Jumaat, 26 Julai 2013

JOM 'CIPTA KAD RAYA KREATIF'..

Aktiviti 'Mencipta Kad Raya Kreatif' 
bersama Pelajar Sekolah Kebangsaan Desa Aman.

PENDAHULUAN
Program Pinjaman Berkelompok bersama Sekolah Kebangsaan Desa Aman, Taman Desa Coalfields, Fasa 3, Sungai Buloh. Program ini diadakan bagi Menggalakkan Budaya Membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan mendekatkan mereka dengan perpustakaan. Disamping itu pihak perpustakaan desa telah mengadakan aktiviti ‘Cipta Kad Hariraya Kreatif’ bersama-sama murid-murid dari sekolah ini sempena Bulan Ramadhan ini dan bakal menjelangnya Hariraya Aidil Fitri nanti. Aktiviti ini diadakan bagi melihat kreativiti pelajar-pelajar ini, memandangkan kini ramai antara masyarakat kita tidak memerlukan lagi kiriman Kad Hariraya dengan adanya pelbagai kecanggihan teknologi masa kini.

PENYERTAAN
11 orang.

TARIKH / MASA / TEMPAT
 Tarikh     : 25 Julai 2013 ( Khamis).
 Masa      : 10.30 pagi – 1.00 tengahari                   
 Tempat   : Ruang Bacaan, Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
                 47000 Sungai Buloh,
                 Selangor Darul Ehsan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1.Mencipta Kad Hariraya Kreatif.

Antara Galeri Gambar 'Aktiviti Kad Raya Kreatif'.








Inilah hasil kreativiti adek-adek pengawas kita nih..



Jom bergambar beramai-ramai..

Bersama-sama dengan Cikgu Aminah bte Hassan (Guru Perpustakaan & Media Sek. Keb. Desa Aman), Cikgu Mazliana Mohd dan Cikgu Nor Maziyah bte Shamsuddin.


Cenderahati untuk cikgu-cikgu..



Selamat menunaikan Ibadah Puasa dan Selamat Menyambut Hariraya Aidil Fitri kepada semuanya ya….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan