Selasa, 31 Ogos 2010

MARI 'KIBARKAN JALUR GEMILANG'

PENDAHULUAN
Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan Program dan aktiviti Galakguna Perpustakaan sempena Bulan Kemerdekaan Ogos 2010. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Cintailah Bendera Negara Kita (Kolaj), Mewarna Bendera Malaysia, Menyanyi Lagu ‘Jalur Gemilang’ beramai-ramai dan Membuat Kad Selamat Hariraya Kreatif. Aktiviti ini dapat menyumbang dan meningkatkan komunikasi, mendidik sikap berkerjasama dan semangat cintakan Negara Malaysia.

PENYERTAAN / SASARAN

30 orang peserta terlibat.

TARIKH / TEMPAT / MASA

Tarikh : 28 Ogos 2010
Tempat : Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Masa : 11.00 pagi – 2.00 petang

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

1.1 Cintailah Bendera Negara Kita (Kolaj)
1.2 Mewarna Bendera Malaysia
1.3 Menyanyikan Lagu ‘Jalur Gemilang’ beramai-ramai
1.4 Membuat Kad Selamat Hariraya Kreatif.
1.5 Kempen Keahlian

KESIMPULAN

Program dan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari AJK PD Sg.Pelong, Kelab Sinar Wawasan dan semua peserta yang hadir pada hari tersebut. Program dan aktiviti ini telah berjaya menarik minat ibubapa untuk membawa anak-anak mereka untuk terus mengunjungi perpustakaan dan menjadikan membaca sebagai hobi utama. Program ini juga telah berjaya mempromosi perpustakaan kepada orang awam dan telah meningkatkan jumlah keahlian perpustakaan. Jom Lepak di perpustakaan.

MARI MEWARNA 'JALUR GEMILANG'

'Semangat Merdeka' mewarna Bendera Malaysia



Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Isnin, 30 Ogos 2010

AKTIVITI KOLAJ BENDERA MALAYSIA

Semangat Berkerjasama di dalam Kumpulan Menyiapkan Kolaj 'Jalur Gemilang'





AKTIVITI MEMBUAT KAD HARIRAYA KREATIF

Membuat Kad Ucapan Selamat Hariraya dari hasil Kreativiti adik-adik kita sempena di Bulan Ramadhan dan Bulan Syawal yang akan menjelang tiba tak lama lagi.





MENYANYI 'LAGU JALUR GEMILANG'

Anak-Anak Kampung Sungai Pelong beramai-ramai menyanyikan 'Lagu Jalur Gemilang'
Semangat Merdeka walaupun adik-adik ni berpuasa di Bulan Ramadhan




Hasil Seni Kreatif Anak-anak Permata Kita



Bahan promosi sumbangan dari PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM)
Pen Berkalender 2010 & 2011 dan Buku Nota Besar




Peserta Menerima Cenderahati Sumbangan dari PNM

KLIP VIDEO 'KIBARKAN JALUR GEMILANG'

Rabu, 11 Ogos 2010

SELAMAT BERPUASA


Ramadhan Datang Lagi, Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Selasa, 3 Ogos 2010

KURSUS INDUKSI

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN SOKONGAN II BIL. 5/2010
ANJURAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR


Disertai seramai 79 orang peserta dari pelbagai jabatan yang terpilih untuk menghadiri kursus ini antaranya Jabatan Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya,Jabatan Vaterina,Jabatan Pengurusan Harta,Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Kursus ini amat penting untuk dihadiri dan Lulus Peperiksaan Am Kerajaan dalam semua subjek yang terdapat didalam Buku Perintah-perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan PKPA dengan jayanya untuk Pengesahan Jawatan sebagai Penjawat Awam Kerajaan Malaysia untuk Skim Tetap dan Berpencen.

TARIKH : 25 HINGGA 31 JULAI 2010
TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA
PANTAI BAGAN LALANG
43950 SUNGAI PELEK
SEPANG


Fasilitator Jemputan:
Tuan Haji Shuhmy bin Shuib
Tuan Awaludin bin Bakar
Konsultant dari Adaptif Gemilang (MAMPU & INTAN)

Urusetia :
Encik Aswady (Adaptif Gemilang)
Encik Sharif (SUK Kerajaan Negeri Selangor)


Majlis perasmian penutup Kursus Induksi Modul Umum Kumpulan Sokongan II bil. 5/2010
Dirasmikan oleh :
Cik Norhafiza bte Ishak
Penolong Pegawai Tadbir Latihan
Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor


Antara Galeri-Galeri Gambar

Tuan Haji Shuhmy bin Shuib sedang memberi penerangan


Suasana sewaktu kelas malam didalam Dewan Utama 1


Membuat Kertas Kerja Bersama Kumpulan



Majlis Penutup Perasmian Kursus Induksi Modul Umum
Ucapan dari Fasilitator Tuan Haji Shuhmy bin Shuib


Ucapan Penutup Perasmian dari Cik Norhafiza bte Ishak Wakil SUK Negeri Selangor


Bergambar beramai-ramai bersama Tuan Haji Shuhmy bin Shuib,Encik Aswady dan Cik Norhafiza


Peserta-peserta Wanita


Peserta-peserta Lelaki


Posing…. Bersama sahabat-sahabat