Rabu, 23 April 2014

PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT


PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

PENDAHULUAN

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit / Let’s Read Together For 10 Minutes (LRT) merupakan langkah besar-besaran Perpustakaan Awam Negeri-negeri dalam memacu masyarakat ke arah minat membaca sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dalam kehidupan masyarakat seharian.
      Program ini akan dilaksanakan SECARA SERENTAK di seluruh negara pada Selasa, 22 April 2014 jam 10.00 pagi. Mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour, pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan BERHENTI SEBENTAR DAN MEMBACA BERSAMA-SAMA SELAMA 10 MINIT.
      Program ini merupakan langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan (school after school) dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi.



PENYERTAAN / SASARAN             

50 orang pengunjung.


TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh    : 22 April 2014 (Selasa)
Masa     : 9.30 pagi – 11.00 pagi
Tempat  : Tabika Kemas Fasa 3 Celik Minda
                  Pusat Bandar Baru,
                  47000 Sungai Buloh,
                  Selangor Darul Ehsan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1.       Melaksanakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit.
2.       Membaca Big Book bersama kanak-kanak Tabika
3.       Pertandingan Baca Pantas ( 6 orang peserta kanak-kanak).

KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan, seramai 32 orang telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan.

KESIMPULAN
Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dapat terus Membudayakan Masyarakat terus Membaca dan Cintakan Buku. Program ini juga secara tak langsung menambah keahlian baru dengan promosi Kempen Keahlian serta memperkenalkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor  kepada umum dan menarik komuniti untuk  terus mengunjungi perpustakaan.

ANTARA GALERI GAMBAR PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT
DI PD SUNGAI PELONG BERSAMA TABIKA KEMAS FASA 3 CELIK MINDA.


Aktiviti Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit… 
 
 
 
 


Aktiviti Membaca Big Book bersama-sama.

 



Pertandingan Baca Pantas.  




Hadiah dan Cenderahati. 



Pemberian Hadiah dan Cenderahati kepada semua Murid dan Guru Tabika Kemas.




Sesi Gambar Beramai-ramai.