PENDAHULUAN
Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan program dan aktiviti Galakguna Perpustakaan sempena cuti sekolah pada bulan Disember 2010. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan Kraftangan Kreatif membuat Jam Dinding ini bertujuan untuk golongan kanak-kanak mempelajari, mengenal nombor dan menghargai masa serta mendidik sikap berkerjasama dan membina kreativiti masing-masing dan Bina Kata sebanyak yang boleh (Fikirkan Boleh). Aktiviti ini dapat menyumbang dan meningkatkan daya pemikiran dan mencorak minda peserta-peserta golongan remaja.
PENYERTAAN / SASARAN56 orang peserta terlibat.TARIKH / TEMPAT / MASA Tarikh : 16 Disember 2010 (Khamis)
Tempat : Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Masa : 2.00 petang – 6.30 petangAKTIVITI YANG DIJALANKAN Pertandingan Kraftangan Kreatif membuat Jam Dinding
Pertandingan Bina Kata terbanyak.
Persembahan Kumpulan Nasyid
Pemberian Hadiah dan Cenderahati kepada Kelab Sinar Wawasan
Kempen Keahlian KESIMPULAN
Program dan aktiviti pertandingan ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari semua peserta dan AJK PD Sg. Pelong serta Kelab Sinar Wawasan PD28. Program dan aktiviti ini telah berjaya menarik minat ibubapa untuk membawa anak-anak mereka untuk terus mengunjungi perpustakaan dan menjadikan membaca sebagai hobi. Program ini juga telah berjaya mempromosi perpustakaan kepada orang awam dan telah meningkatkan jumlah keahlian perpustakaan. Jadikan Membaca Budaya Kita.
Pada 21 Nov 2010 (Ahad) Majlis Berkhatan Beramai-ramai telah diadakan di Balai JKKK Kampung Sungai Pelong Anjuran JKKK/Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Sungai Pelong. Putera ketiga Aizat Nazmi terlibat sama didalam majlis berkhatan beramai-ramai ini. Antara Galeri Gambar:
Pada 18 Nov- 19 Nov 2010, saya ambil cuti tahun kerana bersama keluarga pergi ke Terengganu meraikan majlis perkahwinan (anak saudara perempuan)anak kakak kepada suami saya yang kini menetap di Kuala Telemong, Terengganu. Majlis Perkahwinan diadakan pada 20 Nov 2010 (Sabtu) di Dewan Orangramai Kampung Kuala Telemong, kebetulan dewan ini bersebelahan dengan Perpustakaan Desa Kuala Telemong. Antara Galeri Gambar:
Pada 15 Nov 2010 (petang) adalah Hari Kecemerlangan Pelajar dan Majlis Khatam Quran di Sekolah Rendah Agama Paya Jaras. Kedua-dua anak permata saya mendapat hadiah pelajar cemerlang bagi tahun 2010, putera ketiga saya Aizat Nazmi mendapat hadiah tempat kedua bagi tahun 5 beserta Sijil Pelajar Cemerlang dan putera kecil saya Azmer Nazim mendapat tempat kedua bagi tahun 1 beserta Sijil Pelajar Cemerlang dan Anugerah Cemerlang Bacaan Iqrak. Alhamdulilah, kerana saya dapat meraikannya bersama-sama kedua-dua permata ini.Antara Galeri Gambar:
Pada hari yang sama pada sebelah pagi, permata hati saya yang kecil menerima Anugerah Pelajar Cemerlang untuk Tahun Satu diantara 10 pelajar terbaik keseluruhan bagi murid tahun satu pada tahun 2010 ini dan mendapat hadiah tempat pertama didalam kelas, Alhamdulillah. Cuma terkilan juga rasanya kerana saya tidak dapat bersamanya ketika itu, kerana saya bertugas terlibat dengan Program Gerakan Membaca Daerah Gombak 2010. Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong pada tarikh 15 Nov 2010 (pagi) dirasmikan oleh YB. DATO’ Ir Muhammad Bushro b. Mat Johor, Adun Paya Jaras. Antara Galeri Gambar: