Khamis, 31 Mac 2011

PROGRAM TITIAN ILMU

PENDAHULUAN

Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan Program Titian Ilmu anjuran bersama Pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM, Puncak Perdana, Shah Alam. Aktiviti ini diadakan sempena Kempen Keahlian dan Galakguna Perpustakaan.
Program Galakguna Perpustakaan dan aktiviti yang dijalankan ini dapat menyuntik kesedaran betapa pentingnya perpustakaan untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan ilmu serta merealisasikan tagline PPAS My Second Home secara tak langsung menyumbang kepada peningkatan pengunjung dan penambahan keahlian.
Program Titian Ilmu ini juga mempromosi dan memperkenalkan masyarakat/komuniti dengan lebih dekat tentang Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM kepada umum.


TARIKH / MASA

Program ini dibuat selama 2 hari pada 26 Mac 2011 hari Sabtu bermula jam 0800 pagi hingga 0500 petang – Khidmat Kemasyarakatan gotong-royong bersama semua pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM, AJK JKKK Kampung Sungai Pelong, AJK Perpustakaan Desa Sg. Pelong, Kelab Sinar Wawasan PD28 serta dari Jabatan Penjara Sungai Buloh untuk persiapan hari Program Titian Ilmu.
Pada 27 Mac 2011 hari Ahad – Hari Program Titian Ilmu bermula dari jam 0800 pagi hingga 0500 petang.


AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Motivasi SPM/PMR
Seramai 50 orang peserta yang menyertai program Motivasi yang bertajuk ‘Bagaimana cara pembelajaran yang betul dan tips persediaan diri ketika menghadapi peperiksaan’ yang di sampaikan oleh penceramah jemputan Puan Haliza bte Yahya pensyarah dari UiTM, Shah Alam serta Latihan Dalam Kumpulan LDK : Roket di angkasa lepas (Faksilitator oleh Ahli Organisasi).

Pameran Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM



Tema ‘Knowlegde For All’ pelbagai info maklumat dipamerkan mengenai betapa pentingnya ilmu untuk semua serta tips cara belajar yang berkesan dan menghadapi peperiksaan serta menyediakan ‘kuiz ujiminda’ kepada pelawat pameran untuk mendapatkan cenderahati menarik yang disediakan. Pengunjung di Tapak Pameran seramai 103 orang yang terdiri dari 18 orang dewasa, 63 orang remaja dan 22 orang kanak-kanak.

Pendaftaran dan Kempen Keahlian



INDOOR GAMES
-Spell It Right
-Explorace Minda
-Teka Nama Negeri Di Dalam Peta Negara Malaysia
-Baca Berita Pantas
-Mari Mewarna (Tahap 1 & Tahap 2)
-Teka Bilangan Muka Surat Buku


Spell It Right dan Teka Nama Negeri Di Dalam Peta Negara Malaysia

Explorace Minda dan Baca Berita Pantas

Mari Mewarna (Tahap 1 & Tahap 2)


OUTDOOR GAMES
Meningkatkan keeratan sillaturrahim dan memupuk semangat kerjasama serta jalinan kemesraan diantara komuniti dan masyarakat setempat dengan mengadakan pertandingan seperti :
 Pertandingan Carom ( Untuk Kaum Bapa)
 Pertandingan Congkak (Untuk Kaum Ibu)
 Anyaman Ketupat (Terbuka)
 Mencari Gula Dalam Tepung (Kanak-kanak) – Memupuk semangat kerjasama dalam
kumpulan.
 Origami – Meningkatkan kreativiti seni lipatan kertas untuk kanak-kanak


Pertandingan Carom, Congkak dan Anyaman Ketupat

Mencari Benda Misteri dan Mencari Gula Dalam Tepung

Aktiviti Origami


Jumlah Bahan/Buku rujukan dari perpustakaan yang digunakan untuk setiap aktiviti:-

 Spell It Right – Konsep 3M Mendidik, Memahir dan Menguasai Bahasa Inggeris dan 18 buah buku digunakan terdiri dari Kamus dan Buku Bahasa Inggeris .
 Explorace Minda – Mencari maklumat didalam buku yang telah dipilih berserta soalan-soalan yang telah disediakan dari 21 buah buku telah digunakan terdiri dari Buku Rujukan Ensiklopedia.
 Teka Nama Negeri Di Dalam Peta Negara Malaysia – Memberi pengetahuan yang lebih tepat mengenai setiap Nama Ibu Negeri serta tempat terletaknya setiap Negeri-negeri yang berada di dalam Peta Negara Malaysia dan 12 buah buku digunakan terdiri dari Bukan Fiksyen Kanak-kanak, Bukan Fiksyen Remaja dan Atlas.
 Baca Berita Pantas – Memberi pengetahuan mengenai cara penyampaian berita dan meningkatkan kelancaran serta sebutan yang tepat ketika membaca dan 15 sumber tajuk penting terdiri dari bahan Suratkhabar Berita Harian dan Sinar Harian.
 Mencari Benda Misteri – Sumber-sumber bahan yang terdapat didalam persekitaran perpustakaan seperti Surat Khabar, Kertas A4, Marker Pen, Ballpen, Pensil, Dater Stamp dll.
 Mari Mewarna (Tahap 1> 5 thn- 6 thn dan Tahap 2 > 7 thn – 8 thn) – Tema ‘Desa Tercinta’ menarik minat anak-anak kecil dengan seni mewarna serta memberi keselesaan untuk bersantai di dalam perpustakaan
 Teka Bilangan Muka Surat Buku – 2 buah buku yang telah dibalut untuk diteka jumlah keseluruhan bilangan muka surat buku tersebut.


KEMPEN KEAHLIAN

Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan lagi keahlian Perpustakaan Desa Sungai Pelong. Seramai 158 orang telah mendaftar sebagai ahli baru perpustakaan terdiri dari 46 orang Dewasa, 55 orang Remaja dan 57 orang Kanak-Kanak.

SUMBANGAN DAN BANTUAN

Bagi menjayakan Program ini dapat berjalan dengan lancarnya Perpustakaan Desa Sungai Pelong mendapat bantuan dan sumbangan serta kerjasama yang amat baik sekali dari semua Pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana Shah Alam, AJK Perpustakaan Desa Sungai Pelong, Jabatan Penjara Sungai Buloh, Tabika Kemas Taman Sri Buloh, Rumah Kasih Harmoni (Anak Yatim & Asnaf), pihak MBSA dan sokongan dari PPAS.

KESIMPULAN

Pada keseluruhan program dan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan serta mendapat jalinan kerjasama yang amat baik sekali dari pihak Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM, Jabatan Penjara Sungai Buloh, MBSA, Tabika Kemas Taman Sri Buloh, Rumah Anak Yatim & Asnaf Kasih Harmoni. Ketua Kampung serta JKKK Kg Sg Pelong, AJK PD Sg. Pelong, Kelab Sinar Wawasan PD28 dan pihak-pihak yang terlibat sama bagi menjayakan program ini.
Program Galakguna Perpustakaan dan Kempen Keahlian ini telah berjaya menarik minat kepada ibubapa untuk membawa anak-anak mereka untuk terus mengunjungi perpustakaan untuk mencari bahan bacaan seterusnya setelah pelbagai info dan maklumat disampaikan kepada mereka disepanjang program ini dilaksanakan dan menjadikan membaca sebagai hobi utama. Program ini juga telah berjaya mempromosi perpustakaan kepada orang awam dan telah meningkatkan jumlah keahlian perpustakaan.


ANTARA GALERI GAMBAR MAJLIS PENUTUP PROGRAM TITIAN ILMU

Mengalu-alukan kehadiran Puan Suzliana bte Abd Hamid, Ketua Seksyen Perkhidmatan Rangkaian Perpustakaan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor untuk memberi Ucapan Pembukaan Perasmian dan Penutup Program Titian Ilmu.





Persembahan Istimewa khas dari Kumpulan Koir Tabika Kemas Taman Sri Buloh dan Kumpulan Nasyid Iman Islam dari Perpustakaan Desa Sungai Pelong.


KHIDMAT KEMASYARAKATAN

Pada 26 Mac 2011 (Sabtu) di Perpustakaan Desa Sungai Pelong dan Dewan JKKK Kampung Sungai Pelong telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat Gotong-Royong bersama-sama semua Pelajar-Pelajar dari Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM, Puncak Perdana Shah Alam, Jabatan Penjara Sungai Buloh, JKKK Kampung Sg Pelong, AJK Perpustakaan Desa Sungai Pelong dan Kelab Sinar Wawasan PD28.

Antara Galeri Gambar


KLIP VIDEO "PROGRAM TITIAN ILMU".

'KLIP VIDEO PADA HARI PROGRAM TITIAN ILMU PADA 27 MAC 2011 (AHAD)'


'KLIP VIDEO PERSEMBAHAN KOIR DAN NASYID'



'KLIP VIDEO PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PADA 26 MAC 2011 (SABTU)'