Isnin, 28 Jun 2010

HARI ILMU & GERAKAN MEMBACA PERDANA SELANGOR 2010


SATU JAM BACA BUKU SERENTAK
‘Largest Outdoor Reading Event In Malaysia’

Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Selangor 2010 mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai ‘Largest Outdoor Reading Event In Malaysia’ di atas kejayaan mengumpulkan hampir 15,000 peserta bersantai sambil membaca buku serentak selama satu jam bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi di sekitar Taman Tasik Shah Alam pada 26 Jun 2010.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali berkata, beliau amat berbangga kerana sasaran penyertaan sebelum ini hanya 5,000 peserta sahaja. Seramai 14,718 peserta berdaftar yang menyertai Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor 2010.
“Sambutan ini julung kali diadakan bersempena bulan ilmu yang secara rasminya disambut pada bulan Jun bermula tahun ini bagi meneruskan usaha merangsang dan mempromosikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat”, katanya.
Kerajaan Negeri akan memupuk tabiat menulis di kalangan rakyat dengan memulakan penulisan sebuah buku unik yang memuatkan cadangan, impian dan idea untuk merealisasikan hala tuju Selangor 2025.
“Tajuk buku adalah Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Kebajikan. Dijangka sekurang-kurangnya 1,000 rakyat dan pimpinan Selangor akan siap menulis dalam masa enam bulan. Insyaallah, buku yang sempurna akan terhasil menjelang Hari Ilmu Selangor Jun 2011. Sultan Sarafuddin berkenan memulakan dan mengakhiri tulisan buku penuh sejarah yang akan dipamerkan di PPAS untuk tatapan pengunjung seluruh dunia”, katanya.
Yayasan Selangor dipilih sebagai agensi atau jabatan kerajaan dengan membawa pembaca teramai bagi acara ini iaitu 1,310 penyertaan.
Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana Selangor 2010 ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Sultan Sharafuddin yang berharap konsep Hari Ilmu dan Gerakan Membaca mampu melahirkan rakyat bijak dan berkualiti serta menjadikan Selangor pusat pencarian ilmu turut mencemar Duli melawat pameran Pesta Buku Selangor 2010 di Kompleks PKNS, Shah Alam.
Pesta Buku yang merupakan penganjuran kali kelima dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menyasarkan bilangan pengunjung seramai 450,000 orang pada tahun ini berbanding 390,000 orang pengunjung pada tahun lepas. Bertemakan “Jom Membaca Di Mana-mana” pesta buku berlangsung selama 11 hari bermula 25 Jun 2010 sehingga 5 Julai 2010 di Kompleks PKNS menyediakan 114 gerai yang menyajikan pelbagai bahan bacaan menarik selain potongan harga. Jom beramai-ramai kita ke sana.

Sijil Penyertaan

The Malaysia Book of Records

SATU JAM BACA BUKU SERENTAK

Suasana di meja pendaftaran seawal jam 6.30 pagi sehingga jam 9.00 pagi.

Peserta-peserta sedang bersarapan beramai-ramai yang disediakan oleh pihak PPAS.



Membaca Serentak Selama Satu Jam bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi.





Pemandangan sekeliling Tasik Shah Alam yang dibanjiri oleh seramai 14,718 peserta berdaftar.

Bot yang dinaiki oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan diringi oleh Menteri Besar Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali dan Pengarah PPAS Puan Mastura Haji Mohamad

Urus Setia Zon 2B dari Daerah Gombak.

Mascot PPAS Alif dan Anis yang menceriakan pengunjung yang datang.

KLIP VIDEO HARI ILMU & GERAKAN MEMBACA PERDANA SELANGOR 2010

video

Sabtu, 19 Jun 2010

SEMARAK JAWI


PENDAHULUAN
Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan Program Galakan Membaca dan aktiviti Galakguna Perpustakaan sempena cuti sekolah pada bulan Jun 2010. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan Kaligrafi Khat dan Membaca Jawi Pantas. Aktiviti ini dapat menyumbangkan dan meningkatkan literasi dikalangan masyarakat dan mendidik minat membaca dimana-mana sahaja terutamanya dalam membaca dan menulis Jawi.

PENYERTAAN / SASARAN
30 orang peserta terlibat.

TARIKH / TEMPAT / MASA
Tarikh : 12 Jun 2010
Tempat : Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Masa : 2.00 petang – 5.30 petang

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1.1 Pertandingan Kaligrafi Khat bagi kategori remaja
1.2 Pertandingan Membaca Jawi Pantas
bagi kategori kanak-kanak
a) Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3)
b) Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6)
1.3 Kempen Keahlian

PERTANDINGAN KALIGRAFI KHAT

Tempat Pertama : Syahmi Afandi bin Sariman
Sek. Men. Agama Paya Jaras.

Tempat Kedua : Nor Syahira Mohd Nordin
Sek. Men. Bukit Gading

Tempat Ketiga : Nazihah binti Haji Mohsin
Sek. Men. Bandar Baru Sungai Buluh

PERTANDINGAN BACAAN JAWI (LANCAR & PANTAS)

TAHAP 1 ( Tahun 1, 2 dan 3 )

Tempat Pertama : Muhd Azmer Nazim (7 tahun)
Tempat Kedua : Nur Izzati (9 tahun)
Tempat Ketiga : Nor Fadillah (7 tahun)

TAHAP 2 ( Tahun 4, 5 dan 6 )

Tempat Pertama : Nur Aliya (10 tahun)
Tempat Kedua : Nur Zakirah (12 tahun)
Tempat Ketiga : Mohd Asyraf (11 tahun)

KESIMPULAN

Program dan aktiviti pertandingan ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari semua peserta dan parajuri jemputan yang hadir pada hari tersebut. Program dan Aktiviti ini telah berjaya menarik minat ibubapa untuk membawa anak-anak mereka untuk terus mengunjungi perpustakaan dan menjadikan membaca sebagai hobi utama. Program ini juga telah berjaya mempromosi perpustakaan kepada orang awam dan telah meningkatkan jumlah keahlian perpustakaan. Jom Lepak di perpustakaan.

PERTANDINGAN KALIGRAFI KHAT

Pertandingan Kaligrafi Khat ( Kategori Remaja)







PERTANDINGAN BACAAN JAWI

Pertandingan Bacaan Jawi (Lancar dan Pantas)
Kategori Kanak-kanak









Hadiah untuk pemenang dan hamper untuk juri jemputan
Bungkusan makanan ringan untuk semua peserta-peserta.




Sebahagian dari peserta-peserta bergambar beramai-ramai bersama AJK PD Sg. Pelong dan juri jemputan Ustazah dari Sek. Ren. Agama Paya Jaras, Puan Mahani Jaman dan Puan Siti Aminah Baharudin.


KLIP VIDEO 'SEMARAK JAWI'

video