Sabtu, 19 Februari 2011

PROGRAM GALAKAN MEMBACA

Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan satu program dan aktiviti bersama kanak-kanak Tabika Kemas Taman Sri Buloh. Aktiviti ini diadakan sempena Kempen Keahlian dan Galakkan Membaca.
Program Galakkan Membaca dan aktiviti yang dijalankan ini dapat menyumbang literasi dan mendidik minat membaca dikalangan generasi kecil ini dan secara tak langsung membuka minda kepada ibubapa betapa pentingnya membaca dalam pendidikan untuk mendapatkan ilmu dan maklumat.
Aktiviti ini juga mempromosi dan memperkenalkan Perpustakaan Awam kepada umum dan menarik minat untuk terus mengunjungi perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan terkini yang tersedia ada di perpustakaan awam. Kempen keahlian adalah untuk mempermudahkan proses keahlian dan meningkatkan lagi keahlian perpustakaan.

Penyertaan/ sasaran
93 orang pengunjung.

Tarikh/ tempat/ masa
Tarikh : 10 Feb 2011 & 12 Feb 2011
Tempat : Tabika Kemas Taman Sri Buloh
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Objektif
 Menggalakkan serta memupuk minat membaca di kalangan generasi kecil
 Meningkatkan Literasi dan Cintakan Ilmu.
 Mengenal dan mendekatkan anak-anak Tabika dengan perpustakaan
 Mempermudahkan proses pendaftaran.
 Kempen Keahlian

Aktiviti yang dijalankan
 Program Galakan Membaca
 Pinjaman Buku Berkelompok
 Aktiviti Mari Membaca
 Jom Dengar Cerita
 Mari Nyanyi beramai-ramai.
 Aktiviti Mewarna Bunga Raya “Bunga Kebangsaan”.
 Kempen Keahlian.
 Promosi Perpustakaan “Rumah Keduaku”.

Kempen Keahlian
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan lagi keahlian Perpustakaan Desa Sungai Pelong. Seramai 68 orang telah mendaftar sebagai ahli baru perpustakaan terdiri dari 11 orang dewasa dan 57 orang kanak-kanak.

Kesimpulan
Pada dasarnya program dan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari pihak sekolah, guru, para ibubapa, AJK PD dan Kelab Sinar Wawasan PD28 yang terlibat sama bagi menjayakan program ini.
Program Galakan Membaca telah berjaya menarik minat ibubapa untuk membawa anak-anak mereka untuk terus mengunjungi perpustakaan untuk mencari bahan bacaan seterusnya setelah pelbagai info dan maklumat disampaikan kepada mereka disepanjang program ini dilaksanakan dan menjadikan membaca sebagai hobi utama. Program ini juga telah berjaya mempromosi perpustakaan kepada orang awam dan telah meningkatkan jumlah keahlian perpustakaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan