Jumaat, 26 Julai 2013

PROGRAM PINJAMAN BERKELOMPOK.

Program Pinjaman Berkelompok  
bersama Sekolah Kebangsaan Desa Aman.

PENDAHULUAN
Program Pinjaman Berkelompok bersama Sekolah Kebangsaan Desa Aman, Taman Desa Coalfields, Fasa 3, Sungai Buloh. Program ini diadakan bagi Menggalakkan Budaya Membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan mendekatkan mereka dengan perpustakaan. Disamping itu pihak perpustakaan desa telah mengadakan aktiviti ‘Cipta Kad Hariraya Kreatif’ bersama-sama murid-murid dari sekolah ini sempena Bulan Ramadhan ini dan bakal menjelangnya Hariraya Aidil Fitri nanti. Aktiviti ini diadakan bagi melihat kreativiti pelajar-pelajar ini, memandangkan kini ramai antara masyarakat kita tidak memerlukan lagi kiriman Kad Hariraya dengan adanya pelbagai kecanggihan teknologi masa kini.

PENGUNJUNG
14 orang.

TARIKH / MASA / TEMPAT
 Tarikh     : 25 Julai 2013 ( Khamis).
 Masa      : 9.00 pagi – 10.30 pagi                    
 Tempat  :  Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
                 47000 Sungai Buloh,
                 Selangor Darul Ehsan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1.Pinjaman Berkelompok
2.Kempen Keahlian.

KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang program ini dijalankan, seramai 14 orang telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan terdiri dari 3 orang dewasa dan 11 orang kanak-kanak.


Antara Galeri Gambar Program Pinjaman Berkelompok.

Cikgu-cikgu telah memilih buku-buku yang akan dipinjamkan secara pukal/berkelompok untuk Pusat Sumber & Media 
di Sekolah Kebangsaan Desa Aman. 


Mengambil kad di poket buku serta kiraan/jumlah buku yang diberi pinjaman secara berkelompok ini untuk disenaraikan didalam rekod. 


Kempen Keahlian
Para pelajar sedang mengisi borang keahlian perpustakaan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan