Selasa, 27 November 2012

CIPTA KREATIF

AKTIVITI CIPTA KREATIF

PENDAHULUAN
Pelaksanaan aktiviti pertandingan cipta kreatif adalah untuk mengalakkan pengguna  kanak-kanak berfikir dan senantiasa membuka minda untuk mencipta sesuatu yang baru dengan kreativiti masing-masing. Aktiviti ini diadakan untuk mengalakkan masyarakat dan anak-anak komuniti kita mengisi masa lapang cuti sekolah dengan aktiviti ilmu bagi melahirkan generasi sihat minda..Pelbagai lagi program dan aktiviti yang akan diadakan disetiap hari sepanjang minggu musim cuti persekolahan ini untuk menarik komuniti mengunjungi perpustakaan dan menjadikan perpustakaan sebagai Rumah Kedua.

PENYERTAAN PESERTA
14 orang peserta.

TARIKH / MASA / TEMPAT
 Tarikh    : 24 Nov 2012 (Sabtu) 
 Masa     : 10.30 pg. – 12.30 tgh.
 Tempat : Sudut Membaca Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
                  Sungai Buloh,
                  Selangor Darul Ehsan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1.        Menggunakan kertas suratkhabar lama.
2.        Mencipta baju mengikut kreativiti peserta.

KESIMPULAN
Aktiviti cipta kreatif ini dapat menarik minat komuniti untuk terus mengunjungi perpustakaan dan melibat mereka dengan aktiviti-aktiviti ilmu yang diadakan sepanjang minggu cuti persekolahan ini, terutamanya golongan kanak-kanak dan memberikan kebebasan untuk mereka bermain sambil menimba ilmu.

Antara Galeri Aktiviti Cipta Kreatif.



Jumaat, 23 November 2012

CUCU SULONG


Bersama Cucu Sulong...
Subhanaallah.... Allahuakhbar,
Inilah Anugerah darinya yang amat bernilai.. Semoga diberkati hidupnya dunia akhirat & menjadi anak yang soleh..Amin Ya Rabbal Alamin.

Ini adalah foto dihari pertama cucu kami (Adli) dilahirkan di Hospital Besar P.Pinang yang dihantar melalui msg phone oleh abahnya (Azrul) dari katil wad bayi Hospital Pulau Pinang. 
Hari pertamanya melihat dunia luar...
Dilahirkan pada 05 Nov 2012.


Dihari-hari seterusnya, Amboi lenanya Adli tidur..


11 Nov 2012 kami sekeluarga pergi ke Bagan Jermal, Butterworh untuk melihat cucu sulong ni, kebetulan baby dah genap 7 hari, sebelah besan adakan majlis cukur untuk cucu ni, memang rezeki kami untuk bersama-sama meraikannya. Seronok sungguh la… perasaan tu, hanya ALLAH je yang tahu..
4 hari kat sana..jalan2 jugak la kat sana.. sambil nengok cucu, bawa juga anak-anak jalan-jalan ke Pulau Pinang, mandi laut…beli le ole-ole dari sana untuk keluarga ngan kawan2 kat Selangor ni.

Ni layan anak-anak main kat pantai…
Abang Long sama sekali le join ngan adek-adek, sesekali jumpa…..
Berkumpul balik 4 orang adek-beradik ni…

Jumaat, 16 November 2012

PANTAS PUZZLE

AKTIVITI PANTAS PUZZLE
Minggu ini aktiviti pertandingan pantas puzzle telah diadakan dimana disertai oleh lima kumpulan terdiri dari dua orang dalam satu kumpulan. Masa diberi adalah 10 minit. Pelbagai lagi program dan aktiviti yang akan diadakan disetiap hari sepanjang minggu musim cuti persekolahan ini untuk menarik komuniti mengunjungi perpustakaan dan menjadikan perpustakaan sebagai Rumah Kedua.

PENYERTAAN
10 orang peserta.

TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh    : 10 November 2012 (Sabtu) 
Masa     : 10.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat :  Sudut Membaca Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
               47000 Sungai Buloh,
               Selangor Darul Ehsan.

Antara Galeri Aktiviti Pantas Puzzle