Selasa, 21 Disember 2010

JOM MELAKAR MASA & FIKIRKAN BOLEH

PENDAHULUAN
Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan program dan aktiviti Galakguna Perpustakaan sempena cuti sekolah pada bulan Disember 2010. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan Kraftangan Kreatif membuat Jam Dinding ini bertujuan untuk golongan kanak-kanak mempelajari, mengenal nombor dan menghargai masa serta mendidik sikap berkerjasama dan membina kreativiti masing-masing dan Bina Kata sebanyak yang boleh (Fikirkan Boleh). Aktiviti ini dapat menyumbang dan meningkatkan daya pemikiran dan mencorak minda peserta-peserta golongan remaja.

PENYERTAAN / SASARAN
56 orang peserta terlibat.

TARIKH / TEMPAT / MASA
Tarikh : 16 Disember 2010 (Khamis)
Tempat : Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Masa : 2.00 petang – 6.30 petang


AKTIVITI YANG DIJALANKAN
 Pertandingan Kraftangan Kreatif membuat Jam Dinding
 Pertandingan Bina Kata terbanyak.
 Persembahan Kumpulan Nasyid
 Pemberian Hadiah dan Cenderahati kepada Kelab Sinar Wawasan
 Kempen Keahlian


KESIMPULAN

Program dan aktiviti pertandingan ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari semua peserta dan AJK PD Sg. Pelong serta Kelab Sinar Wawasan PD28. Program dan aktiviti ini telah berjaya menarik minat ibubapa untuk membawa anak-anak mereka untuk terus mengunjungi perpustakaan dan menjadikan membaca sebagai hobi. Program ini juga telah berjaya mempromosi perpustakaan kepada orang awam dan telah meningkatkan jumlah keahlian perpustakaan. Jadikan Membaca Budaya Kita.

GALERI GAMBAR PROGRAM DAN AKTIVITI 'JOM MELAKAR MASA & FIKIRKAN BOLEH'

Galeri Gambar di Meja Pendaftaran.


Galeri Gambar Suasana Aktiviti



Hadiah Teka Muka Surat Buku

Hadiah Kempen Keahlian

Galeri Gambar Aktiviti Jom Melakar Masa (Kraftangan Kreatif membuat Jam Dinding)






Hadiah Kraftangan

Galeri Gambar Aktiviti Fikirkan Boleh (Bina Kata)






Hadiah Bina Kata (Tahap 1&2)


Persembahan Nasyid Istimewa dari ‘Kumpulan Iman Islam’.

Cenderahati Persembahan Nasyid

Bahan Promosi Sumbangan dari PNM (Perpustakaan Negara Malaysia)


Di Antara Galeri Gambar Penyampaian Hadiah dan Penutup Aktiviti Bagi Tahun 2010



KLIP VIDEO ‘JOM MELAKAR MASA & FIKIRKAN BOLEH’.

video

Jumaat, 3 Disember 2010

PROGRAM JELAJAH GENERASI IDAMAN SELANGOR (GeMS)

Program 'Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS)'.

Pengenalan:
Program Generasi Idaman Selangor (GeMS), adalah program khusus EXCO Pendidikan, PENDIDIKAN Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan bagi menangani gejala sosial di kalangan rakyat Negeri Selangor.
Gejala sosial boleh ditakrifkan sebagai tanda-tanda perbuatan salahlaku atau fenomena tidak sihat yang menjadi masalah dikalangan masyarakat. Ia juga merupakan unsur negatif atau elemen yang membawa kerosakan dalam masyarakat sesebuah Negara.
Gejala sosial dikenalpasti sebagai antara anasir yang merosakkan ikatan kekeluargaan, masyarakat dan negeri. Kesan gejala ini bukan sahaja dalam bentuk ‘intangible’ yakni sesuatu yang tidak boleh diukur tetapi juga secara ‘tangible’ yakni sesuatu yang boleh diukur termasuk kehilangan sumber manusia yang produktif dan sumber kewangan yang terpaksa dibiayai bagi kerja-kerja pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan.
Menyedari hakikat di atas, jika gejala social di kalangan masyarakat dapat dibendung, ianya akan memungkinkan modal insan dan kewangan dapat disalurkan ke tempat yang lebih bermanfaat dan produktif.
Generasi Idaman Selangor (GeMS) adalah program mitigasi insan ‘liabiliti’.
Pameran Agensi/Jabatan/NGO/Pemeriksaan Kesihatan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) antara Jabatan Kerajaan yang terlibat sama didalam program dan pameran yang berlangsung.



