Rabu, 10 Ogos 2011

PROGRAM KEM SOLAT


PENDAHULUAN
Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan program galakguna perpustakaan dengan mengadakan “Program Kem Solat” untuk golongan belia/remaja. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan ilmu agama dan kesempurnaan dalam mengerjakan solat. membentuk akhlak dan menerapkan nilai-nilai ilmu agama, mendidik, membimbing dan memupuk remaja suka mengerjakan solat dan didedahkan dengan teknik-teknik mendirikan solat dengan cara yang betul dan sempurna.


PENYERTAAN / SASARAN
20 orang penyertaan

TARIKH / TEMPAT / MASA
Tarikh : 30 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat : Bilik Solat, Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang


PENCERAMAH
Imam Masjid Jamek Sungai Pelong – Ustaz Ungku Ahmad Hazwan bin Ungku Kamarudin (BBA Hons UM).

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
 Ceramah yang bertajuk ‘Solatlah Dengan Sempurna’.
 Amali cara berwuduk, adab tertib bersolat dan bacaan ayat didalam solat.


KESIMPULAN
Program ini berjalan dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan dan mendapat maklumbalas yang amat baik sekali dari para peserta dan ibubapa. Dengan program ini juga dapat melahirkan kesedaran kepada remaja betapa pentingnya menunaikan solat dengan sempurna, ia adalah satu kewajipan kepada kita semua sebagai umat islam, agar kehidupan yang kita jalani ini senantiasa diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. Amin…

ANTARA GALERI GAMBAR








RAMADHAN DATANG LAGI

Bersama kita menunaikan Ibadah Puasa Rukun Islam ke-3. Selamat Berpuasa.

KURSUS S.P.I.E.S

Sebuah Program Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor. Kursus S.P.I.E.S ( Spiritual, Physical, Intellectual, Emotion & Social ). Kami kakitangan PPAS antara warga Selangor yang telah dipilih untuk menghadiri Kursus S.P.I.E.S ini. Bertuah rasanya setelah apapun jua pengalaman dan halangan yang di alami ketika menyertai kursus ini, terlalu banyak ilmu pengetahuan untuk di Dunia dan Akhirat yang kami sama-sama pelajari dan insyallah akan diamalkan, terutamanya didalam menjalani kehidupan seharian dan pekerjaan. Pengalaman yang paling berharga bagi saya ketika hari ke-2, sewaktu melakukan Madrasatullail serta muhasabah diri pada jam 4.oo pagi sehingga menjelang Solat Subuh dan disusuli pula Terapi Dhuha pada jam 8.30 pagi. Alhamdulillah saya dapat sertai sepenuhnya program yang diadakan didalam kursus S.P.I.E.S ini.
Tarikh : 27 - 28 Julai 2011
Tempat : Excel Training Resorts, Lenggeng, Negeri Sembilan.
Batch : ke - 4


Rabu, 3 Ogos 2011

PAMERAN INTELEK KEMERDEKAAN

PENDAHULUAN
Perpustakaan Desa Sungai Pelong sedang mengadakan “Pameran Intelek Kemerdekaan” bersempena dengan Sambutan Semarakkan Bulan KeMerdekaan Malaysia ke-54 pada tahun 2011 ini. Pameran ini berlangsung selama 2 bulan yang bermula pada 16 Julai 2011 sehingga 16 September 2011 yang diadakan didalam Bangunan Perpustakaan Desa Sungai Pelong. Satu ruang sudut telah disediakan khas untuk “Pameran Intelek Kemerdekaan”.
Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk bersama berkongsi Maklumat, Mengenali Tokoh-Tokoh Kemerdekaan dan Sejarah Kemerdekaan Negara Malaysia disamping menanam Semangat Cintakan Negara dan bersama-sama mengekalkan Keamanan Negara yang kita kecapi pada masa kini dan seterusnya untuk generasi yang akan datang kepada pengunjung dan masyarakat amnya. Pelbagai Buku Sejarah Kemerdekaan turut dipamerkan untuk dibaca oleh pengunjung yangmana secara tak langsung Menggalakkan Budaya Membaca. Sepanjang pameran ini berlangsung, semua pengunjung perpustakaan boleh menyertai Kuiz yang diadakan Jom Sertai Kuiz Negaraku Malaysia “Hayati Sejarah Cintai Negara”.

PENYERTAAN / SASARAN
50 orang penyertaan

TARIKH / TEMPAT / MASA
Tarikh : 16 Julai – 16 September 2011
Tempat : Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
4.1 Jom sertai Kuiz Negaraku Malaysia “Hayati Sejarah Cintai Negara”.
4.2 Aktiviti Cantum dan Bina dari Kepingan Puzzle Asas Matematik.
4.3 Kempen Keahlian

KESIMPULAN
Disepanjang Pameran Intelek Kemerdekaan ini berlangsung, ianya mendapat maklumbalas yang amat baik sekali daripada ahli-ahli dan pengunjung baru perpustakaan dan secara tak langsung menarik minat membaca untuk menyertai kuiz “Hayati Sejarah Cintai Negara”. dan menambah ilmu pengetahuan mengenai sejarah dan tokoh-tokoh kemerdekaan dengan segala info yang telah di pamerkan sempena dengan Sambutan Bulan KeMerdekaan Malaysia ke-54 pada tahun 2011 ini. Disamping menanam Semangat Cintakan Negara dan hargailah keamanan.


Galeri Ruang Sudut “Pameran Intelek Kemerdekaan”