Sabtu, 29 Mei 2010

MARI BELAJAR MEMBUAT KERATAN AKHBAR

Program Galakguna Perpustakaan telah diadakan Pada 22 Mei 2010 (Sabtu) bersama Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading dan Sekolah Menengah Agama Paya Jaras 47000 Sungai Buluh Selangor Darul Ehsan


PENDAHULUAN
Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan satu program dan aktiviti galakguna perpustakaan bersama pelajar-pelajar SMKBG dan SMAPJ ‘Mari Belajar Membuat Keratan Akhbar’.
Program galakguna perpustakaan dan aktiviti yang dijalankan ini dapat menyumbang semangat bekerjasama dan toleransi dikalangan pelajar-pelajar ini ketika mendapatkan isu-isu semasa didalam suratkhabar untuk dijadikan bahan keratan akhbar. Didalam mendapatkan bahan-bahan untuk keratan akhbar secara tak langsung menerapkan budaya membaca dikalangan remaja-remaja ini.



PENYERTAAN / SASARAN
10 orang peserta terlibat


TARIKH / TEMPAT / MASA
Tarikh : 22 Mei 2010
Tempat : Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang



AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Mengumpulkan surat khabar bulan Feb dan Mac 2010.
Memilih tajuk-tajuk akhbar mengikut kategori contoh Sukan, Ekonomi, Kesihatan dll.
Mengunting dan menampal artikel yang telah dipilih pada kertas A4
Susun dan simpan didalam fail mengikut tajuk dan kategori.



KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan lagi keahlian Perpustakaan Desa Sungai Pelong. Seramai 13 orang telah mendaftar sebagai ahli baru perpustakaan terdiri dari 7 orang dewasa, 3 remaja dan 3orang kanak-kanak.


KESIMPULAN
Pada dasarnya program dan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari pelajar-pelajar SMKBG dan SMAPJ yang hadir pada hari tersebut. Program dan aktiviti ini dijalankan dengan harapan semoga tagline untuk menjadikan perpustakaan sebagai ‘Rumah Keduaku’ mencapai kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan