Khamis, 31 Disember 2009

STATISTIK KEAHLIAN DAN PINJAMAN BAGI TAHUN 2009

Sepanjang tahun 2009 Keahlian dan Pengguna Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah meningkat dua kali ganda dari tahun-tahun sebelumnya ianya disebabkan dengan adanya berbagai-bagai aktiviti yang di laksanakan oleh Pembantu Perpustakaan Desa dengan disokong oleh Pengerusi PD dan AJK PD. Ini telah terbukti melalui Statistik Bulanan dan Carta Pecahan bagi bulan Jan hingga Dis 2009 dan juga Statistik Tahunan dan Carta Pecahan dari Tahun 1994 hingga 2009. Saya berharap dengan kedatangan Tahun 2010 ini akan bertambah ramai, lagi Keahlian dan Pengguna Perpustakaan Desa Sungai Pelong. “Perpustakaan Sebagai Tempat Pembelajaran Sepanjang Hayat”.










PEMBACA TERBANYAK TAHUN 2009

Pemenang-pemenang pembaca terbanyak bagi sepanjang tahun 2009 menerima ‘hadiah buku’ sumbangan dari PPAS Pada 30 Dis 2009.

Senarai Nama Penerima :-

1. Encik Murugan A/L K.S Karuppiah (660502-05-5313) – Pegawai Kanan Penjara
2. Puan S.Letchumy A/P Soorianarayanan (660502-05-5240) –Surirumah
3. Thanies A/L Murugan – Pelajar Sekolah Rendah
4. Puan Siti Aminah Binti Baharuddin (791108-10-5992) - Surirumah
5. Mohd Redzuan Bin Rosli – Pelajar Sekolah Menengah
6. Siti Nor Syahira Binti Azahar – Pelajar Sekolah Rendah



Jumaat, 18 Disember 2009

Komuniti Prihatin.

Pada 14 hb. Disember 2009, Satu program ’Komuniti Prihatin’ bersama Pegawas Pusat Sumber dari Sekolah Men. Keb. Bukit Gading, telah mengadakan satu aktiviti lawatan sambil belajar (bagaimana cara penyusunan buku mengikut sistem pengkelasan dan bacaan rak bagi setiap Perpustakaan Awam) dan bergotong-royong bersama menyusun buku-buku dirak perpustakaan ini. Seramai 15 pelajar terdiri dari pegawas pusat sumber SMKBG yang mengikuti program dan aktiviti ini.

Tujuan

Meningkatkan lagi ilmu pustakawan kedalam diri setiap pegawas pusat sumber ini.

Matlamat

Program dan aktiviti yang dijalankan ini dapat meningkatkan sikap prihatin dan tolentrasi dikalangan para pelajar dan mendekatkan diri mereka dengan Perpustakaan Awam.






Kursus Teambuilding II PPAS Bersama Keluarga 2009.





Pada 12 hb. Disember sehingga 13 hb. Disember 2009, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah mengadakan Hari Kualiti & Kursus Teambuilding II 2009 Bersama Keluarga di Hotel Pyramid Tower,Sunway, Petaling Jaya.

Kursus Teambuiding II ini adalah kesinambungan dari Kursus Teambuilding yang telah diadakan pada 20 hb.Feb sehingga 22 hb. Feb 2009 Di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Matlamatnya sama cuma kali ini lebih bersantai bersama keluarga tersayang, yang penting pengajaran yang boleh kita dapati dari Kursus Teambuilding ini adalah semangat bekerja satu pasukan dan sentiasa memberi kerjasama antara satu sama lain tanpa ada perasaan irihati atau hasad dengki, yang penting kejujuran dan keihklasan hati, tegur-menegur, demi untuk kebaikan itu penting didalam pekerjaan dan kehidupan kekeluargaan. Pasti kita mendapat kejayaan. Pada hari pertama Kursus Teambuilding II Bersama Keluarga, suasananya amat meriah dan ahli keluarga warga PPAS terutama anak-anak kecil amat gembira dan seronok sekali dengan adanya acara pertunjukan Badut dan Silapmata dari PPAS. Terimakasih kepada PPAS. PPAS Boleh !!!






Pada sebelah malamnya satu Majlis Jamuan Makan Malam sempena Hari Kualiti PPAS 2009 yang dirasmikan oleh Y.B DR HJH. HALIMAH BINTI ALI (EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor). Dalam majlis tersebut ada Persembahan Koir dari kakitangan PPAS serta majlis Penyampaian Sumbangan Persaraan, Penyampaian Cenderahati kepada kakitangan yang telah 25 tahun berkhidmat, Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2008. Antara 6 orang kakitangan PPAS yang menerima APC dan seorang kakitangan PPAS yang menerima Anugerah Khas bagi Tahun 2008.

1. Puan Hikmah bt Hassan ( Bahagian ’Knowlegde Managemant’Shah Alam )
2. Puan Siti Yusrina bt Jainuddin ( Perpust. Daerah Sultan Abdul Samad, Banting )
3. Puan Nor Chempawan bt Mat Abu ( Perpust. Daerah Gombak, Selayang )
4. Puan Raja Bidah bt Raja Seman (Bhg. Perkhidmatan Pelanggan RATU, Shah Alam )
5. Puan Nazlina bte Haji Lekan ( Perpustakaan Desa Sungai Pelong )
6. Puan Roseneta bt Mohd Badros ( Perpustakaan Desa Ijok )
7. Cik Siti Noorakmar bt Ahmad ( Bhg. Pembangunan & Koleksi, Shah Alam ) Anugerah Khas.




Ketika sesi fotografi bagi kakitangan yang menerima Anugerah Cemerlang Perkhidmatan bagi Tahun 2008 pada malam Majlis Jamuan Makan Malam, tidak dapat saya sertai, maaf pada semua terlibat, maklumlah aturcara ini semua melibatkan semua ahli keluarga, saya terpaksa dahulukan anak saya dalam banyak perkara, harap semua memahami. Saya sebagai salah seorang dari penerima APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) bagi tahun 2008, dari tujuh orang kakitangan PPAS yang terpilih ingin nyatakan perasaan yang teramat gembira dan bersyukur kepada Allah. Alhamdulillah.

Family bersama Pengarah PPAS.

Sesi bergambar keluarga bersama Pengarah PPAS Puan Mastura Haji Mohamad semasa tamat program.

Aktiviti Teambuilding II

Gambar-gambar para Kakitangan PPAS yang hadir pada Hari Kualiti & Kursus Teambuilding II 2009 Bersama Keluarga di Hotel Pyramid Tower,Sunway, Petaling Jaya.






Aktiviti-aktiviti bersantai bersama keluarga pada 12 Dis dan 13 Dis 2009.






Persembahan Koir dari kakitangan PPAS yang menghiburkan dengan lagu Demi Matahari, Gemuruh, Lagu PPAS dan lain-lain semasa majlis makan malam.






Gambar suasana Majlis Makan Malam Bersama Keluarga di Hotel Pyramid Tower,Sunway, Petaling Jaya.






Persembahan Badut dan Silapmata yang disediakan PPAS bagi menghiburkan anak-anak kakitangan PPAS.






Khamis, 17 Disember 2009

Klip Video Kursus Teambuilding II PPAS Bersama Keluarga 2009

Klip Video Hari Keluarga Anak-Anak Warga PPAS

Al-kisah Putera Kecilku.

Salam semua, agak lama blog saya tidak dikemas kini, disebab ada perkara yang tak dijangka telah berlaku terhadap ‘Putera Kecil’ kesayangan saya yang telah menjalani pembedahan pada 26 Nov 2009, dimana esok harinya semua Umat Islam menyambut Hariraya Aidil-Adha, hanya Allah lagi mengetahui hati dan perasaan ini ketika melihat keadaan anak didalam dewan pembedahan, sedih teramat dan kebimbangan sentiasa menemani, hanya doa dipohon kepada Allah yang maha besar lagi maha penyayang dan inilah pengorbanan yang terindah, putera kecilku semangatnya cukup kuat. Alhamdulillah.






Keadaan ketika Putera Kecilku keluar dari dewan bedah selepas menjalani pembedahannya.