Khamis, 18 Mac 2010

PROGRAM SUKAN DALAMAN DAN JOM SANTAI


PENDAHULUAN

Pada 13 Mac sehingga 15 Mac 2010 Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan satu Program untuk komuniti setempat Sempena Musim Cuti Sekolah dengan mengadakan Pertandingan Sukan Dalaman Tahunan dan Aktiviti Jom Bersantai. Pada 13 Mac dan 15 Mac 2010 sebanyak 3 acara sukan dalaman yang dipertandingkan antaranya permainan Catur, Karom dan Congkak. Pada 14 Mac telah mengadakan Kelas membuat Kek Coklat bersama Kelab Sinar Wawasan PD28. Manakala pada 15 Mac 2010 Pertandingan Kuiz Ujiminda yangmana terbahagi kepada 2 kategori Remaja dan Kanak-kanak dan Aktiviti Jom Bersantai terbahagi kepada 3 bahagian antaranya Kraftangan, Mari Mewarna Tahap 1 dan Mari Mewarna Tahap 2.

VISI

- Mempromosikan Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
- Merapatkan jurang antara komuniti dengan Perpustakaan Desa.
- Mengenali dan mencintai permainan tradisional dikalangan remaja dan kanak-kanak.

MISI

- Meningkatkan jumlah keahlian Perpustakaan Desa.
- Meningkatkan tarikan minat pengunjung datang ke Perpustakaan Desa.
- Memperkaya dan memperkasa komuniti setempat melalui perkhidmatan Perpustakaan Desa.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

- Percuma tetapi mesti mendaftar menjadi Ahli Perpustakaan Desa Sungai Pelong.

ATURCARA PROGRAM DAN AKTIVITI

Pada 13 Mac 2010 Jam 0900 Pagi Hingga 0500 Petang

- Kaunter Kempen Keahlian Dibuka
- Undian Peserta Pertandingan (Karom, Congkak, Catur)
- Pertandingan (Karom, Congkak, Catur) Kalah Mati Peringkat Saingan

Pada 14 Mac 2010 Jam 0900 Pagi Hingga 1200 Tengahari

- Pembelajaran Membuat Kek Coklat Kepada Ahli Kelab Sinar Wawasan PD28

Pada 14 Mac 2010 Jam 0200 Petang Hingga 0500 Petang

- Persiapan Untuk Penutupan Pertandingan Dari Kelab Sinar Wawasan PD28

Pada 15 Mac 2010 Jam 0900 Pagi Hingga 1200 Tengahari

- Kaunter Kempen Keahlian Dibuka
- Pembukaan Pertandingan Sukan Dalaman dan Aktiviti Jom Bersantai
- Pertandingan (Karom, Congkak, Catur) Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir

Pada 15 Mac 2010 Jam 0200 Petang Hingga 0500 Petang

- Kaunter Kempen Keahlian Dibuka semula
- Pertandingan Kuiz Uji Minda (Remaja dan Kanak-kanak)
- Kraftangan yang bertemakan Haiwan Menari
- Mari Mewarna Tahap 1 bertemakan Jom Baca
- Mari Mewarna Tahap 2 bertemakan Haiwan Peliharaan
- Penutup Pertandingan Sukan Dalaman dan Aktiviti Jom Bersantai
- Penyampaian Hadiah dan Cenderahati

KEMPEN KEAHLIAN

Kempen keahlian telah diadakan sepanjang Program Sukan Dalaman dan Aktiviti ini dijalankan bagi meningkatkan lagi keahlian Perpustakaan Desa Sungai Pelong. Seramai 38 orang telah mendaftar sebagai ahli baru perpustakaan terdiri dari 6 orang dewasa, 15 orang remaja dan 17 orang kanak-kanak.

KESIMPULAN

Pada dasarnya Program Sukan Dalaman dan Aktiviti ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan, mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari komuniti setempat dan sambutan yang amat menggalakkan. Pengunjung yang hadir ke perpustakaan pada hari 13 Mac 2010 seramai 67 orang dan pada 15 Mac seramai 102 orang. Peserta yang mengambil bahagian pula 37 orang peserta remaja dan 58 orang peserta kanak-kanak.
Program dan Aktiviti ini telah berjaya menarik minat ibubapa untuk membawa anak-anak mereka untuk terus mengunjungi perpustakaan untuk mencari bahan rujukan dan bacaan seterusnya setelah pelbagai info dan maklumat disampaikan kepada mereka disepanjang program ini dilaksanakan dan menjadikan membaca sebagai hobi utama. Program ini juga telah berjaya mempromosi perpustakaan kepada orang awam dan telah meningkatkan jumlah keahlian perpustakaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan