Selasa, 19 November 2013

MINGGU BUKU KREATIF DI PD SUNGAI PELONG.



MINGGU BUKU KREATIF DI PD SUNGAI PELONG.

Sepanjang tempoh seminggu ini dari tarikh 15 Nov (Jumaat) sehingga 23 Nov 2013 (Sabtu) di PD Sungai Pelong mengadakan ‘Minggu Membaca Buku-buku Kreatif’ khas untuk kategori Kanak-kanak dan Remaja. Program atau aktiviti ini dibuat adalah untuk Memupuk Minat Membaca dalam suasana yang bersantai dan menyeronokkan bersama teman-teman. Juga untuk mengalakkan penambahan pinjaman dan bahan rujukan yang dibaca.
Contoh Buku-buku Kreatif yang ada di PD Sungai Pelong:
  1. Buku yang bersaiz besar (Big Book).
  2. Buku 3D berserta cermin matanya sekali (Buku-buku ini perlu pemantauan selalu ketika digunakan oleh pengguna kerana dikuatiri cermin mata 3D dipoket kulit buku akan rosak/hilang).
  3. Sebuah buku tentang Angkasawan dan Bulan (Moon Landing) yang amat menarik kerana semua gambar didalam buku ini boleh  dibina semula kebentuk yang dinyatakan seperti Bulan, Kapal Angkasa dan sebagainya (Buku ini juga perlu pemantauan selalu ketika digunakan pengguna kerana dikuatiri rosak dan mudah terkoyak).   
Antara Buku-buku Kreatif..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan