Ahad, 19 April 2009

AKTIVITI BULANAN

Pada 17 Mac sehingga 16 April 2009, pihak kami mengadakan aktiviti permainan indoor games dan membuat folio dengan penggunaan Komputer dan pencarian maklumat melalui internet.






Sabtu, 18 April 2009

KONVENSYEN

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA 2009

"Masyarakat Membaca Masyarakat Berjaya"

Disempurnakan Perasmian Oleh:
YB. DATO' SERI HJ. MOHD. SHAFIE BIN HJ. APDAL
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Tempat :
the ZONE Regency Hotel, Johor Bahru
Pada 15 - 16 Mac 2009

Pernyertaan ini melibatkan semua petugas perpustakaan desa PNM di seluruh Malaysia dan juga sebahagian darinya daripada Perpustakaan Negeri serta KEMAS. Hampir 1000 orang menghadiri majlis ini. Antara pengisiannya ialah:"Strategi Perkhidmatan Pintu Ke Pintu"Forum Memperkasa Perpustakaan Desa Sebagai Pusat Kegiatan Imu dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.Moderator:Tuan sayed Munawar b. Syed Mohd. Mustar Al-JamalullailAhli Panel:YBhg. EN. RASLIN B. ABU BAKAR Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia YBhg. Sahibul Fadhilah Ustaz (Dr.) MUHAMMAD UTHMAN EL-MUHAMMADY Fellow Amat kehormat Akademik Institut Antarabangsa Pemikiran Dan Tamadun Islam Malaysia. EN. UTHAYA SANKAR SB Presiden Persatuan Kavyan.
Ucapan dari Ketua Pengarah PNM: En. Raslin b. Abu Bakar

Pameran Semasa Lawatan Ke Perpustakaan Awam Negeri Johor

Forum Memperkasakan Perpustakaan Desa


Persembahan Tarian Zapin daripada anak-anak Johor


Persembahan Tarian Kuda Kepang



Peserta-peserta PNM & PD Konvensyen dari seluruh Malaysia





STATISTIK TAHUNAN 2008 PD SUNGAI PELONG



PROGRAM AKTIVITI TAHUNAN 2008

Pada 24 Dis 2008 jam 0900 pagi, satu Acara Pertandingan Kenali Malaysia dan Mari Mewarna telah diadakan di Perpustakaan Desa Sungai Pelong, tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan perhubungan sillaturrahim dan mendekatkan komuniti/penduduk setempat ke Perpustakaan dan menambah keahlian. Seramai 40 orang dari kategori kanak-kanak dan seramai 37 orang dari kategori remaja. Ketika program ini dijalankan seramai 23 orang keahlian baru.





KLIP VIDEO PROGRAM AKTIVITI TAHUNAN 2008

PENGADILAN DAN JURI

Disaat ini para juri dari AJK Perpustakaan Desa Sungai Pelong Encik Mohd Azrul Nizam dan Encik Akram sedang memeriksa dan meneliti kertas kerja pertandingan serta memilih para pemenang.





PENYAMPAI HADIAH DAN SIJIL ICT

Majlis penyampaian Hadiah Pertandingan Kenali Malaysia dan Mari Mewarna serta Sijil ICT telah disempurnakan oleh pengerusi Perpustakaan Desa Sungai Pelong PW II (B) Encik Mohd Satar bin Shahar pada 24 Dis 2008 jam 0300 petang dan majlis bersurai selepas minum petang jam 0530 petang.