Khamis, 25 Februari 2010

SESI BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI

Tabika Kemas Tunas Bestari Kampung Paya Jaras dalam sesi bergambar bersama Pembantu Perpustakaan Desa Sungai Pelong dan Kelab Sinar Wawasan dalam program Galakan Membaca “ Satu Pelajar Satu Buku”.


Rabu, 24 Februari 2010

RUANGAN SUDUT KELAB SINAR WAWASAN

23 hb. Feb 2010 mewujudkan satu ruangan sudut Kelab Sinar Wawasan PD Sungai Pelong.








KLIP VIDEO AKTIVITI KELAB SINAR WAWASAN

AKTIVITI GOTONG ROYONG BERSAMA KELAB SINAR WAWASAN

13 hb. Feb 2010 satu aktiviti gotong royong bersama Kelab Sinar Wawasan PD Sungai Pelong bagi membuat carta organisasi Kelab Sinar Wawasan dan Pertandingan Mencari Ahli Terbanyak bagi Tahun 2010.



TABIKA KEMAS TUNAS BESTARI


Tabika Kemas Tunas Bestari, Kampung Paya Jaras 47000 Sungai Buluh, Selangor Darul Ehsan telah ditubuhkan pada Tahun 1981 yang kini telah menempatkan dua orang Pemaju Masyarakat Tabika Kemas dan Dua Orang Pembantu Masyarakat Tabika. Tabika Kemas ini mempunyai 2 sesi, iaitu sesi pertama jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari seramai 66 orang pelajar dan sesi kedua dari jam 12.30 tengahari hingga jam 4.30 petang seramai 33 orang.

Sepanjang Tabika ini dibuka, Tabika Kemas ini telah memenangi beberapa anugerah seperti:-

 Johan 3K Peringkat Negeri Selangor 1998
 Naib Johan 3K Peringkat Kebangsaan 1999
 Johan Pertandingan Bola Sepak Kanak–kanak Negeri Selangor 2009



Puan Zaimah Haji Kanapi jawatan sebagai Pemaju Masyarakat Tabika Kemas


Puan Zamila bte Ab. Ghani jawatan sebagai Pemaju Masyarakat Tabika Kemas


Puan Norida bte Mohamad jawatan Pembantu Masyarakat Tabika


Puan Melet bte Kasim jawatan Pembantu Masyarakat Tabika

MESYUARAT KAKITANGAN PERKHIDMATAN DAERAH ZON 2

Mesyuarat Kakitangan Perkhidmatan Daerah Zon 2 Bil 1/10 Pada 19 Januari 2010 jam 10.00 pagi hari Selasa ,bertempat di Perpustakaan Syed Manshor, Kuala Kubu Baru (Daerah Hulu Selangor)Seramai 35 orang kakitangan yang terlibat dari Daerah Zon 2B.

- Perpustakaan Daerah Gombak
- Perpustakaan Syed Manshor, Daerah Hulu Selangor
- Perpustakaan Cawangan Rawang
- Perpustakaan Pekan Hulu Bernam
- Perpustakaan Desa Sungai Pelong
- Perpustakaan Desa Kuang
- Perpustakaan Desa Kubu Gajah
- Perpustakaan Desa Asyakirin
- Perpustakaan Desa Kalumpang
- Perpustakaan Desa Selisik
- Perpustakaan Desa Serigala
- Perpustakaan Desa Sungai Choh
- Perpustakaan Desa Kerling




KELAB SINAR WAWASAN

Pendahuluan

Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mewujudkan satu Program Anak Angkat PD pada 04 Jan 2010 yang terdiri dari kalangan remaja sekolah SMKBG dan SMAPJ pada 23 Jan 2010 anak angkat ini telah mengadakan satu mesyuarat di PD Sungai Pelong, perlantikan AJK-AJK seramai 10 orang seterusnya menubuhkan satu kelab remaja yang dinamakan “Kelab Sinar Wawasan” PD Sungai Pelong.

Visi

1. Memberikan pendedahan ilmu dan mendidik kepada kelab remaja.
2. Membantu mempromosikan Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
3. Nadi pengerak semasa aktiviti di luar dan dalam Perpustakaan Desa Sungai Pelong.

Misi

1. Menerapkan minat dan membuka minda kepada kelab remaja mencintai perpustakaan.
2. Melahirkan pelapis pustakawan untuk generasi yang akan datang.
3. Membantu Perpustakaan Desa Sungai Pelong bagi mencari dan menambahkan ahli baru.
4. Melibatkan secara langsung didalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Sungai Pelong.

Slogan

“SINAR MENUJU WAWASAN”

Pada hari Sabtu 23 Januari 2010 jam 3.00 petang Satu Mesyuarat telah diadakan di perpustakaan Desa Sungai Pelong untuk melantik Ketua dan AJK-AJK Kelab Remaja untuk tahun ini.




Ketua Kelab Remaja
Farah Adibah bte Zamri

Naib Ketua
Siti Nur Syawal bte Ibrahim

Keceriaan & Kebersihan
Siti Nurbaiti bte Khotil
Nor Azirah bte Mulyadi
Mohd Ezkil Saragih bin Abidin

AJK Promosi & Iklan
Mohd Daniel bin Rashid
Mohd Nashruddin bin Ramli

AJK Pertandingan & Aktiviti
Nor Halimah bte Mulyadi
Nor Ain bte Abu Kasim
Muhd Haziq Asyraf bin Razani

Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TINGGAL 2OO9.

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pengemar pembaca blog. Sepanjang tahun 2009 banyak kenangan pahit manis yang tak dapat dilupakan dalam kehidupan dan pekerjaan seharian, antaranya coretan-coretan blog terdahulu, disini saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terimakasih kepada Pengarah PPAS Puan Mastura Haji Mohamad dan Ketua-ketua Bahagian kerana memberi kepercayaan dan sokongan sehingga saya layak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2008, dan tak lupa juga kepada rakan-rakan sekerja terutama dari Zon 2B Daerah Gombak yang banyak memberikan kerjasama yang tak terhingga kepada saya, ini merupakan Anugerah yang pertama dan tidak ternilai harganya sepanjang perkhidmatan saya selama 15 tahun. Saya berjanji dengan Anugerah yang saya terima ini dan dengan kedatangan tahun baru 2010, saya akan meningkatkan lagi Perkhidmatan dan Prestasi Kerja, demi menjaga Imej Perpustakaan Desa Khasnya dan PPAS Amnya. Mengorak Langkah Menuju Wawasan, Perpustakaan sebagai tempat ‘Pembelajaran Sepanjang Hayat’.