Selasa, 27 November 2012

CIPTA KREATIF

AKTIVITI CIPTA KREATIF

PENDAHULUAN
Pelaksanaan aktiviti pertandingan cipta kreatif adalah untuk mengalakkan pengguna  kanak-kanak berfikir dan senantiasa membuka minda untuk mencipta sesuatu yang baru dengan kreativiti masing-masing. Aktiviti ini diadakan untuk mengalakkan masyarakat dan anak-anak komuniti kita mengisi masa lapang cuti sekolah dengan aktiviti ilmu bagi melahirkan generasi sihat minda..Pelbagai lagi program dan aktiviti yang akan diadakan disetiap hari sepanjang minggu musim cuti persekolahan ini untuk menarik komuniti mengunjungi perpustakaan dan menjadikan perpustakaan sebagai Rumah Kedua.

PENYERTAAN PESERTA
14 orang peserta.

TARIKH / MASA / TEMPAT
 Tarikh    : 24 Nov 2012 (Sabtu) 
 Masa     : 10.30 pg. – 12.30 tgh.
 Tempat : Sudut Membaca Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
                  Sungai Buloh,
                  Selangor Darul Ehsan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1.        Menggunakan kertas suratkhabar lama.
2.        Mencipta baju mengikut kreativiti peserta.

KESIMPULAN
Aktiviti cipta kreatif ini dapat menarik minat komuniti untuk terus mengunjungi perpustakaan dan melibat mereka dengan aktiviti-aktiviti ilmu yang diadakan sepanjang minggu cuti persekolahan ini, terutamanya golongan kanak-kanak dan memberikan kebebasan untuk mereka bermain sambil menimba ilmu.

Antara Galeri Aktiviti Cipta Kreatif.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan