Sabtu, 5 Mei 2012

PROGRAM KOMUNITI


'JOM MEMBACA DI HUJUNG MINGGU’

PENGENALAN

Program ‘……Jom Membaca Di Hujung Minggu’ adalah satu Program Komuniti penduduk perumahan di Taman Tasik Biru, Kundang, Kuang. Program ini adalah Anjuran Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru dengan Kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Program ini diadakan untuk mengalakkan masyarakat membaca dan cintakan ilmu. Untuk menjayakan program ini, pihak PPAS telah menyediakan 300 buah buku dari pelbagai kategori serta majalah sebagai bahan bacaan yang dibawa dari Perpustakaan Desa Kuang. Program ‘30 Minit Membaca’ serentak ini juga adalah kesinambungan yang akan berterusan dari Kempen ’15min Reading Break’ yang diadakan pada ‘Hari Ilmu’ Negeri Selangor pada tahun 2011. 

Antara kakitangan PPAS yang terlibat secara langsung didalam program ini adalah, 
Penolong Pegawai Perpustakaan Kanan ( Daerah Petaling): 
Puan Rozainess bte Kamaruddin 
Pembantu Perpustakaan: 
Puan Rahimah bte Zahari (PD Kuang) 
Puan Nazlina bte Haji Lekan (PD Sungai Pelong)

Turut serta menyemarakkan program 
 ‘30 Minit Membaca’ Satu Cenderahati. 

PENYERTAAN / SASARAN
150 orang pengunjung.

TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh : 22 April 2012 (Ahad) 
Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengahari 
Tempat : Dataran Parkir Lot Kedai, 
                Taman Perumahan Tasik Biru Kundang, 
                Kuang, Selangor Darul Ehsan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
-Program Galakan Membaca (30 minit membaca) 
-Pertandingan Mewarna Kanak-kanak -Kempen Keahlian (Rakan Perpustakaan).

KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan, seramai 49 orang telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan terdiri dari 22 orang dewasa, 6 orang remaja dan 21 orang kanak-kanak.

KESIMPULAN
Program ‘Jom Membaca Di Hujung Minggu’ dan ‘30 Minit Membaca’ serentak ini juga dapat bersama melaksanakan agenda SKT PPAS 2012 bagi Seksyen Rangkaian Perkhidmatan Perpustakaan bil.3 dengan Objektif nya Memperluaskan Komuniti Pembaca dan mewujudkan Jalinan Kerjasama yang amat baik diantara orang awam atau komuniti setempat dengan PPAS. Program ini juga secara tak langsung mempromosi dan memperkenalkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor kepada umum dan menarik komuniti untuk terus mengunjungi perpustakaan.

ANTARA GALERI GAMBAR

Di Meja Pendaftaran Kempen Keahlian PPAS

Bahan Bacaan dari Perpustakaan Desa Kuang

30 Minit Membaca Serentak bermula Jam 10.00 pagi – 10.30 pagi.

Pertandingan Mewarna Kanak-kanak

Bersama Maskot PPAS Aliff & Anis.

Penyampaian Hadiah & Cenderahati 
Pegawai Perpustakaan Daerah Petaling 
Puan Rozainess Kamaruddin dari PPAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan