Khamis, 25 November 2010

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Pada hari yang sama pada sebelah pagi, permata hati saya yang kecil menerima Anugerah Pelajar Cemerlang untuk Tahun Satu diantara 10 pelajar terbaik keseluruhan bagi murid tahun satu pada tahun 2010 ini dan mendapat hadiah tempat pertama didalam kelas, Alhamdulillah. Cuma terkilan juga rasanya kerana saya tidak dapat bersamanya ketika itu, kerana saya bertugas terlibat dengan Program Gerakan Membaca Daerah Gombak 2010. Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong pada tarikh 15 Nov 2010 (pagi) dirasmikan oleh YB. DATO’ Ir Muhammad Bushro b. Mat Johor, Adun Paya Jaras.

Antara Galeri Gambar:

PROGRAM GERAKAN MEMBACA DAERAH GOMBAK 2010.

Pada 15 Nov 2010 (Isnin), Perpustakaan Daerah Gombak telah melaksanakan Program Gerakan Membaca Daerah Gombak 2010. Pada tahun ini Program Gerakan Membaca telah dibuat diluar kawasan Perpustakaan Daerah Gombak dan bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2. Matlamat utamanya program ini adalah untuk membudayakan dan memperkukuhkan kesedaran dan penghayatan masyarakat kepada “Budaya Minat Membaca” dan kepentingan mencintai ilmu melalui aktiviti, program dan pertandingan khususnya peringkat kanak-kanak hingga dewasa dan memberi kesedaran betapa pentingnya maklumat dan pendidikan.

Diantara aktiviti dan program:
1. Ceramah Perpustakaan Keluarga (Dewasa)
2. Pertandingan Tulisan Jawi ( Belia 20 tahun ke atas)
3. Pertandingan Deklamasi Puisi (10 tahun – 12 tahun)
4. Pertandingan Membaca Berita (9 tahun – 12 tahun)
5. Pertandingan Membaca Pantas Rumi (Prasekolah)



ANTARA GALERI GAMBAR-GAMBAR SEWAKTU AKTIVITI 'PROGRAM GERAKAN MEMBACA DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GOMBAK 2'


DI ANTARA PESERTA-PESERTA YANG MENERIMA HADIAH.

KLIP VIDEO 'PROGRAM GERAKAN MEMBACA DAERAH GOMBAK 2010'

Khamis, 7 Oktober 2010

KURSUS ESQ 165

Kursus ESQ Basic Training
Executive Kuala Lumpur, Batch 051
Di Shah Alam Convention Center, Selangor.
(SACC, Shah Alam)
Pada Tarikh 01 Oktober sehingga 03 Oktober 2010 (Jumaat- Ahad) saya telah menghadiri Kursus ESQ 165 bertempat di SACC Shah Alam. Terlalu banyak pengalaman berharga, pengajaran dan hidayah yang diperolehi dari Kursus ESQ ini untuk kita serapkan didalam menjalani kehidupan seharian terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan pekerjaan. Antara yang boleh saya berkongsi pengajaran sepanjang saya menghadiri Kursus ESQ ini bersama teman-teman adalah Kebahagiaan yang kita cari sebenarnya terbahagi kepada tiga jenis 1- Kebahagiaan Fizikal (Physical Happiness) 2- Kebahagiaan Emosi (Emotional Happiness) dan yang sebenar-benar kebahagiaan adalah Kebahagian Spritual (Spiritual Happiness). Spiritual Happiness antaranya adalah Develop the Ultimate Belief (Yakinlah bahawa apa jua kebaikan setiap aktiviti yang kita lakukan adalah kerana pengabdian kepada ALLAH SWT), Values To Reality (Bahagia ketika mengeluarkan Nilai-nilai murni dengan sendirinya dari dalam diri kita seperti bersikap Jujur, sikap Tanggung Jawab, Berwawasan, Berdisiplin, Saling Bantu-membantu Berkerjasama, senantiasa Adil dan bersikap Prihatin) ingatlah wahai teman-teman setiap apa jua yang kita lakukan didalam kehidupan dan pekerjaan seharian, walaupun tiada insan lain yang melihatnya, ALLAH SWT maha mengetahui, Malaikat di kiri kanan sentiasa mencatat setiap kebaikan mahupun keburukan yang telah kita lakukan. From Meaningless to Meaningful (Makna sebenar tentang erti Pekerjaan dan Kehidupan). Untuk membangunkan Belief (keyakinan), Value (nilai) dan Meaning (makna) Maka diperlukan ”Experience” (mengalami) melalui ESQ Training. Alhamdulillah saya telah dapat menyertainya dengan izin ALLAH SWT, sepanjang apa yang saya ikuti dan lalui didalam kursus ini semua yang di sampaikan berlandaskan Ayat-ayat Kitab Suci Al-Quran dan Hadis-hadis Rasul. Cara Penyampaian, Penerangan dan cara memberi Kefahaman mengenai Ayat-ayat Kitab Suci Al-Quran dan Hadis-hadis Rasul itu sungguh jauh berbeza dan sungguh hebat sekali sehingga menusuk ke dalam jiwa dengan penuh keyakinan dan kewujudan, Kebesaran dan Kekuasaan ALLAH SWT, mengenai kebesaran Ayat-ayat Al-Quran dan Kebenaran Rasul s.a.w ”Sekiranya teman-teman diberi peluang, pergilah, alamilah sendiri..... moga menjadi lebih yakin akan pertolongan ALLAH SWT dan yang lebih bermakna, kehidupan menjadi lebih baik selepas menghadiri ESQ dengan hidayah Allah s.w.t”. Terlalu mahal, tak ternilai dengan kata-kata... pengalaman dan pengajaran yang saya sendiri perolehi dari Kursus ESQ ini.
Terimakasih PPAS terutama kepada Pengarah PPAS, Puan Mastura Haji Mohamad yang menggalakkan setiap kakitangan PPAS menghadiri Kursus ESQ ini. Alhamdulillah...


Untuk Maklumat lanjut Sila Layari Web ini www.esq.com.my


Sessi Bergambar Bersama-sama Peserta Kursus ESQ 165 Batch 051.


KeIstimewaan Kad Alumni Khas Untuk Peserta Yang Telah Menghadiri Kursus ini.


Sijil Menghadiri Kursus ESQ

Khamis, 30 September 2010

SAMBUTAN 'MAJLIS JAMUAN HARIRAYA AIDIL FITRI' DAERAH GOMBAK ZON 2B.

Pada 30 September 2010 hari Khamis jam 200 ptg sehingga 500 ptg Perpustakaan Daerah Gombak telah mengadakan 'Satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri'. Diraikan bersama-sama staff-staff dan keluarga dari Daerah Gombak Zon 2B. Majlis ini diadakan secara sederhana tetapi meriah. Setiap Staff membawa juadah masing-masing dan dinikmati bersama-sama, kemeriahan tetap dirasai walaupun diraikan dipenghujung bulan Syawal. SELAMAT HARI RAYA...

Penolong Pegawai Perpustakaan Daerah Gombak Puan Nor Chempawan Mat Abu sedang memberi ucapan sempena Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Fitri.

Bacaan 'Doa' oleh Encik Asrin dari Perpustakaan Daerah Gombak

Antara juadah makanan yang dihidangkan sempena sambutan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2010.


Bersama-sama mengambil juadah makanan yang telah dihidangkan.




Pegawai Perpustakaan Daerah Gombak dan Staff-Staff perpustakaan bersama keluarga sedang menjamu selera.



KLIP VIDEO 'JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI PERPUSTAKAAN DAERAH GOMBAK 2010'

Khamis, 9 September 2010

SALAM AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya dan keluarga ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat.
Maaf Zahir & Batin