Sabtu, 29 Mei 2010

MARI BELAJAR MEMBUAT KERATAN AKHBAR

Program Galakguna Perpustakaan telah diadakan Pada 22 Mei 2010 (Sabtu) bersama Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading dan Sekolah Menengah Agama Paya Jaras 47000 Sungai Buluh Selangor Darul Ehsan


PENDAHULUAN
Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan satu program dan aktiviti galakguna perpustakaan bersama pelajar-pelajar SMKBG dan SMAPJ ‘Mari Belajar Membuat Keratan Akhbar’.
Program galakguna perpustakaan dan aktiviti yang dijalankan ini dapat menyumbang semangat bekerjasama dan toleransi dikalangan pelajar-pelajar ini ketika mendapatkan isu-isu semasa didalam suratkhabar untuk dijadikan bahan keratan akhbar. Didalam mendapatkan bahan-bahan untuk keratan akhbar secara tak langsung menerapkan budaya membaca dikalangan remaja-remaja ini.



PENYERTAAN / SASARAN
10 orang peserta terlibat


TARIKH / TEMPAT / MASA
Tarikh : 22 Mei 2010
Tempat : Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang



AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Mengumpulkan surat khabar bulan Feb dan Mac 2010.
Memilih tajuk-tajuk akhbar mengikut kategori contoh Sukan, Ekonomi, Kesihatan dll.
Mengunting dan menampal artikel yang telah dipilih pada kertas A4
Susun dan simpan didalam fail mengikut tajuk dan kategori.



KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan lagi keahlian Perpustakaan Desa Sungai Pelong. Seramai 13 orang telah mendaftar sebagai ahli baru perpustakaan terdiri dari 7 orang dewasa, 3 remaja dan 3orang kanak-kanak.


KESIMPULAN
Pada dasarnya program dan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari pelajar-pelajar SMKBG dan SMAPJ yang hadir pada hari tersebut. Program dan aktiviti ini dijalankan dengan harapan semoga tagline untuk menjadikan perpustakaan sebagai ‘Rumah Keduaku’ mencapai kejayaan.

Aktiviti ‘Belajar Membuat Keratan Akhbar’.

Memilih tajuk-tajuk akhbar mengikut kategori contoh Sukan, Ekonomi, Kesihatan dll.




Mengunting dan menampal artikel yang telah dipilih pada kertas A4.

Simpan dan susun didalam fail mengikut tajuk kategori.




KLIP VIDEO 'MARI MEMBUAT KERATAN AKHBAR'

Khamis, 20 Mei 2010

HARI ILMU DAN GERAKAN MEMBACA PERDANA NEGERI SELANGOR 2010

Jom ramai-ramai kita menjayakan Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor 2010
di Taman Tasik, Shah Alam
pada 26 jun 2010 (Sabtu)Jam 8.00pagi sehingga 2.00petang. Semua komuniti dijemput hadir bersama menjayakan program ini ‘Membaca Budaya Kita’ bawalah keluarga bersama berkumpul disana dan membaca beramai-ramai
‘Jom Membaca‘.Bawalah buku dan baca dimana sahaja anda berada, disediakan juga tabung buku untuk pengunjung yang hadir.

PESTA BUKU SELANGOR 2010

Pesta Buku Selangor 2010 akan diadakan pada 25 Jun 2010
sehingga 05 julai 2010 bertempat diKompleks PKNS, Shah Alam . Pelbagai bahan-bahan bacaan yang menarik boleh anda dapati disana dengan potongan peratus harga yang amat rendah sekali dan juga bahan rujukan untuk pelajar sekolah boleh didapati disana dengan harga yang murah dengan pelbagai pilihan dan terbitan terbaru. Bawalah anak-anak anda, pelbagai aktiviti-aktiviti menarik diadakan sepanjang pesta buku ini berlangsung di Komplek PKNS
Shah Alam.

MESYUARAT PERKHIDMATAN DAERAH GOMBAK BIL. 2/10

Mesyuarat Kakitangan Perkhidmatan
Daerah Gombak Bil. 2/10
Pada 14 Mei 2010 jam 09.00 pagi. Hari Jumaat.
Bertempat di Perpustakaan Daerah Gombak.
Seramai 15 orang kakitangan dari
Daerah Gombak yang menghadiri mesyuarat .

Antaranya kakitangan yang hadir:-

Pn Nor Chempawan Mat Abu
- Pen. Peg. Perpust. Daerah Gombak
Pn Sakinah Che Daud
- Pen. Peg. PD (PNM) Kemensah
En Mohd Asrin Osman
- Pem. Tadbir Perpust. Daerah Gombak
En Mazlan Ghazali
- Pembantu Perpust. Daerah Gombak
En Abd Kadir Abu Bakar
- Pembantu Perpust. Daerah Gombak
Cik Mazlin Zahar
- Pembantu Perpust. Daerah Gombak
Pn Nazlina Haji Lekan
- Pembantu Perpust. PD Sg. Pelong
Pn Rahimah Zahari
- Pembantu Perpust. PD Kuang
Cik Siti Nur Zaleha Yusof
- Pembantu Perpust. PD Kubu Gajah
Pn Salmah Osman
- Pembantu Perpust. PD Asyakirin
Cik Noor Hazura Abd Razak
- Pembantu Perpust. PD Kemensah
Pn Junaidah Jamil
- Pembantu Perpust. Caw. Rawang
Cik Norazila Rasli
- Pembantu Perpust. Caw. Rawang
En Mohd Khalid Haji Sidi
- Pembantu Perpust. Caw. Rawang
En Nasarudin Rasul
- Pembantu Am Perpust. Caw. Rawang

