Rabu, 18 Januari 2012

MESYUARAT SEKSYEN PERKHIDMATAN RANGKAIAN PERPUSTAKAAN BIL 1/2012 - BAHAGIAN PERTAMA.

Mesyuarat Seksyen Perkhidmatan Rangkaian Perpustakaan Bil. 1/2012 ini adalah yang pertama kalinya diadakan dimana antara Ketua Seksyen Perkhidmatan Rangkaian Perpustakaan juga Pengerusi Mesyuarat iaitu Puan Suzliana Abdul Hamid, Ketua Bahagian Zon 1 - Encik Norkhairul Nizam bin M.Sadon, Ketua Bahagian Zon 2 - Encik Mohamad Fadzli bin Mohd Fauzi dan seorang petugas/ pembantu perpustakaan dari setiap Perpustakaan Cawangan, Pekan dan Desa bagi mewakili daerah masing-masing. Antara agenda mesyuarat ini adalah memberi ruang keutamaan berkomunikasi dengan lebih dekat dan secara terbuka diantara Ketua Seksyen dan Ketua Bahagian tanpa adanya perantaraan Penolong Pegawai setiap Daerah mengenai pelbagai perkara yang dikemukakan mengenai aduan, permasalahan, makluman dan cadangan bagi setiap petugas / pembantu perpustakaan yang hadir juga mewakili perpustakaan di daerah masing-masing. Bersama mesyuarat ini juga dihadiri oleh Pengerusi PPAS Y.B. DR. Hajjah Halimah bte Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor) dan Pengarah PPAS Puan Hajjah Mastura bte Haji Mohamad.

Tarikh : 9 Januari 2012 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Aras 4
Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Antara Petugas/Pembantu Perpustakaan yang hadir :
Daerah Sabak Bernam
-En. Yazid bin Sagiran
-Pn. Nurul Azkiyah bte Sagiran
-Pn. Hanawiyah bte Mat Mail.
Daerah Kuala Selangor
-Cik Suriya bte Yusof
-Pn. Herni Aslinda bte Abd Razak
-Pn. Roseneta bte Mohd Badros.
Daerah Klang
-En. Faizal bin Abd Hamid
-En. Mohd Nasri bin Ismail
-Pn. Maedah bte Yahya.
Daerah Hulu Langat
-En. Shahrul Izwan bin Azmi
-Pn. Zanariah bte Husin.
Daerah Kuala Selangor
-Pn. Junaidah bte Jamil
-Pn. Suryani bte Mustaffa
-Cik Norazila bte Rasli
-Cik Naraznial Fadelah bte Mohd Yusof.
Daerah Petaling
-Pn. Nazlina bte haji Lekan.
Daerah Sepang
-Pn. Norazna bte Zanir.
Daerah Gombak
-Pn. Salmah bte Osman.
Daerah Kuala Langat
-Pn Masalina bte Samiran.



LAPORAN TAHUNAN 2011

Laporan Tahunan 2011
Perpustakaan Desa Sungai Pelong

Statistik Keahlian dan Pinjaman Sepanjang Tahun 2011.





Statistik Keahlian dan Pinjaman dari Tahun 1994 sehingga Tahun 2011.




MAJLIS PERKAHWINAN PUTERA SULONG.

Majlis Bertandang.
Pada 25 hb. Disember 2011 (Ahad) Majlis Bertandang Meraikan Pengantin Baru diadakan di Rumah kami di Lot 168, Jalan Jati, Kampung Sungai Pelong, Selangor. Selesailah sudah Majlis Perkahwinan Putera Sulong Kami. Bersyukur Kehadrat Illahi..... “Amin, Amin, Yarabbal Alamin.”









Majlis Makan Beradat.
Pada 11 hb. Disember (Ahad) Majlis Meraikan Pengantin diadakan di Dataran Madrasah Attahzib, Surau Kampung Kastam, Bagan Jermal, Butterworth. Pegantin Baru diarak dari Tol berhampiran bersama Konvoi Kelab Motor serta Pegawai-pegawai JPJ sepanjang perjalanan ke Dataran Madrasah Attahzib.








Majlis Pernikahan.
Pada 10 hb Disember (Sabtu) 2011 Anak Sulong kami Mohd Azrul Nizam bin Mohd Satar selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Aimi Fadzillah bte Tajudin di Surau Kampung Kastam, Bagan Jermal selepas Solat Asar. Segala urusan dipermudahkan Allah, Alhamdullillah.


KLIP VIDEO MAJLIS PERKAHWINAN 2011.


MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG S.K.S.P

Hari Anugerah Kecemerlangan Kali Ke 83 2011
Pada 17 November 2011 (Khamis) Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Pelong . Putera Kecilku Muhd. Azmer Nazim salah seorang pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang untuk pelajar Tahun 2 bagi tahun 2011. Pada tahun lepas anakku ini juga telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang untuk pelajar Tahun 1 bagi tahun 2010. Semoga kecemerlangan ini berterusan untukmu permata hatiku. Insya'allah.