Khamis, 21 Jun 2012

PROGRAM RIA ILMU

Program Ria Ilmu

PENDAHULUAN
Program Ria Ilmu ini adalah satu program aktiviti ilmu sempena musim cuti persekolahan. Program ini diadakan untuk mengalakkan masyarakat dan anak-anak komuniti kita mengisi masa lapang cuti sekolah dengan aktiviti ilmu bagi melahirkan generasi yang berilmu dan sihat minda secara tak langsung mengurangkan mereka terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat.
Program Ria Ilmu ini diadakan setiap hari sepanjang minggu musim cuti persekolahan untuk menarik komuniti mengunjungi perpustakaan dan menjadikan perpustakaan sebagai Rumah Kedua. Pelbagai aktiviti diadakan untuk setiap golongan terutamanya kanak-kanak.

PENYERTAAN / SASARAN
120 orang pengunjung.

TARIKH / MASA / TEMPAT
 Tarikh    : 01 Jun sehingga 09 Jun 2012
 Masa     : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
                  3.00 ptg.  – 5.00 petang
 Tempat : Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
               47000 Sungai Buloh,
               Selangor Darul Ehsan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1.Membaca Buku Kegemaran Saya
2.Bijak Minda
i-Binakata
ii-Susunkata
iii-Silangkata
3.Kraftangan Paper Plate
i-Mahkota Blink-blink
4.Anyaman
i-Tikar Comel Pancawarna
5.Origami
i-Frame Bunga Ros
6.Mewarna untuk Kanak-kanak.
i-Dinosour Live

 KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan, seramai 23 orang telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan terdiri dari 7 orang dewasa, 11 orang remaja dan 5 orang kanak-kanak.

KESIMPULAN
Program Ria Ilmu ini dapat menarik minat komuniti untuk terus mengunjungi perpustakaan dan melibat mereka dengan aktiviti-aktiviti ilmu yang diadakan sepanjang minggu cuti persekolahan ini, terutamanya golongan kanak-kanak dan memberikan kebebasan untuk mereka bermain sambil menimba ilmu. Program ini juga secara tak langsung menambah keahlian baru dengan promosi Kempen Keahlian serta memperkenalkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor  kepada umum dan menarik komuniti untuk  terus mengunjungi perpustakaan.

Antara Galeri Gambar Program Ria Ilmu.


Kraftangan Paper Plate (Mahkota Blink-blink).


Kraftangan Origami (Frame Bunga Rose).

Kraftangan Anyaman (Tikar Comel Pancawarna)

Untuk Adek-adek (Mari Mewarna Dinosaurs Live!)

Bijak Minda (Binakata, Susunkata dan Silangkata)

OLE-OLE CUTI SEKOLAH…

Jom Asah Minda….

Karangan Pendek Bermula Dengan huruf ‘P’.

Paklang, Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit. Pening- Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas- Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.
Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga! Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong . Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah.
Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang ..... Pengetuk Paku Papan Pulak Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara- Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan, Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam ! Penamat.

PESTA BUKU SELANGOR 2012

Pesta Buku Selangor 2012

MADAGASCAR 3 (3D)

Madagaskar 3 (3D)
10 Jun 2012 (Ahad)
Hari ni satu family pergi menonton Madagaskar 3 dalam versi 3D di Pawagam GSC 1 Utama, Damansara. Tengok filem 3D ni yang seronoknya jelas sangat dan hidup aje gambarnya, ade masa macam terkena  kat batang hidung je… Saje jalan-jalan hujung minggu bersantai bersama keluarga hilangkan penat seminggu dengan aktiviti-aktiviti cuti sekolah bersama pengguna di tempat kerja, memang letih  tetapi seronok..ok!
 
Jalan-jalan dulu sebelum masuk pawagam, tayangan start jam 12 tengahari, ni baru jam 11 pagi. Layan…

PAMERAN DINOSOUR LIVE..


Pameran Dinosour Live..
Didalam Dewan ‘Pameran Dinosour Live!’
Dalam ni.. abang aje yang amik gambar ngan Dinasour, Sikecik aku ni dah beku kat belakang ni… asyik menarik baju aku ajak keluar cepat…he ee..nangis takut laa tu… Apa tak nye…lihat Dinosour yang besar-besar tu boleh gerak-gerak dan berbunyi, bising yang amat lee…

Eheee! dah boleh gelak budak kecik nii…
 
Ni tempat yang paling disuka sikecik ni…ajak datang lagi….

PUSAT SAINS NEGARA

Pusat Sains Negara
3 Jun 2012 (Ahad)
Penat tak hilang lagi ni….disebabkan anak dara kite tu cuti hari ni, dia ajaknye la pulak jalan-jalan ke KL. Ikut je laa…sebab dia yang drive, ibu ngan adek-adek ikut aje… Pusing punye pusing akhirnya sampai kat Pusat Sains Negara. Punya lah ramai orang dimusim cuti sekolah ni, tambah lak hari ni hari ahad, Oooo…nak parking punya lah susah, kereta dah bersusun-susun, tapi tu lah rezekikan… dapat jugak parking kereta dengan selesa setelah 3X pusing, camnilah… perkara  yang tak dirancang, tapi okey lee jugak…. Bawa anak pegi tempat macam ni menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang ada. Ni kira jalan-jalan Cuti Sekolah, kebetulan ada ‘Pameran Dinosour Live!’ jom tengok…
Antara Galeri Gambar

Didalam Galeri Pusat Sains Negara

IPOH MALI...

Ipoh Mali…..
2 Jun 2012 (Sabtu)
Pagi-pagi lagi jam 7 dah gerak dari rumah untuk ke Negeri Perak lee… pulak,  tujuannya adalah untuk bersama meraikan majlis pertunangan anak saudara sebelah my husband, anak  kakaknya yang tinggal kat Terengganu tu… suami kite ni  wakil dipihak lelaki untuk meminang (al-maklumlah dah ade pengalaman..) pergi satu family ngan anak sulong dan isterinya, naik Kereta Persona diaorang  je.. jimat kos, Cuma anak dara kite je yang tak dapat ikut sama sebab kena keje…..

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Lawatan Sambil Belajar
30 Mei 2012 (Rabu)
Sekolah Rendah Agama Paya Jaras telah mengadakan lawatan sambil belajar  ke Kilang Coklat, Krangkraf Ana Muslim dan Ostrich Farm. Sebenarnya bayaran untuk rombongan ni 2 bulan yang lepas dan kertas untuk pegi lawatan ni pun di tampalkan pada tempat yang nampak. Takut terlupa pulak, kesian sikecik ni kang….. dia ingatkan kite selalu. Hantar pagi peginye jam 8 pagi dan baliknya jam 4.30 ptg. Ustazah telefon dari pejabat sekolah, minta dijemput anak….terimakasih diatas keprihatinan pihak sekolah.
Tu dia….macam-macam yang dibawa balik antaranya koleksi majalah ana muslim (haa’alaa….kat library ibu banyak majalah ni…usik si abang) tak pe..ni dapat kat sane, lain katanye, he he…iye laaa…, berplastik beg coklat yang dibawanya, macam2 jenis coklat cenderahati (Al-maklumlah pegi kilang coklat), ada satu barang  yang dibelinya dan teruja sangat dia nak tunjuk, ni laa..  1 cawan yang boleh bertukar wajah (mcm cite dlm Senario X-ray pulak). Warna asalnya gelap, bila tuang air panas warnanya bertukar cerah, senangkan nak tau air tu masih panas atau dah sejuk..