Jumaat, 23 November 2012

CUCU SULONG


Bersama Cucu Sulong...
Subhanaallah.... Allahuakhbar,
Inilah Anugerah darinya yang amat bernilai.. Semoga diberkati hidupnya dunia akhirat & menjadi anak yang soleh..Amin Ya Rabbal Alamin.

Ini adalah foto dihari pertama cucu kami (Adli) dilahirkan di Hospital Besar P.Pinang yang dihantar melalui msg phone oleh abahnya (Azrul) dari katil wad bayi Hospital Pulau Pinang. 
Hari pertamanya melihat dunia luar...
Dilahirkan pada 05 Nov 2012.


Dihari-hari seterusnya, Amboi lenanya Adli tidur..


11 Nov 2012 kami sekeluarga pergi ke Bagan Jermal, Butterworh untuk melihat cucu sulong ni, kebetulan baby dah genap 7 hari, sebelah besan adakan majlis cukur untuk cucu ni, memang rezeki kami untuk bersama-sama meraikannya. Seronok sungguh la… perasaan tu, hanya ALLAH je yang tahu..
4 hari kat sana..jalan2 jugak la kat sana.. sambil nengok cucu, bawa juga anak-anak jalan-jalan ke Pulau Pinang, mandi laut…beli le ole-ole dari sana untuk keluarga ngan kawan2 kat Selangor ni.

Ni layan anak-anak main kat pantai…
Abang Long sama sekali le join ngan adek-adek, sesekali jumpa…..
Berkumpul balik 4 orang adek-beradik ni…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan