Isnin, 31 Oktober 2011

PROGRAM CELIK ILMU

PENDAHULUAN
Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan program galakguna perpustakaan dengan mengadakan “Program Celik Ilmu” untuk golongan remaja dan Kanak-kanak. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan am dan mengisi masa terluang para pengguna yang kebanyakkannya terdiri dari pelajar-pelajar sekolah rendah yang kini telah selesai menduduki peperiksaan akhir tahun sekolah dan UPSR. Program ini akan berterusan sehingga musim cuti persekolahan nanti.

PENYERTAAN / SASARAN
24 orang penyertaan

TARIKH / TEMPAT / MASA
Tarikh : 07.10.2011 (Jumaat) dan 27.10.2011 (Sabtu)
Tempat : Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Masa : 2.00 ptg. – 4.00 ptg.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
 Cekap Minda
 Teka Silangkata
 Kreatif Minda.

KESIMPULAN
Dengan adanya pelbagai aktiviti ini, menarik minat pelajar untuk terus mendekati perpustakaan dan dapat melahirkan kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya mengisi waktu lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah dan memberi kebaikan kepada diri sendiri sambil menambah ilmu, khususnya pengetahuan am dan juga dapat membina minda pemikiran kearah positif.

Antara Galeri Gambar :









PROGRAM D.U.K.U.N.G

DARI UNISEL Ke ULU KUANG.



D.U.K.U.N.G bermaksud Dari UNISEL ke Ulu Kuang, Objektif program ini adalah untuk melahirkan sikap bertanggungjawab dan toleransi di kalangan pelajar UNISEL. Selain dari itu, ianya bertujuan memberi pendedahan dan pendekatan budaya kepada pelajar terhadap Masyarakat Orang Asli dan dapat memupuk sikap perpaduan di antara kaum.

Tarikh/ Masa / Tempat
Tarikh : 1 & 2 Oktober 2011 (Sabtu & Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : Perkampungan Orang Asli.
Ulu Kuang, Gombak, Selangor Darul Ehsan.

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor antara salahsatu pihak penajaan program ini yangmana dijalankan oleh Para Pelajar dari Fakulti Komunikasi dan Media, Unisel Shah Alam. Antara kakitangan PPAS yang terlibat secara langsung didalam program ini adalah,
Penolong Pegawai Perpustakaan Kanan ( Daerah Petaling):
Puan Rozainess bte Kamaruddin
Pembantu Perpustakaan:
Puan Rahimah bte Zahari (PD Kuang)
Puan Nazlina bte Haji Lekan (PD Sungai Pelong)

Antara program Aktiviti yang kami pihak PPAS laksanakan didalam program ini adalah antaranya menyediakan Maskot PPAS Alif & Anis untuk menghibur pengunjung terutama dari kalangan kanak-kanak anak-anak orang asli di perkampungan ini dan mengadakan Pertandingan Membaca Pantas dan Pertandingan Spell It Right.

Antara Galeri Gambar :
Di Meja Pendaftaran Kempen Keahlian PPAS





Pertandingan Mewarna (Tabika Kemas Selangor)



Pertandingan Mewarna (Sekolah Rendah)



Pertandingan Membaca Pantas



Spell It Right



Acara Penyampaian Hadiah dan bersama Maskot PPAS (Alif & Anis).



SUDUT PENGELUARAN BUKU KHAS BULANAN

Setiap bulan atau mengikut keperluan pengguna, pihak kami akan mengeluarkan buku-buku khas untuk dipamerkan bagi memudahkan untuk dibaca atau dipinjam oleh ahli-ahli. Contohnya pada Bulan Mac antara buku yang dipamerkan mengenai Permainan Tradisional dan Perayaan Setiap Kaum di Malaysia. Bulan Jun buku-buku yang dipamerkan antaranya mengenai Pantun,Puisi dan Sajak. Di bulan Ogos sempena Bulan Kemerdekaan dipamerkan buku-buku Mengenai Sejarah Malaysia, Tokoh-tokoh Kemerdekaan dan Pengetahuan Am Mengenai Kemerdekaan. Untuk Bulan Okt ini pihak kami mempamerkan Buku-buku mengenai Kesihatan, Kebudayaan dan Tanaman Herba.

Antara Galeri Gambar :



Rabu, 10 Ogos 2011

PROGRAM KEM SOLAT


PENDAHULUAN
Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan program galakguna perpustakaan dengan mengadakan “Program Kem Solat” untuk golongan belia/remaja. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan ilmu agama dan kesempurnaan dalam mengerjakan solat. membentuk akhlak dan menerapkan nilai-nilai ilmu agama, mendidik, membimbing dan memupuk remaja suka mengerjakan solat dan didedahkan dengan teknik-teknik mendirikan solat dengan cara yang betul dan sempurna.


PENYERTAAN / SASARAN
20 orang penyertaan

TARIKH / TEMPAT / MASA
Tarikh : 30 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat : Bilik Solat, Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang


PENCERAMAH
Imam Masjid Jamek Sungai Pelong – Ustaz Ungku Ahmad Hazwan bin Ungku Kamarudin (BBA Hons UM).

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
 Ceramah yang bertajuk ‘Solatlah Dengan Sempurna’.
 Amali cara berwuduk, adab tertib bersolat dan bacaan ayat didalam solat.


KESIMPULAN
Program ini berjalan dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan dan mendapat maklumbalas yang amat baik sekali dari para peserta dan ibubapa. Dengan program ini juga dapat melahirkan kesedaran kepada remaja betapa pentingnya menunaikan solat dengan sempurna, ia adalah satu kewajipan kepada kita semua sebagai umat islam, agar kehidupan yang kita jalani ini senantiasa diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. Amin…

ANTARA GALERI GAMBAR








RAMADHAN DATANG LAGI

Bersama kita menunaikan Ibadah Puasa Rukun Islam ke-3. Selamat Berpuasa.

KURSUS S.P.I.E.S

Sebuah Program Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor. Kursus S.P.I.E.S ( Spiritual, Physical, Intellectual, Emotion & Social ). Kami kakitangan PPAS antara warga Selangor yang telah dipilih untuk menghadiri Kursus S.P.I.E.S ini. Bertuah rasanya setelah apapun jua pengalaman dan halangan yang di alami ketika menyertai kursus ini, terlalu banyak ilmu pengetahuan untuk di Dunia dan Akhirat yang kami sama-sama pelajari dan insyallah akan diamalkan, terutamanya didalam menjalani kehidupan seharian dan pekerjaan. Pengalaman yang paling berharga bagi saya ketika hari ke-2, sewaktu melakukan Madrasatullail serta muhasabah diri pada jam 4.oo pagi sehingga menjelang Solat Subuh dan disusuli pula Terapi Dhuha pada jam 8.30 pagi. Alhamdulillah saya dapat sertai sepenuhnya program yang diadakan didalam kursus S.P.I.E.S ini.
Tarikh : 27 - 28 Julai 2011
Tempat : Excel Training Resorts, Lenggeng, Negeri Sembilan.
Batch : ke - 4


Rabu, 3 Ogos 2011

PAMERAN INTELEK KEMERDEKAAN

PENDAHULUAN
Perpustakaan Desa Sungai Pelong sedang mengadakan “Pameran Intelek Kemerdekaan” bersempena dengan Sambutan Semarakkan Bulan KeMerdekaan Malaysia ke-54 pada tahun 2011 ini. Pameran ini berlangsung selama 2 bulan yang bermula pada 16 Julai 2011 sehingga 16 September 2011 yang diadakan didalam Bangunan Perpustakaan Desa Sungai Pelong. Satu ruang sudut telah disediakan khas untuk “Pameran Intelek Kemerdekaan”.
Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk bersama berkongsi Maklumat, Mengenali Tokoh-Tokoh Kemerdekaan dan Sejarah Kemerdekaan Negara Malaysia disamping menanam Semangat Cintakan Negara dan bersama-sama mengekalkan Keamanan Negara yang kita kecapi pada masa kini dan seterusnya untuk generasi yang akan datang kepada pengunjung dan masyarakat amnya. Pelbagai Buku Sejarah Kemerdekaan turut dipamerkan untuk dibaca oleh pengunjung yangmana secara tak langsung Menggalakkan Budaya Membaca. Sepanjang pameran ini berlangsung, semua pengunjung perpustakaan boleh menyertai Kuiz yang diadakan Jom Sertai Kuiz Negaraku Malaysia “Hayati Sejarah Cintai Negara”.

PENYERTAAN / SASARAN
50 orang penyertaan

TARIKH / TEMPAT / MASA
Tarikh : 16 Julai – 16 September 2011
Tempat : Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
4.1 Jom sertai Kuiz Negaraku Malaysia “Hayati Sejarah Cintai Negara”.
4.2 Aktiviti Cantum dan Bina dari Kepingan Puzzle Asas Matematik.
4.3 Kempen Keahlian

KESIMPULAN
Disepanjang Pameran Intelek Kemerdekaan ini berlangsung, ianya mendapat maklumbalas yang amat baik sekali daripada ahli-ahli dan pengunjung baru perpustakaan dan secara tak langsung menarik minat membaca untuk menyertai kuiz “Hayati Sejarah Cintai Negara”. dan menambah ilmu pengetahuan mengenai sejarah dan tokoh-tokoh kemerdekaan dengan segala info yang telah di pamerkan sempena dengan Sambutan Bulan KeMerdekaan Malaysia ke-54 pada tahun 2011 ini. Disamping menanam Semangat Cintakan Negara dan hargailah keamanan.


Galeri Ruang Sudut “Pameran Intelek Kemerdekaan”




Isnin, 18 Julai 2011

FLORIA PUTRAJAYA 2011

MAWAR LAMBANG KASIH

AURA Keindahan Mawar di Floria Putrajaya 2011, festival dengan tema Mawar Untuk Selamanya yang mempamerkan lebih 12,000 Bunga Mawar pelbagai spesies. Inilah yang uniknya membawa kami sekeluarga mengisi masa lapang di hujung minggu untuk bersama-sama memeriahkan lagi festival Floria Putrajaya 2011 pada hari Sabtu (16 Julai 2011) baru-baru ini, ditambahkan pula Puteri Tunggal kami yang menuntut di KPM, Beranang turut serta mengambil bahagian didalam Pertandingan Lanskap & Laman Seni kategori Universiti Garden Competition Floria Putrajaya 2011.

Antara Galeri Gambar: