Selasa, 25 Ogos 2009

JOM BERSAMA KUNJUNGI PRASEKOLAH

Jom Bersama Kunjungi Prasekolah




Pada Bulan Julai 2009 dan Bulan Ogos 2009, Perpustakaan Desa kami mengadakan Satu Program Aktiviti Bersama anak-anak Prasekolah Permata Bonda, Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong. Aktiviti ini diadakan sempena kempen galakan membaca ‘Membaca Budaya Kita’ yang disarankan oleh Kerajaan bersama Perpustakaan Negara ‘Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya’dan Perpustakaan Awam Negeri Selangor disamping menambahkan Keahlian Perpustakaan. Kumpulan Sasaran adalah kanak-kanak Prasekolah, murid-murid, guru-guru dan ibubapa. Peminjaman dan pemulangan buku berjadual ini diadakan dengan Tema ‘Seorang Satu Buku’

Objektif

* Kempen Keahlian
* Mempermudahkan proses pendaftaran.
* Memberi galakan serta menanam minat membaca di kalangan generasi kecil.
* Mengenal dan mendekatkan anak-anak Prasekolah Permata Bonda dan Pelajar-pelajar
Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Pelong ke perpustakaan desa sebagai rumah kedua

Mencapai matlamat.

Kumpulan sasaran terdiri dari Guru-guru. Ibubapa dan Pelajar dari Sekolah Ren. Keb. Sungai Pelong. Sepanjang program dan aktiviti ini dijalankan, sambutan dari para guru, ibubapa dan pelajar-pelajar amatlah mengalakkan dan memberangsangkan, mereka amat teruja mendaftar menjadi ahli dan meminjam buku-buku yang dibawa dari Perpustakaan Desa kami.

JADUAL PROGRAM

GALERI GAMBAR

Galeri Gambar Bersama Guru-guru dan Kanak Kanak Prasekolah.

Lihatlah betapa seronoknya mereka apabila mendapat sebuah buku seorang untuk dibaca bersama rakan-rakan.Tugas dan tanggungjawab kita, menanamkan minat membaca kepada mereka dari kalangan generasi kecil ‘Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya’.










SESI BERCERITA BERSAMA PRASEKOLAH

Sesi bercerita bersama anak-anak prasekolah ini.




KAUNTER BERGERAK PERPUSTAKAAN DESA

Kaunter Bergerak Perpustakaan Desa
yang dibuka di hadapan kelas Prasekolah Permata Bonda bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari disepanjang aktiviti ini dijalankan.






KLIP VIDEO

Pendaftaran & Peminjaman Buku Berjadual.

Suasana di kaunter bergerak Perpustakaan Desa ketika urusan pendaftaran, peminjaman dan pemulangan buku bersama-sama anak-anak Prasekolah Permata Bonda serta guru-guru dan ibubapa. Seorang Kanak-kanak Satu Buku.


KLIP VIDEO KAUNTER BERGERAK

Suasana di kaunter bergerak Perpustakaan Desa ketika urusan pendaftaran, peminjaman dan pemulangan buku bersama-sama Pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong.

ORGANISASI PERKHIDMATAN DAERAH ZON 2

PESTA BUKU SELANGOR 2009

Perpustakan Awam Negeri Selangor telah mengadakan Pesta Buku 2009 di Bangunan PKNS pada 24 Julai sehingga 03 Ogos 2009. Berbagai acara dan pertandingan menarik telah diadakan sepanjang Pesta Buku Selangor 2009 berlangsung dan yang paling seronok pengunjung dapat melihat berbagai koleksi buku terkini dan membeli buku-buku dari gerai-gerai buku yang disediakan dengan harga yang amat murah sekali.
Pada 28 Julai 2009 hari Selasa, jam 2.00 petang
Ceramah ‘Parol’ dari Jabatan Penjara Malaysia.





Layarilah http://www.penjaramalaysia.com.my untuk ketahui lebih lanjut lagi.
Dihadiri tetamu jemputan khas dari Jabatan Penjara
Encik Mawi seorang banduan yang masih dalam tahanan menceritakan serba sedikit mengenai diri beliau yang terlibat dengan kes jenayah sehingga dipenjarakan dan kini beliau mendapat Parol dari Jabatan Penjara Malaysia.

KLIP VIDEO BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

GERAKAN MEMBACA DAERAH GOMBAK

Perpustakaan Daerah Gombak telah mengadakan satu Program ‘Gerakan Membaca 2009’ Daerah Gombak di Perpustakaan Daerah Gombak, Bandar Baru Selayang, Selangor pada 11 Julai 2009 pada hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi. Berbagai acara menarik diadakan seperti Pertandingan Kuiz Sejarah Tempatan Selangor, Tulisan Khat, Cerita Rakyat dan Membaca Rumi Cepat untuk kanak-kanak Prasekolah dan Tadika.

Semua kakitangan dari Perpustakaan Desa terlibat didalam program ini, dari 10 Julai 2009 (Jumaat) bersama-sama membuat persiapan dan diberi tugas masing-masing pada hari program Gerakan membaca 2009 yang akan dijalankan pada 11 Julai 2009 (Sabtu).


Antara kakitangan Perpustakaan yang hadir;

Perpustakaan Cawangan Rawang
Puan Rahimah Mohd Zahari dari Perpustakaan Desa Kuang
Puan Nazlina Haji Lekan dari Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Puan Salmah Osman dari Perpustakaan Desa Al-Syakirin
Cik Noorhazura Abd. Razak dari Perpustakaan Desa Kemensah.