012
Masa     : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Ruang Legar Perpustakaan
                 Aras 2, Hospital Sungai Buloh.
                 Selangor Darul Ehsan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
-Pertandingan Mewarna bagi anak-anak staf Hospital Sungai Buloh.
-Puzzle (Anak bersama Ibu / bapa).
-Aktiviti Santai bersama staf-staf Perbadanan Perpustakaan Awam selangor dan   
 Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.
           
KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan, seramai 82 orang telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan.

KESIMPULAN
Program ini dapat menarik minat komuniti untuk terus mengunjungi perpustakaan dan melibat mereka dengan aktiviti-aktiviti ilmu yang diadakan terutamanya golongan kanak-kanak dan memberikan kebebasan untuk mereka bermain sambil menimba ilmu. Program ini juga secara tak langsung menambah keahlian baru dengan Kempen Keahlian serta promosi memperkenalkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor  kepada umum dan menarik komuniti untuk  terus mengunjungi perpustakaan.

Antara Galeri Gambar Program di Hospital Sungai Buloh
Tema : Saya Sayang Buku

Pentas Utama

Kaunter Pendaftaran & Kempen Keahlian
Pertandingan Mewarna Anak-anak Staf Hospital Sungai Buloh


Aktiviti Puzzle diantara anak dan Ibu/Bapa
 
 

 Aktiviti Santai bersama Staf Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.
 
 
 
 
 

Maskot PPAS Alif dan Anis bersama pengunjung dan anak-anak staf hospital Sungai Buloh 

Suasana yang selesa dan ceria didalam Perpustakaan Hospital Sungai Buloh