Kaunter Bergerak Perpustakaan Desa yang dibuka di hadapan kelas Prasekolah Permata Bonda bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari disepanjang aktiviti ini dijalankan.
Suasana di kaunter bergerak Perpustakaan Desa ketika urusan pendaftaran, peminjaman dan pemulangan buku bersama-sama anak-anak Prasekolah Permata Bonda serta guru-guru dan ibubapa. Seorang Kanak-kanak Satu Buku.
Suasana di kaunter bergerak Perpustakaan Desa ketika urusan pendaftaran, peminjaman dan pemulangan buku bersama-sama Pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong.
Perpustakan Awam Negeri Selangor telah mengadakan Pesta Buku 2009 di Bangunan PKNS pada 24 Julai sehingga 03 Ogos 2009. Berbagai acara dan pertandingan menarik telah diadakan sepanjang Pesta Buku Selangor 2009 berlangsung dan yang paling seronok pengunjung dapat melihat berbagai koleksi buku terkini dan membeli buku-buku dari gerai-gerai buku yang disediakan dengan harga yang amat murah sekali. Pada 28 Julai 2009 hari Selasa, jam 2.00 petang Ceramah ‘Parol’ dari Jabatan Penjara Malaysia.
Layarilah http://www.penjaramalaysia.com.my untuk ketahui lebih lanjut lagi. Dihadiri tetamu jemputan khas dari Jabatan Penjara Encik Mawi seorang banduan yang masih dalam tahanan menceritakan serba sedikit mengenai diri beliau yang terlibat dengan kes jenayah sehingga dipenjarakan dan kini beliau mendapat Parol dari Jabatan Penjara Malaysia.
Perpustakaan Daerah Gombak telah mengadakan satu Program ‘Gerakan Membaca 2009’ Daerah Gombak di Perpustakaan Daerah Gombak, Bandar Baru Selayang, Selangor pada 11 Julai 2009 pada hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi. Berbagai acara menarik diadakan seperti Pertandingan Kuiz Sejarah Tempatan Selangor, Tulisan Khat, Cerita Rakyat dan Membaca Rumi Cepat untuk kanak-kanak Prasekolah dan Tadika.
Semua kakitangan dari Perpustakaan Desa terlibat didalam program ini, dari 10 Julai 2009 (Jumaat) bersama-sama membuat persiapan dan diberi tugas masing-masing pada hari program Gerakan membaca 2009 yang akan dijalankan pada 11 Julai 2009 (Sabtu).
Antara kakitangan Perpustakaan yang hadir;
Perpustakaan Cawangan Rawang Puan Rahimah Mohd Zahari dari Perpustakaan Desa Kuang Puan Nazlina Haji Lekan dari Perpustakaan Desa Sungai Pelong Puan Salmah Osman dari Perpustakaan Desa Al-Syakirin Cik Noorhazura Abd. Razak dari Perpustakaan Desa Kemensah.