Ahad, 9 Mei 2010

JOM MENCERIAKAN PERPUSTAKAAN

Pendahuluan

Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan satu program dan aktiviti Galakguna Perpustakaan bersama Kelab Sinar Wawasan PD28 ‘Jom menceriakan Sudut Perpustakaan Kita’. Program galakguna perpustakaan dan aktiviti yang dijalankan ini dapat menyumbang semangat kerjasama dan mendidik golongan remaja lebih prihatin tentang betapa pentingnya kebersihan dan keceriaan bagi keselesaan dan menarik minat pengunjung dan ahli-ahli perpustakaan untuk terus mengunjungi perpustakaan untuk mendapatkan ilmu dan maklumat. Jom Lepak…

Penyertaan/ sasaran

15 orang peserta terlibat.

Tarikh/ tempat/ masa

Tarikh : 24 April 2010
Tempat : Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Masa :10.30 pagi – 12.45 tengahari

Aktiviti yang dijalankan

 Pemilihan bahan aktiviti untuk dipamerkan
 Mencetak dan mengunting kertas tanda aktiviti
 Menampal dan mempamerkan hasil seni dan kraftangan yang telah dijalankan pada aktiviti bulan Feb dan Mac 2010
 Kempen Keahlian

Kempen Keahlian

Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan lagi keahlian Perpustakaan Desa Sungai Pelong. Seramai 17 orang telah mendaftar sebagai ahli baru perpustakaan terdiri dari 2 orang dewasa, 11 remaja dan 4 orang kanak-kanak.

Kesimpulan

Pada dasarnya program dan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari semua ahli-ahli kelab Sinar wawasan yang hadir pada hari tersebut. Program dan aktiviti ini dijalankan dengan harapan semoga tagline untuk menjadikan perpustakaan sebagai Rumah Keduaku mencapai kejayaan.


AJK dan Ahli Kelab Sinar Wawasan PD28 sedang menampal nombor yang telah dicetak pada sudut Pertandingan Mencari Ahli terbanyak bagi tahun 2010.

Pemilihan bahan aktiviti untuk dipamerkan.

Mencetak dan mengunting kertas tanda aktiviti.

Bahan aktiviti yang telah dipilih untuk ditampal pada sudut yang disediakan.




Hasil-hasil seni kraftangan dari anak-anak permata kita yang telah dipamerkan.

Inilah hasilnya ‘ Jom Ceriakan Sudut Perpustakaan Kita’.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan