Isnin, 13 Julai 2009

PESTA SUKAN DALAMAN PPAS 2009

Pesta Sukan Dalaman 2009 pada 05 Julai 2009 bertempat di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam. Pertandingan Sukan Dalaman terbahagi kepada tiga acara permainan iaitu Carom, Dart dan Congkak.

Kumpulan Gempak YoYo-o sedang membuat pengesahan pendaftaran.






Kami dari Daerah Zon 2B telah mengelarkan kumpulan kami Gempak YoYo-o sentiasa dihadapan.




Disaat ini para Atlit Lelaki dan Atlit Wanita sedang mencabut undi untuk mencari lawan masing-masing semasa pertandingan dijalankan nanti.





Kumpulan Gempak Yoyo-o sedang bertanding dalam acara permainan congkak, carom dan dart dengan lawan masing-masing.






Suasana yang meriah dan ceria ketika Pesta Sukan Dalaman 2009 berlangsung yang telah diadakan di Bilik Aktiviti Kanak-kanak di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.


KLIP VIDEO ATLIT LELAKI

Pertandingan Permainan Dart dan Carom Atlit Lelaki Warga PPAS.

KLIP VIDEO ATLIT WANITA

Pertandingan Permainan Congkak dari Atlit Wanita Warga PPAS

BENGKEL MENGURUSKAN WANG PANJAR

Pada 26 Jun 2009 Bengkel Menguruskan Wang Panjar telah diadakan di Perpustakaan Daerah Gombak Negeri Selangor di Pengerusi oleh Puan Martini dari Ketua Akauntan PPAS dan dihadiri Ketua Bahagian bersama-sama Petugas-petugas PD Zon 2B.

Perkara-perkara yang dibincangkan adalah:

a. Cara-cara bagaimana menguruskan wang panjar yang akan diberikan kepada
setiap petugas PD.
b. Pengisian kedalam buku wang panjar hendaklah di isi dengan cara yang betul
dan tersusun.
c. Memastikan perbelanjaan wang panjar hanya untuk membayar bil suratkhabar
dan mesin rumput.
d. Pastikan segala resit pembayaran dan salinan buku wang panjar dihantar pada
setiap 01 hb. Setiap bulan ke Bahagian Kewangan.






Pertandingan Sukan Dalaman Daerah Zon 2B

Satu pertandingan permainan sukan dalaman telah diadakan di Perpustakaan Daerah Gombak Negeri Selangor pada 20 Jun 2009 ( Sabtu) bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 3.00 petang, seramai 14 orang peserta telah mengambil bahagian yangmana terdiri daripada Perpustakaan Daerah Gombak, Daerah Hulu Selangor dan Perpustakaan Desa.

Objektif

Memberi pendedahan yang mendalam tentang permainan sukan dalaman.
Mengeratkan silaturahim antara peserta dan berkongsi pengalaman tentang aktiviti dan program yang telah dan akan dijalankan sepanjang tahun 2009.

Tujuan

Mencari pemain yang terbaik daripada yang baik untuk mewakili Daerah Zon 2B ke pertandingan akhir.

Peserta-peserta yang hadir menjayakan pertandingan permainan sukan dalaman dari Daerah Zon 2B. Kesemua para peserta telah memberi satu komitmen dan bersemangat tinggi terhadap pertandingan permainan sukan dalaman.








Ahad, 12 Julai 2009

KLIP VIDEO PERTANDINGAN PERMAINAN SUKAN DALAMAN DAERAH GOMBAK (ZON 2B)

Suasana meriah dan ceria ketika acara pertandingan sukan dalaman yang dijalankan antara petugas-petugas Daerah Zon 2B di Perpustakaan Daerah Gombak.