Khamis, 25 November 2010

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Pada 21 Nov 2010 (Ahad) Majlis Berkhatan Beramai-ramai telah diadakan di Balai JKKK Kampung Sungai Pelong Anjuran JKKK/Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Sungai Pelong. Putera ketiga Aizat Nazmi terlibat sama didalam majlis berkhatan beramai-ramai ini.

Antara Galeri Gambar:

MAJLIS PERKAHWINAN

Pada 18 Nov- 19 Nov 2010, saya ambil cuti tahun kerana bersama keluarga pergi ke Terengganu meraikan majlis perkahwinan (anak saudara perempuan)anak kakak kepada suami saya yang kini menetap di Kuala Telemong, Terengganu. Majlis Perkahwinan diadakan pada 20 Nov 2010 (Sabtu) di Dewan Orangramai Kampung Kuala Telemong, kebetulan dewan ini bersebelahan dengan Perpustakaan Desa Kuala Telemong.

Antara Galeri Gambar:

HARI KECEMERLANGAN PELAJAR DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Pada 15 Nov 2010 (petang) adalah Hari Kecemerlangan Pelajar dan Majlis Khatam Quran di Sekolah Rendah Agama Paya Jaras. Kedua-dua anak permata saya mendapat hadiah pelajar cemerlang bagi tahun 2010, putera ketiga saya Aizat Nazmi mendapat hadiah tempat kedua bagi tahun 5 beserta Sijil Pelajar Cemerlang dan putera kecil saya Azmer Nazim mendapat tempat kedua bagi tahun 1 beserta Sijil Pelajar Cemerlang dan Anugerah Cemerlang Bacaan Iqrak. Alhamdulilah, kerana saya dapat meraikannya bersama-sama kedua-dua permata ini.

Antara Galeri Gambar:

KLIP VIDEO 'HARI KECEMERLANGAN PELAJAR DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN'.

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Pada hari yang sama pada sebelah pagi, permata hati saya yang kecil menerima Anugerah Pelajar Cemerlang untuk Tahun Satu diantara 10 pelajar terbaik keseluruhan bagi murid tahun satu pada tahun 2010 ini dan mendapat hadiah tempat pertama didalam kelas, Alhamdulillah. Cuma terkilan juga rasanya kerana saya tidak dapat bersamanya ketika itu, kerana saya bertugas terlibat dengan Program Gerakan Membaca Daerah Gombak 2010. Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong pada tarikh 15 Nov 2010 (pagi) dirasmikan oleh YB. DATO’ Ir Muhammad Bushro b. Mat Johor, Adun Paya Jaras.

Antara Galeri Gambar:

PROGRAM GERAKAN MEMBACA DAERAH GOMBAK 2010.

Pada 15 Nov 2010 (Isnin), Perpustakaan Daerah Gombak telah melaksanakan Program Gerakan Membaca Daerah Gombak 2010. Pada tahun ini Program Gerakan Membaca telah dibuat diluar kawasan Perpustakaan Daerah Gombak dan bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2. Matlamat utamanya program ini adalah untuk membudayakan dan memperkukuhkan kesedaran dan penghayatan masyarakat kepada “Budaya Minat Membaca” dan kepentingan mencintai ilmu melalui aktiviti, program dan pertandingan khususnya peringkat kanak-kanak hingga dewasa dan memberi kesedaran betapa pentingnya maklumat dan pendidikan.

Diantara aktiviti dan program:
1. Ceramah Perpustakaan Keluarga (Dewasa)
2. Pertandingan Tulisan Jawi ( Belia 20 tahun ke atas)
3. Pertandingan Deklamasi Puisi (10 tahun – 12 tahun)
4. Pertandingan Membaca Berita (9 tahun – 12 tahun)
5. Pertandingan Membaca Pantas Rumi (Prasekolah)



ANTARA GALERI GAMBAR-GAMBAR SEWAKTU AKTIVITI 'PROGRAM GERAKAN MEMBACA DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GOMBAK 2'


DI ANTARA PESERTA-PESERTA YANG MENERIMA HADIAH.

KLIP VIDEO 'PROGRAM GERAKAN MEMBACA DAERAH GOMBAK 2010'