Khamis, 18 Mac 2010

JOM BUAT KEK

Pada 14 Mac 2010 jam 0900 pagi kelas membuat kek coklat telah diadakan bersama Kelab Sinar Wawasan dan pada sebelah petang gotong royong persiapan penutup Sukan Dalaman Perpustakaan Desa Sungai Pelong yang akan diadakan pada 15 Mac 2010.










Kek Coklat Sinar Wawasan

KLIP VIDEO KELAS PEMBELAJARAN BUAT KEK COKLAT

Khamis, 25 Februari 2010

SATU PELAJAR SATU BUKU


PENDAHULUAN

Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan satu program dan aktiviti bersama kanak-kanak Tabika Kemas Tunas Bestari Paya Jaras Aktiviti ini diadakan sempena Kempen Keahlian dan Galakkan Membaca.
Program Galakkan Membaca dan aktiviti yang dijalankan ini dapat menyumbang literasi dan mendidik minat membaca dikalangan generasi kecil ini dan secara tak langsung membuka minda kepada ibubapa betapa pentingnya membaca dalam pendidikan untuk mendapatkan ilmu dan maklumat.
Aktiviti ini juga mempromosi dan memperkenalkan Perpustakaan Awam kepada umum dan menarik minat untuk terus mengunjungi perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan terkini yang tersedia ada di perpustakaan awam. Kempen keahlian adalah untuk mempermudahkan proses keahlian dan meningkatkan lagi keahlian perpustakaan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

 Kempen keahlian & pendaftaran
 Mempromosi perpustakaan awam
 Pinjaman & pemulangan buku berjadual
 Mewarna mengikut abjad huruf

KEMPEN KEAHLIAN

Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan lagi keahlian Perpustakaan Desa Sungai Pelong. Seramai 122 orang telah mendaftar sebagai ahli baru perpustakaan terdiri dari 11 orang dewasa , 9 orang remaja dan 102 orang kanak-kanak.

KESIMPULAN

Pada dasarnya program dan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari pihak sekolah dan para guru-guru yang terlibat sama bagi melaksanakan program ini.
Program Galakan Membaca telah berjaya menarik minat ibubapa untuk membawa anak-anak mereka untuk terus mengunjungi perpustakaan untuk mencari bahan bacaan seterusnya setelah pelbagai info dan maklumat disampaikan kepada mereka disepanjang program ini dilaksanakan dan menjadikan membaca sebagai hobi utama. Program ini juga telah berjaya mempromosi perpustakaan kepada orang awam dan telah meningkatkan jumlah keahlian perpustakaan.

GALAKAN MEMBACA

Perbincangan Pembantu Perpustakaan Puan Nazlina Haji Lekan dengan Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Puan Zaimah Haji Kanapi dari Tabika Kemas Tunas Bestari Kampung Paya Jaras untuk mendapatkan kelulusan dan kerjasama bagi menjayakan program Galakan Membaca “ Satu Pelajar Satu Buku”.

PROGRAM GALAKAN MEMBACA HARI PERTAMA

Pada 12 Feb 2010 adalah hari pertama Program Galakan Membaca dan Kempen Keahlian di Tabika Kemas Tunas Bestari telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari pelajar dan ibubapa.





Mendidik minat membaca kepada generasi kecil



KLIP VIDEO SATU PELAJAR SATU BUKU (Part 1)

PROGRAM GALAKAN MEMBACA HARI KEDUA

Hari kedua pada 22 Feb 2010 pemulangan dan peminjaman buku berjadual serta kempen keahlian diteruskan untuk para pelajar dan orang awam.






Mendidik minat membaca kepada generasi kecil