Khamis, 17 Januari 2013

PERHIMPUNAN PAGI PPAS 2013


PERHIMPUNAN PAGI PPAS
 
Pada 15 hb. Januari 2013 (Selasa) Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi Januari 2013. Semua pegawai dan kakitangan PPAS dan PNM (Perpustakaan Negara Malaysia) dari perkhidmatan Daerah, Pekan dan Desa seluruh Negeri Selangor dikehendaki hadir bersama.

Isnin, 7 Januari 2013

LAPORAN TAHUNAN 2012



LAPORAN TAHUNAN 2012

             Kandungan laporan ini meliputi Statistik Perpustakaan Desa Sungai Pelong, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Isi kandungannya berdasarkan  Keahlian, Pinjaman Buku, Majalah/Koleksi, Perangkaan Buku, Pelaksanaan 2012,  Perancangan Pelaksanaan Aktiviti bagi Tahun 2013, Permasalahan dan Cadangan serta Lampiran Kalendar Aktiviti, Senarai Inventori bagi Tahun 2012. Semoga dengan adanya laporan ini dapat dijadikan rujukan dan sebagai satu garis panduan bagi peningkatan perkhidmatan Perpustakaan Desa Sungai Pelong.

Buku Laporan Tahun 2012


Antara Isi Kandungan Buku Laporan Tahun 2012

Selasa, 25 Disember 2012

SEMINGGU BERSAMA CUCU.



Bersama Cucu...
Pada tarikh 16 - 23 Dis 2012, Anak Sulong kami dari Penang balik ke Selangor bersama isteri dan cahayamata kesayangannya Muhammad Farhan Adli. Seminggu di Selangor bersama Tok Ayah & Uwan serta Pak & Mak Saudara di sini. Alhamdulillah...

Farhan Adli waktu ni.. usianya baru sebulan 2 minggu, jalan jauh dah... 
Dengan Pak Ucu... seronoknya, Farhan Adli dah pandai borak-borak dan senyum, sweet memory...
 Layan gelagatnya..
 Lena tidur buaian..