Jumaat, 26 Julai 2013

JOM 'CIPTA KAD RAYA KREATIF'..

Aktiviti 'Mencipta Kad Raya Kreatif' 
bersama Pelajar Sekolah Kebangsaan Desa Aman.

PENDAHULUAN
Program Pinjaman Berkelompok bersama Sekolah Kebangsaan Desa Aman, Taman Desa Coalfields, Fasa 3, Sungai Buloh. Program ini diadakan bagi Menggalakkan Budaya Membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan mendekatkan mereka dengan perpustakaan. Disamping itu pihak perpustakaan desa telah mengadakan aktiviti ‘Cipta Kad Hariraya Kreatif’ bersama-sama murid-murid dari sekolah ini sempena Bulan Ramadhan ini dan bakal menjelangnya Hariraya Aidil Fitri nanti. Aktiviti ini diadakan bagi melihat kreativiti pelajar-pelajar ini, memandangkan kini ramai antara masyarakat kita tidak memerlukan lagi kiriman Kad Hariraya dengan adanya pelbagai kecanggihan teknologi masa kini.

PENYERTAAN
11 orang.

TARIKH / MASA / TEMPAT
 Tarikh     : 25 Julai 2013 ( Khamis).
 Masa      : 10.30 pagi – 1.00 tengahari                   
 Tempat   : Ruang Bacaan, Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
                 47000 Sungai Buloh,
                 Selangor Darul Ehsan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1.Mencipta Kad Hariraya Kreatif.

Antara Galeri Gambar 'Aktiviti Kad Raya Kreatif'.








Inilah hasil kreativiti adek-adek pengawas kita nih..



Jom bergambar beramai-ramai..

Bersama-sama dengan Cikgu Aminah bte Hassan (Guru Perpustakaan & Media Sek. Keb. Desa Aman), Cikgu Mazliana Mohd dan Cikgu Nor Maziyah bte Shamsuddin.


Cenderahati untuk cikgu-cikgu..



Selamat menunaikan Ibadah Puasa dan Selamat Menyambut Hariraya Aidil Fitri kepada semuanya ya….

PROGRAM PINJAMAN BERKELOMPOK.

Program Pinjaman Berkelompok  
bersama Sekolah Kebangsaan Desa Aman.

PENDAHULUAN
Program Pinjaman Berkelompok bersama Sekolah Kebangsaan Desa Aman, Taman Desa Coalfields, Fasa 3, Sungai Buloh. Program ini diadakan bagi Menggalakkan Budaya Membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan mendekatkan mereka dengan perpustakaan. Disamping itu pihak perpustakaan desa telah mengadakan aktiviti ‘Cipta Kad Hariraya Kreatif’ bersama-sama murid-murid dari sekolah ini sempena Bulan Ramadhan ini dan bakal menjelangnya Hariraya Aidil Fitri nanti. Aktiviti ini diadakan bagi melihat kreativiti pelajar-pelajar ini, memandangkan kini ramai antara masyarakat kita tidak memerlukan lagi kiriman Kad Hariraya dengan adanya pelbagai kecanggihan teknologi masa kini.

PENGUNJUNG
14 orang.

TARIKH / MASA / TEMPAT
 Tarikh     : 25 Julai 2013 ( Khamis).
 Masa      : 9.00 pagi – 10.30 pagi                    
 Tempat  :  Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
                 47000 Sungai Buloh,
                 Selangor Darul Ehsan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1.Pinjaman Berkelompok
2.Kempen Keahlian.

KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang program ini dijalankan, seramai 14 orang telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan terdiri dari 3 orang dewasa dan 11 orang kanak-kanak.


Antara Galeri Gambar Program Pinjaman Berkelompok.

Cikgu-cikgu telah memilih buku-buku yang akan dipinjamkan secara pukal/berkelompok untuk Pusat Sumber & Media 
di Sekolah Kebangsaan Desa Aman. 


Mengambil kad di poket buku serta kiraan/jumlah buku yang diberi pinjaman secara berkelompok ini untuk disenaraikan didalam rekod. 


Kempen Keahlian
Para pelajar sedang mengisi borang keahlian perpustakaan.




Rabu, 10 Julai 2013

KURSUS SPIES PROFESIONAL PENJAWAT AWAM.


KURSUS SPIES PROFESIONAL PENJAWAT AWAM.

Program : Kursus SPIES Profesional Penjawat Awam.
Tarikh     : 04 hb. Julai sehingga 06 Julai 2013
Tempat  : Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya.

Sijil Kursus.


Antara Nota Kursus.


Encik Busran suruh ‘posing senyum ’ nak amik gambar dulu...


Perbincangan bersama Kumpulan untuk satu program projek SPIES Profesional Penjawat Awam.

MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI KAMI.


Majlis Perkahwinan Anak Perempuan (Puteri Tunggal) kami  pada 28 & 29 Jun 2013 bersamaan 20 Syaaban 1434 Hijrah. Mira Nabila bte Mohd Satar dan pasangannya Mohd Ismail bin Arshad. Majlis Pernikahan diadakan pada 28 Jun 2013 (Jumaat) selepas  Solat Asar jam 5.00 ptg. Majlis Nikah di adakan di rumah kami  dan dinikahkan oleh Ayahanda tersayang.
Selamat Pengantin Baru… Ibu & Ayah senantiasa mendoakan Kebahagiaan dan Kegembiraan hidup Mu, semoga Jodoh Mu berkekalan hingga Ke Akhir Hayat dengan izinnya  Allah s.a.w  ( Amin.. Ya Rabbal Allamin).

Antara Gambar sekitar Majlis Meraikan Perkahwinannya..
Ketika Majlis Akad Nikah pada 28 Jun 2013 (Jumaat).




Syukur Alhamdulillah, Dengan sekali lafaz... Anakanda tersayang kini telah bergelar seorang Isteri, semoga menjadi seorang Isteri yang Solehah ya..







Majlis Malam Berinai.



Majlis Dinner ketika acara Memotong Kek.



Acara Pakaian Persalinan.



Majlis Persandingan pada 29 Jun 2013 (Sabtu).







Syukur Alhamdulillah, Inilah Keluarga besar kami kini..


Sesi Outdoor Wedding.


p/s : Kesemua gambar di atas adalah diantara gambar yang telah di edit untuk ‘Album Pengantin’ oleh Matsuphotoshoot. Gambar yang cantik dengan harga yg menarik.. 
Jom jenguk blog & Fb beliau di..
http://matsuphotoshoot.blogspot.com 
https://www.facebook.com/matsuphotoshoot
HP : 013-3656700

Suasana di Meja Buku Tetamu untuk Pasangan Pegantin Baru.




Bergambar di Meja Buku Tetamu bersama kawan-kawan.