Antara Galeri Gambar Program dan Aktiviti PPAS:

Antara Khemah Jabatan yang mengambil bahagian.


Suasana Di Khemah Pameran PPAS dan Kempen Keahlian PPAS Perpustakaan Daerah Gombak.



Pertandingan Bercerita dan Membaca Buku dari PPAS Perpustakaan Daerah Gombak.




Penyampaian Hadiah dan Cenderahati.



Antara Aktiviti didalam Program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS).

Khamis, 25 November 2010

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Pada 21 Nov 2010 (Ahad) Majlis Berkhatan Beramai-ramai telah diadakan di Balai JKKK Kampung Sungai Pelong Anjuran JKKK/Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Sungai Pelong. Putera ketiga Aizat Nazmi terlibat sama didalam majlis berkhatan beramai-ramai ini.

Antara Galeri Gambar:

MAJLIS PERKAHWINAN

Pada 18 Nov- 19 Nov 2010, saya ambil cuti tahun kerana bersama keluarga pergi ke Terengganu meraikan majlis perkahwinan (anak saudara perempuan)anak kakak kepada suami saya yang kini menetap di Kuala Telemong, Terengganu. Majlis Perkahwinan diadakan pada 20 Nov 2010 (Sabtu) di Dewan Orangramai Kampung Kuala Telemong, kebetulan dewan ini bersebelahan dengan Perpustakaan Desa Kuala Telemong.

Antara Galeri Gambar:

HARI KECEMERLANGAN PELAJAR DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Pada 15 Nov 2010 (petang) adalah Hari Kecemerlangan Pelajar dan Majlis Khatam Quran di Sekolah Rendah Agama Paya Jaras. Kedua-dua anak permata saya mendapat hadiah pelajar cemerlang bagi tahun 2010, putera ketiga saya Aizat Nazmi mendapat hadiah tempat kedua bagi tahun 5 beserta Sijil Pelajar Cemerlang dan putera kecil saya Azmer Nazim mendapat tempat kedua bagi tahun 1 beserta Sijil Pelajar Cemerlang dan Anugerah Cemerlang Bacaan Iqrak. Alhamdulilah, kerana saya dapat meraikannya bersama-sama kedua-dua permata ini.

Antara Galeri Gambar:

KLIP VIDEO 'HARI KECEMERLANGAN PELAJAR DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN'.

video

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Pada hari yang sama pada sebelah pagi, permata hati saya yang kecil menerima Anugerah Pelajar Cemerlang untuk Tahun Satu diantara 10 pelajar terbaik keseluruhan bagi murid tahun satu pada tahun 2010 ini dan mendapat hadiah tempat pertama didalam kelas, Alhamdulillah. Cuma terkilan juga rasanya kerana saya tidak dapat bersamanya ketika itu, kerana saya bertugas terlibat dengan Program Gerakan Membaca Daerah Gombak 2010. Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong pada tarikh 15 Nov 2010 (pagi) dirasmikan oleh YB. DATO’ Ir Muhammad Bushro b. Mat Johor, Adun Paya Jaras.

Antara Galeri Gambar:

PROGRAM GERAKAN MEMBACA DAERAH GOMBAK 2010.

Pada 15 Nov 2010 (Isnin), Perpustakaan Daerah Gombak telah melaksanakan Program Gerakan Membaca Daerah Gombak 2010. Pada tahun ini Program Gerakan Membaca telah dibuat diluar kawasan Perpustakaan Daerah Gombak dan bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2. Matlamat utamanya program ini adalah untuk membudayakan dan memperkukuhkan kesedaran dan penghayatan masyarakat kepada “Budaya Minat Membaca” dan kepentingan mencintai ilmu melalui aktiviti, program dan pertandingan khususnya peringkat kanak-kanak hingga dewasa dan memberi kesedaran betapa pentingnya maklumat dan pendidikan.

Diantara aktiviti dan program:
1. Ceramah Perpustakaan Keluarga (Dewasa)
2. Pertandingan Tulisan Jawi ( Belia 20 tahun ke atas)
3. Pertandingan Deklamasi Puisi (10 tahun – 12 tahun)
4. Pertandingan Membaca Berita (9 tahun – 12 tahun)
5. Pertandingan Membaca Pantas Rumi (Prasekolah)



ANTARA GALERI GAMBAR-GAMBAR SEWAKTU AKTIVITI 'PROGRAM GERAKAN MEMBACA DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GOMBAK 2'


DI ANTARA PESERTA-PESERTA YANG MENERIMA HADIAH.