Isnin, 12 Mac 2012

KENALI BENDERA NEGERI KITA

KOLAJ BENDERA NEGERI SELANGOR


SATU PELAJAR SATU BUKU
BERSAMA TABIKA KEMAS TUNAS PRIMA


PENDAHULUAN
Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak Tabika Kemas Tunas Prima, Taman Paya Jaras Permai. Aktiviti ini diadakan sempena Kempen Keahlian dan Program Galakkan Membaca.
Program Galakkan Membaca dan aktiviti yang dijalankan ini dapat meningkatkan literasi dan mendidik minat membaca dikalangan generasi kecil ini dan secara tak langsung membuka minda kepada ibubapa betapa pentingnya membaca dalam pendidikan untuk mendapatkan ilmu dan maklumat.
Aktiviti ini juga mempromosi dan memperkenalkan Perpustakaan Awam kepada umum dan menarik minat untuk terus mengunjungi perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan terkini yang tersedia ada di perpustakaan awam. Kempen keahlian adalah untuk mempermudahkan proses keahlian dan meningkatkan lagi keahlian perpustakaan.


PENYERTAAN / SASARAN
35 orang pengunjung.


TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh : 09 Mac 2012
Masa : 8.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Tabika Kemas Tunas Prima, Taman Paya Jaras Permai,
47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.


AKTIVITI YANG DIJALANKAN
0.1 Program Galakan Membaca
0.2 Pinjaman Buku Berkelompok
0.3 Aktiviti Mari Membaca
0.4 Jom Kenali Bendera Negeri Kita
0.5 Aktiviti ‘Kolaj’ Bendera Negeri Selangor.
0.6 Aktiviti ‘Mewarna’ Bendera Negeri Selangor.
0.7 Kempen Keahlian.
0.8 Promosi PPAS “Rumah Keduaku”.


KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan lagi keahlian Perpustakaan Desa Sungai Pelong. Seramai 33 orang telah mendaftar sebagai ahli baru perpustakaan terdiri dari 2 orang dewasa dan 31 orang kanak-kanak.


KESIMPULAN
Pada dasarnya program dan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari pihak sekolah serta guru yang terlibat sama bagi menjayakan program ini.
Program Galakan Membaca telah berjaya menarik minat ibubapa untuk membawa anak-anak mereka untuk terus mengunjungi perpustakaan untuk mencari bahan bacaan seterusnya setelah pelbagai info dan maklumat disampaikan kepada mereka disepanjang program ini dilaksanakan dan menjadikan membaca sebagai hobi utama. Program ini juga telah berjaya mempromosi perpustakaan kepada orang awam dan telah meningkatkan jumlah keahlian perpustakaan.


ANTARA GALERI GAMBAR

Aktiviti ‘Kolaj’ Bendera Negeri Selangor.





Aktiviti ‘Mewarna’ Bendera Negeri Selangor





Aktiviti Galakkan Membaca
‘Satu Pelajar Satu Buku’.





Penyampaian Hadiah & Cenderahati





Gambar Beramai-ramai.


KLIP VIDEO TABIKA TUNAS PRIMA

HARI KELUARGA PPAS 2012

HARI KELUARGA PPAS 2012
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah mengadakan 'Hari Keluarga' bagi menghargai segala sumbangan dan komited kakitangannya dalam melaksanakan tugas bagi bersama menjayakan Visi dan Misi untuk mencapai Dasar Kualiti dan menjayakan Objektif Kualiti PPAS. Hari Keluarga PPAS 2012 diraikan selama 3 hari 2 malam bersama keluarga tersayang. Hari Keluarga ini sebenarnya boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kemesraan diantara staff-staff PPAS di HQ, Daerah, Pekan dan Desa bersama keluarga masing-masing.
Tarikh : 4,5, dan 6 Feb 2012
Tempat : Bukit Gambang Resort, Kuantan, Pahang.
Disini saya ingin merakamkan ucapan ribuan terimakasih kepada Pengarah PPAS Puan Hajjah Mastura bte Mohamad yang berusaha mengadakan Hari Keluarga PPAS 2012 ini dengan jayanya dan diatas sumbangan yang diberi....terimakasih.


Inilah Resort di Bukit Gambang tempat penginapan kami sekeluarga selama 2 malam.


Anak-anak sempat lagi mandi kat kolam renang sebelum balik tu....


Galeri Gambar Bersama Keluarga Tersayang.
Jom Layan.....!!

Majlis Makan Malam.



Taman Tema Water Park.



Sempat Lagi tu... naik kereta kuda.
Anak-anak tak lepas peluang,mencuba segala permainan yang ada..