Selasa, 16 Oktober 2012

PROGRAM "15 MIN READING BREAK" 2012


Program “15 Min Reading Break” dan Gerakan Membaca Daerah Gombak 2012


PENDAHULUAN
Program “15 Min Reading Break” dan Gerakan Membaca Daerah Gombak 2012 telah dilaksanakan kesinambungan Hari Ilmu Negeri Selangor yang disambut pada setiap tahun. Program ini diadakan untuk mengalakkan masyarakat terus membaca dan menjadikannya sebagai budaya hidup.
Program ini adalah Majlis Penutup bagi Program Kempen 15 Min Reading Break dan Gerakan Membaca yang telah diadakan disetiap daerah antaranya Daerah Petaling, Klang, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan penutupnya di Daerah Gombak Negeri Selangor bagi tahun 2012 ini. Antara kakitangan dari Daerah Petaling yang turut serta dan bertugas adalah;
Penolong Pegawai Perpustakaan Kanan
-Puan Rozainess bte Kamaruddin
Pembantu Perpustakaan
-Nazlina bte Haji Lekan (PD Sg Pelong)
-Rahimah bte Zahari (PD Kuang)

PENYERTAAN / SASARAN
668 orang pengunjung.

TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh    : 01 Oktober 2012
Masa     : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Selayang Mall, Selayang. Kepong,
                 Selangor Darul Ehsan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Semua pengunjung serta peserta yang terlibat bersama menjayakan 15 Min Reading Break.
-Baca Pantas (Kanak-kanak Tadika)
-Bercerita
-Puisi
                  
KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang program ini dijalankan, seramai 263 orang telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan.

KESIMPULAN
Program Gerakan Membaca dan Kempen “15 Min Reading Break” ini dapat terus Membudayakan Masyarakat terus Membaca dan Cintakan Buku. Program ini juga secara tak langsung menambah keahlian baru dengan Kempen Keahlian serta promosi memperkenalkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor  kepada umum dan menarik komuniti untuk  terus mengunjungi perpustakaan.

Antara Galeri Gambar Program “15 Min Reading Break” & Gerakan Membaca Daerah Gombak 2012.



Aktiviti Baca Pantas yang disertai oleh Kanak-kanak Tadika

Tiada ulasan:

Catat Ulasan