Khamis, 25 Februari 2010

SATU PELAJAR SATU BUKU


PENDAHULUAN

Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan satu program dan aktiviti bersama kanak-kanak Tabika Kemas Tunas Bestari Paya Jaras Aktiviti ini diadakan sempena Kempen Keahlian dan Galakkan Membaca.
Program Galakkan Membaca dan aktiviti yang dijalankan ini dapat menyumbang literasi dan mendidik minat membaca dikalangan generasi kecil ini dan secara tak langsung membuka minda kepada ibubapa betapa pentingnya membaca dalam pendidikan untuk mendapatkan ilmu dan maklumat.
Aktiviti ini juga mempromosi dan memperkenalkan Perpustakaan Awam kepada umum dan menarik minat untuk terus mengunjungi perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan terkini yang tersedia ada di perpustakaan awam. Kempen keahlian adalah untuk mempermudahkan proses keahlian dan meningkatkan lagi keahlian perpustakaan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

 Kempen keahlian & pendaftaran
 Mempromosi perpustakaan awam
 Pinjaman & pemulangan buku berjadual
 Mewarna mengikut abjad huruf

KEMPEN KEAHLIAN

Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan lagi keahlian Perpustakaan Desa Sungai Pelong. Seramai 122 orang telah mendaftar sebagai ahli baru perpustakaan terdiri dari 11 orang dewasa , 9 orang remaja dan 102 orang kanak-kanak.

KESIMPULAN

Pada dasarnya program dan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari pihak sekolah dan para guru-guru yang terlibat sama bagi melaksanakan program ini.
Program Galakan Membaca telah berjaya menarik minat ibubapa untuk membawa anak-anak mereka untuk terus mengunjungi perpustakaan untuk mencari bahan bacaan seterusnya setelah pelbagai info dan maklumat disampaikan kepada mereka disepanjang program ini dilaksanakan dan menjadikan membaca sebagai hobi utama. Program ini juga telah berjaya mempromosi perpustakaan kepada orang awam dan telah meningkatkan jumlah keahlian perpustakaan.

GALAKAN MEMBACA

Perbincangan Pembantu Perpustakaan Puan Nazlina Haji Lekan dengan Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Puan Zaimah Haji Kanapi dari Tabika Kemas Tunas Bestari Kampung Paya Jaras untuk mendapatkan kelulusan dan kerjasama bagi menjayakan program Galakan Membaca “ Satu Pelajar Satu Buku”.

PROGRAM GALAKAN MEMBACA HARI PERTAMA

Pada 12 Feb 2010 adalah hari pertama Program Galakan Membaca dan Kempen Keahlian di Tabika Kemas Tunas Bestari telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari pelajar dan ibubapa.





Mendidik minat membaca kepada generasi kecil



KLIP VIDEO SATU PELAJAR SATU BUKU (Part 1)

PROGRAM GALAKAN MEMBACA HARI KEDUA

Hari kedua pada 22 Feb 2010 pemulangan dan peminjaman buku berjadual serta kempen keahlian diteruskan untuk para pelajar dan orang awam.






Mendidik minat membaca kepada generasi kecil



KLIP VIDEO SATU PELAJAR SATU BUKU (part 2)

PROGRAM HARI TERAKHIR

Hari terakhir pemulangan semua buku dari kanak-kanak Tabika Kemas ini.

Kelab Sinar Wawasan PD28 sedang mengedarkan kertas Abjad Huruf ( Logo Satu Malaysia )

Aktiviti Mewarna Mengikut Abjad Huruf ( Logo Satu Malaysia ) sedang dijalankan dibantu oleh Kelab Sinar Wawasan PD 28 serta para guru dan pembantu Tabika Kemas Tunas Bestari Paya Jaras.





PEMBERIAN CENDERAHATI

Pada hari terakhir 25 Feb 2010 pemulangan semua buku dan aktiviti mewarna mengikut abjad huruf telah diadakan serta penyampaian sumbangan cenderahati dari Pengerusi Perpustakaan Desa Sungai Pelong Pegawai Waran II (B) Encik Mohd Satar bin Shahar kepada Pemaju Masyarakat Kemas Puan Zaimah Haji Kanapi

PENGLIBATAN KELAB SINAR WAWASAN

Kelab Sinar Wawasan PD Sungai Pelong memberi cenderahati sumbangan dari PPAS kepada semua pelajar yang terlibat disepanjang program ini.



KLIP VIDEO SATU PELAJAR SATU BUKU (part 3)

SESI BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI

Tabika Kemas Tunas Bestari Kampung Paya Jaras dalam sesi bergambar bersama Pembantu Perpustakaan Desa Sungai Pelong dan Kelab Sinar Wawasan dalam program Galakan Membaca “ Satu Pelajar Satu Buku”.


Rabu, 24 Februari 2010

RUANGAN SUDUT KELAB SINAR WAWASAN

23 hb. Feb 2010 mewujudkan satu ruangan sudut Kelab Sinar Wawasan PD Sungai Pelong.








KLIP VIDEO AKTIVITI KELAB SINAR WAWASAN

AKTIVITI GOTONG ROYONG BERSAMA KELAB SINAR WAWASAN

13 hb. Feb 2010 satu aktiviti gotong royong bersama Kelab Sinar Wawasan PD Sungai Pelong bagi membuat carta organisasi Kelab Sinar Wawasan dan Pertandingan Mencari Ahli Terbanyak bagi Tahun 2010.



TABIKA KEMAS TUNAS BESTARI


Tabika Kemas Tunas Bestari, Kampung Paya Jaras 47000 Sungai Buluh, Selangor Darul Ehsan telah ditubuhkan pada Tahun 1981 yang kini telah menempatkan dua orang Pemaju Masyarakat Tabika Kemas dan Dua Orang Pembantu Masyarakat Tabika. Tabika Kemas ini mempunyai 2 sesi, iaitu sesi pertama jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari seramai 66 orang pelajar dan sesi kedua dari jam 12.30 tengahari hingga jam 4.30 petang seramai 33 orang.

Sepanjang Tabika ini dibuka, Tabika Kemas ini telah memenangi beberapa anugerah seperti:-

 Johan 3K Peringkat Negeri Selangor 1998
 Naib Johan 3K Peringkat Kebangsaan 1999
 Johan Pertandingan Bola Sepak Kanak–kanak Negeri Selangor 2009



Puan Zaimah Haji Kanapi jawatan sebagai Pemaju Masyarakat Tabika Kemas


Puan Zamila bte Ab. Ghani jawatan sebagai Pemaju Masyarakat Tabika Kemas


Puan Norida bte Mohamad jawatan Pembantu Masyarakat Tabika


Puan Melet bte Kasim jawatan Pembantu Masyarakat Tabika