Antara Agenda penting yang dibentangkan didalam mesyuarat ini adalah mengenai
Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor 2010 dan Pesta Buku Selangor 2010.
 Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor 2010 akan diadakan bertempat
di Taman Tasik,Shah Alam pada 26 jun 2010 (Sabtu)Jam 8.00 am - 2.00pm
 Sasaran seramai 10,000 penyertaan dengan
kategori penyertaan Peserta Berdaftar seramai 5,000 orang dan Pengunjung Awam seramai 5,000 orang.
 Semua kakitangan PPAS diwajibkan hadir pada
hari tersebut bersama ahli keluarga masing-masing.
 Pihak penganjur akan menjadikan program ini sebagai salah satu Program
Kemasyarakatan Terbesar Negeri Selangor
dengan pengiktirafan The Malaysia Book of Records.
 Pesta Buku Selangor 2010 akan diadakan
pada 25 Jun 2010 - 05 julai 2010
bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam .

Ahad, 9 Mei 2010

JOM MENCERIAKAN PERPUSTAKAAN

Pendahuluan

Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan satu program dan aktiviti Galakguna Perpustakaan bersama Kelab Sinar Wawasan PD28 ‘Jom menceriakan Sudut Perpustakaan Kita’. Program galakguna perpustakaan dan aktiviti yang dijalankan ini dapat menyumbang semangat kerjasama dan mendidik golongan remaja lebih prihatin tentang betapa pentingnya kebersihan dan keceriaan bagi keselesaan dan menarik minat pengunjung dan ahli-ahli perpustakaan untuk terus mengunjungi perpustakaan untuk mendapatkan ilmu dan maklumat. Jom Lepak…

Penyertaan/ sasaran

15 orang peserta terlibat.

Tarikh/ tempat/ masa

Tarikh : 24 April 2010
Tempat : Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Masa :10.30 pagi – 12.45 tengahari

Aktiviti yang dijalankan

 Pemilihan bahan aktiviti untuk dipamerkan
 Mencetak dan mengunting kertas tanda aktiviti
 Menampal dan mempamerkan hasil seni dan kraftangan yang telah dijalankan pada aktiviti bulan Feb dan Mac 2010
 Kempen Keahlian

Kempen Keahlian

Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan lagi keahlian Perpustakaan Desa Sungai Pelong. Seramai 17 orang telah mendaftar sebagai ahli baru perpustakaan terdiri dari 2 orang dewasa, 11 remaja dan 4 orang kanak-kanak.

Kesimpulan

Pada dasarnya program dan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari semua ahli-ahli kelab Sinar wawasan yang hadir pada hari tersebut. Program dan aktiviti ini dijalankan dengan harapan semoga tagline untuk menjadikan perpustakaan sebagai Rumah Keduaku mencapai kejayaan.


AJK dan Ahli Kelab Sinar Wawasan PD28 sedang menampal nombor yang telah dicetak pada sudut Pertandingan Mencari Ahli terbanyak bagi tahun 2010.

Pemilihan bahan aktiviti untuk dipamerkan.

Mencetak dan mengunting kertas tanda aktiviti.

Bahan aktiviti yang telah dipilih untuk ditampal pada sudut yang disediakan.




Hasil-hasil seni kraftangan dari anak-anak permata kita yang telah dipamerkan.

Inilah hasilnya ‘ Jom Ceriakan Sudut Perpustakaan Kita’.



KLIP VIDEO 'JOM MENCERIAKAN PERPUSTAKAAN'

KURSUS PENGURUSAN REKOD DAN FAIL

Pada 12 hb. April 2010 Sehingga 13 hb. April 2010, semua staff Perpustakaan Awam Negeri Selangor yang terlibat dikehendaki menghadiri Kursus Pengurusan Rekod dan Fail, kursus ini hanya 2 hari sahaja di Dewan Utama PPAS Tenaga pengajarnya khas dijemput dari Arkib Negara yang dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor bertempat di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Kursus Pengurusan Rekod dan Fail amat penting untuk semua staff terutama yang berkerja dibahagian sektor pejabat bagi memantapkan pengurusan penyelenggaraan, menyimpan rekod dan fail dengan cara tersusun bagi memudahkan pencarian bila hendak digunakan.

KURSUS ASAS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

Pada 29 hb.Mac 2010 sehingga 02 hb. April 2010, semua staff Perpustakaan Awam Negeri Selangor yang telah diserapkan ke jawatan tetap sebagai pembantu perpustakaan S17 telah diwajibkan menghadiri Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan selama seminggu di Dewan Utama PPAS. Tenaga pengajarnya khas dijemput dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor bertempat di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan ini amat penting kepada semua pustakawan, ianya berkaitan dengan semua tugas-tugas yang dijalankan disetiap perpustakaan di Malaysia dan juga untuk peperiksaan Subjek Jabatan bagi pengesahan jawatan.