Selasa, 31 Ogos 2010

MARI 'KIBARKAN JALUR GEMILANG'

PENDAHULUAN
Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan Program dan aktiviti Galakguna Perpustakaan sempena Bulan Kemerdekaan Ogos 2010. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Cintailah Bendera Negara Kita (Kolaj), Mewarna Bendera Malaysia, Menyanyi Lagu ‘Jalur Gemilang’ beramai-ramai dan Membuat Kad Selamat Hariraya Kreatif. Aktiviti ini dapat menyumbang dan meningkatkan komunikasi, mendidik sikap berkerjasama dan semangat cintakan Negara Malaysia.

PENYERTAAN / SASARAN

30 orang peserta terlibat.

TARIKH / TEMPAT / MASA

Tarikh : 28 Ogos 2010
Tempat : Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Masa : 11.00 pagi – 2.00 petang

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

1.1 Cintailah Bendera Negara Kita (Kolaj)
1.2 Mewarna Bendera Malaysia
1.3 Menyanyikan Lagu ‘Jalur Gemilang’ beramai-ramai
1.4 Membuat Kad Selamat Hariraya Kreatif.
1.5 Kempen Keahlian

KESIMPULAN

Program dan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari AJK PD Sg.Pelong, Kelab Sinar Wawasan dan semua peserta yang hadir pada hari tersebut. Program dan aktiviti ini telah berjaya menarik minat ibubapa untuk membawa anak-anak mereka untuk terus mengunjungi perpustakaan dan menjadikan membaca sebagai hobi utama. Program ini juga telah berjaya mempromosi perpustakaan kepada orang awam dan telah meningkatkan jumlah keahlian perpustakaan. Jom Lepak di perpustakaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan