Khamis, 31 Mei 2012

PROGRAM KLINIK SMART SOLAT


KLINIK SMART SOLAT



 PENDAHULUAN

Program Klinik Smart Solat ini adalah satu program komuniti anjuran bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Surau Al-Ikhwan, Bandar Baru Sg. Buloh. Program ini diadakan untuk mengalakkan masyarakat dan anak-anak remaja kita mengisi masa lapang cuti sekolah dengan aktiviti ilmu bagi melahirkan generasi sihat minda dan fizikal serta secara tak langsung mengurangkan mereka terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat.
Klinik Smart Solat ini memberi pendedahan dan pemahaman secara lebih jelas kepada peserta cara mengerjakan solat yang betul dan sempurna serta secara tak langsung mengeratkan lagi hubungan ukhwah diantara peserta-peserta. Program ini dibimbing oleh Ustaz-ustaz dari Tahfiz Darul Furqan, Meru, Klang.
- Ustaz Mohammad Izzat Mohamed Ropi
- Ustaz Muhamad Adha Buyong 
Antara kakitangan PPAS yang terlibat secara langsung didalam program ini adalah,
Penolong Pegawai Perpustakaan Kanan ( Daerah Petaling):
Puan Rozainess bte Kamaruddin
Pembantu Perpustakaan:
Puan Nazlina bte Haji Lekan (PD Sungai Pelong)
Puan Rahimah bte Zahari (PD Kuang)
AJK Surau Al-Ikhwan Bandar Baru Sungai Buloh:
Puan Hamimah Md Khamis
Puan Noorazalena Kamaruddin
Encik Saufi Haji Zaini

PENYERTAAN / SASARAN
  150 orang pengunjung.

TARIKH / TEMPAT / MASA
      Tarikh   : 28 Mei (Isnin) 7 Rejab 1433H
      Masa      : 8.00 pagi – 6.00 petang
      Tempat  : Surau Al-Ikhwan, Bandar Baru Sg. Buloh,
                     Selangor Darul Ehsan.

KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan, seramai 93 orang telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan terdiri dari 10 orang dewasa, 42 orang remaja dan 41 orang kanak-kanak.

TENTATIF PROGRAM
       8.00 pg.    -  Pendaftaran Peserta, Sarapan Pagi.
       9.00 pg.    -  Pembahagian Kumpulan Suai Kenal..
       9.30 pg.    -  Slot 1 : Solatku, Masa Depanku.
                           (Ustaz Muhammad Adha Buyong)
       10.30 pg.  -  Rehat Minda (Tayangan Multimedia).
       11.00 pg.  -  Slot 2  : Kesilapan-kesilapan Dalam Solat.
                           (Ustaz Mohammad Izzat Mohamed Ropi)
       12.00 tgh. -  Bengkel 1.
       1.00 tgh.   -  Makan Tengahari.
       1.30 tgh.   -  Solat Zohor Berjemaah.
       2.00 ptg.   -  Bengkel 2.
       4.00 ptg.   -  Minum Petang.
       4.30 ptg.   -  Solat Asar Berjemaah.
       6.00 ptg.   -  Kuiz.
                           Penyampaian Sijil Penyertaan
                           Majlis Penutup Bersama Ibubapa.
                           Bersurai.

KESIMPULAN
Program Klinik Smart Solat ini dapat melahirkan generasi muslim dan muslimah yang soleh dan solehah serta dapat mengeratkan jalinan ukhuwah diantara peserta dari pelbagai tempat. Program ini juga secara tak langsung menambah keahlian baru dengan promosi Kempen Keahlian serta memperkenalkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor  kepada umum dan menarik komuniti untuk  terus mengunjungi perpustakaan.


ANTARA GALERI GAMBAR

Di Meja Pendaftaran Peserta Program Klinik Smart Solat

Kempen Keahlian PPAS
 
 
 

Slot 1:Solatku, Masa Depanku ( Penceramah oleh Ustaz Muhammad Adha Buyong).
 
 
 

Bengkel 1.
 
 
 

Slot 2:Kesilapan-kesilapan Dalam Solat (oleh Ustaz Mohd Izzat Mohamed Ropi).
 
 

Bengkel 2.
 
 
 

Rehat Minda (Tayangan Multimedia).
 
 
Sijil Penyertaan dan fail peserta berserta barangan cenderahati sumbangan dari PPAS untuk semua peserta.
 

Antara barangan cenderahati serta sejadah sumbangan dari PPAS kepada penceramah ustaz serta semua AJK Surau Al-Ikhwan serta Faksilator program ini.  
 

Makanan & minuman disediakan penganjur Surau Al-Ikhwan disepanjang program

REHAT MINDA KLINIK SMART SOLAT




Sabtu, 5 Mei 2012

PROGRAM KOMUNITI


'JOM MEMBACA DI HUJUNG MINGGU’

PENGENALAN

Program ‘……Jom Membaca Di Hujung Minggu’ adalah satu Program Komuniti penduduk perumahan di Taman Tasik Biru, Kundang, Kuang. Program ini adalah Anjuran Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru dengan Kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Program ini diadakan untuk mengalakkan masyarakat membaca dan cintakan ilmu. Untuk menjayakan program ini, pihak PPAS telah menyediakan 300 buah buku dari pelbagai kategori serta majalah sebagai bahan bacaan yang dibawa dari Perpustakaan Desa Kuang. Program ‘30 Minit Membaca’ serentak ini juga adalah kesinambungan yang akan berterusan dari Kempen ’15min Reading Break’ yang diadakan pada ‘Hari Ilmu’ Negeri Selangor pada tahun 2011. 

Antara kakitangan PPAS yang terlibat secara langsung didalam program ini adalah, 
Penolong Pegawai Perpustakaan Kanan ( Daerah Petaling): 
Puan Rozainess bte Kamaruddin 
Pembantu Perpustakaan: 
Puan Rahimah bte Zahari (PD Kuang) 
Puan Nazlina bte Haji Lekan (PD Sungai Pelong)

Turut serta menyemarakkan program 
 ‘30 Minit Membaca’ Satu Cenderahati. 

PENYERTAAN / SASARAN
150 orang pengunjung.

TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh : 22 April 2012 (Ahad) 
Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengahari 
Tempat : Dataran Parkir Lot Kedai, 
                Taman Perumahan Tasik Biru Kundang, 
                Kuang, Selangor Darul Ehsan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
-Program Galakan Membaca (30 minit membaca) 
-Pertandingan Mewarna Kanak-kanak -Kempen Keahlian (Rakan Perpustakaan).

KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan, seramai 49 orang telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan terdiri dari 22 orang dewasa, 6 orang remaja dan 21 orang kanak-kanak.

KESIMPULAN
Program ‘Jom Membaca Di Hujung Minggu’ dan ‘30 Minit Membaca’ serentak ini juga dapat bersama melaksanakan agenda SKT PPAS 2012 bagi Seksyen Rangkaian Perkhidmatan Perpustakaan bil.3 dengan Objektif nya Memperluaskan Komuniti Pembaca dan mewujudkan Jalinan Kerjasama yang amat baik diantara orang awam atau komuniti setempat dengan PPAS. Program ini juga secara tak langsung mempromosi dan memperkenalkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor kepada umum dan menarik komuniti untuk terus mengunjungi perpustakaan.

ANTARA GALERI GAMBAR

Di Meja Pendaftaran Kempen Keahlian PPAS

Bahan Bacaan dari Perpustakaan Desa Kuang

30 Minit Membaca Serentak bermula Jam 10.00 pagi – 10.30 pagi.

Pertandingan Mewarna Kanak-kanak

Bersama Maskot PPAS Aliff & Anis.

Penyampaian Hadiah & Cenderahati 
Pegawai Perpustakaan Daerah Petaling 
Puan Rozainess Kamaruddin dari PPAS.