Pada 15 Mac 2010 hari Isnin jam 0200 petang pertandingan kuiz ujiminda telah bermula, seramai 20 orang peserta yang mengambil bahagian. Terbahagi kepada dua kategori iaitu Remaja lelaki & perempuan seramai 13 orang dan Kanak-kanak lelaki & perempuan seramai 7 orang. Bagi kategori Remaja dimenangi oleh Muhd Rasuli selaku johan, naib johan Muhd Yusri dan tempat ketiga Muhd Zahid, bagi kategori Kanak-kanak pula dimenangi oleh Mohd Aizat selaku johan, naib johan Amir Afiq dan tempat ketiga Asmiera.
Para juri sedang menyemak kertas jawapan dari peserta
Program ini diadakan pada 15 Mac 2010 selepas pertandingan kuiz ujiminda sebagai acara penutup Sukan Dalaman, ianya membuat kraftangan yang bertemakan Haiwan Menari penyertaan seramai 11 peserta, Mari Mewarna Tahap 1 bertemakan Jom Baca penyertaan seramai 11 peserta , Mari Mewarna Tahap 2 bertemakan Haiwan Peliharaan penyertaan seramai 36 peserta. Seramai 58 orang Kanak-kanak yang telah mengambil bahagian didalam aktiviti ‘Jom Bersantai’.
Para komuniti sedang bersantai membaca buku sementara menunggu anak-anak permata kita mengambil bahagian.
Pada 14 Mac 2010 jam 0900 pagi kelas membuat kek coklat telah diadakan bersama Kelab Sinar Wawasan dan pada sebelah petang gotong royong persiapan penutup Sukan Dalaman Perpustakaan Desa Sungai Pelong yang akan diadakan pada 15 Mac 2010.